Nak kurus tapi masih tak jaga pemakanan? Simpan je la angan-angan korang tu kalau susah sangat nak jaga makan.
Menurut apa yang dikongsi oleh Coach Maryam Hafiz, ada 30 menu haram dimakan ketika sedang menjalani program penurunan berat badan yang pastinya membantutkan usaha korang nak kurus.
Terbaru, kem olahraga para negara akhirnya menarik nafas lega selepas pingat emas acara 100 meter (m) lelaki T12 Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025 disahkan kekal menjadi milik Malaysia, selepas keputusan rasmi dimuktamadkan oleh penganjur lewat 24 jam akibat isu teknikal.
Jaguh negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, tampil sebagai juara dengan catatan masa 11.26 saat (s), sekaligus menewaskan wakil tuan rumah, Kissanapong Tisuwan yang mencatat 11.52s, manakala gangsa menjadi milik rakan sepasukan, Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi dengan masa 11.53s.
Difahamkan, keputusan itu sebelum ini tergantung susulan ‘drama’ teknikal apabila seorang atlet Singapura, James Ethan, tidak menyedari kelayakannya ke final selepas namanya tidak dipaparkan dalam senarai rasmi oleh penganjur, sekaligus menyebabkan beliau terlepas beraksi dalam perlumbaan akhir.
Situasi berkenaan mendorong Singapura mengemukakan bantahan rasmi yang akhirnya diterima atas faktor teknikal, sebelum atlet tersebut dibenarkan melakukan larian catatan masa secara bersendirian pada hari berikutnya bagi menentukan kesahihan keputusan final.
Bagaimanapun, catatan 11.99s yang direkodkan James Ethan gagal mengatasi masa dicatatkan Muhamad Afiq, sekaligus mengesahkan keputusan final kekal sah dan pingat emas terus menjadi milik kontinjen Malaysia.
Menurut pengurus pasukan, S. Arasu berkata, kelewatan itu berpunca daripada kesilapan penganjur yang tidak memaparkan senarai kelayakan atlet ke final seperti sepatutnya.
“Memang tepat 24 jam, sebab penganjur sendiri yang tidak letak dia punya kelayakan sebab peserta yang layak itu sepatutnya dipamerkan,” katanya.
“Sebab itu Singapura minta supaya dia dibenarkan lari pada hari ini. Jadi kita pun membenarkanlah dia lari dan bersyukur sebab dia punya masa tidak dapat lawan masa kita. Jadi kita punya keputusan masih kekal, pingat emas masih lagi kepada Malaysia,” jelasnya.
Secara keseluruhan, kem olahraga para terus muncul sebagai penyumbang terbesar pingat negara setakat ini dengan kutipan 11 pingat emas, lapan perak dan 14 gangsa, sekaligus memperkukuh kedudukan Malaysia dalam carta pungutan pingat temasya berkenaan.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengalaman dijangkiti COVID-19 merupakan satu memori yang pahit buat Nazhatul Aqilah Mohamad Ramli apabila gadis berusia 25 tahun ini berhadapan dengan situasi dimana dia tidak sedarkan diri selama dua kali ketika berada di hospital.
Bagai ‘mati hidup semula’, Nazhatul atau lebih mesra disapa sebagai Shasha bersyukur kerana dia telah diberi peluang untuk kembali bernafas selepas melalui fasa sulit ketika dijangkiti COVID-19.
Cerita bermula apabila remaja ini dijangkiti COVID-19 di pejabat setelah pengurus tempat kerjanya disahkan positif. Pada waktu itu, dia tidak mempunyai sebarang gejala namun tetap membuat ujian saringan kerana merupakan kontak rapat pesakit.
Namun, selepas menjalani saringan Shasha disahkan positif COVID-19 dan dibawa ke MAEPS untuk dikuarantin. Ceritanya tidak habis disitu, selepas keluar dari MAEPS dia mengalami simptom tidak bermaya dan tidak sedarkan diri, seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jom kita ikut kisah remaja ini.
“Selepas lebih kurang 12 hari di MAEPS, saya telah dibenarkan pulang ke rumah. Namun, saya dapat merasai badan seperti sangat lemah dan masih belum pulih sepenuhnya. Saya asyik tidur sepanjang hari sampailah ada satu ketika itu pada pukul 12 tengah malam, saya mengalami kesesakan nafas. Keluarga terus membawa saya ke HKL dan pada waktu itu juga saya sudah tidak sedarkan diri,”
“Lebih kurang seminggu juga saya tidak sedarkan diri dan Alhamdulillah, selepas enam hari saya kembali sedar tetapi masih mendapatkan pemantauan ketat daripada doktor. Namun, lebih memburukkan lagi, keadaan paru-paru saya selepas itu dikatakan bernanah. Jadi, doktor terpaksa tidurkan saya untuk mengepam keluar nanah tersebut,”
“Pada ketika itu, saya tidak sedarkan diri dalam seminggu juga. Keluarga yang paling risau tentang tahap kesihatan saya dan adik juga ada berkata yang dia sampai tidak berselera makan dan tidur pun tak lena kerana risaukan saya. Sebelum ditidurkan, saya juga sering menangis kerana rasa ‘down’ sangat, tambahan pun terlalu lama duduk di hospital,” jelasnya lagi.
Kongsi pengalaman ketika ‘ditidurkan’
Bukan semua orang pernah berpengalaman tidak sedarkan diri dan apabila pesakit koma mula sedar dari ‘tidur’, pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan ketika kita tidak sedarkan diri itu. Shasha turut berkongsi pengalamannya ketika dia terlantar di katil hospital.
“Pertama kali masa saya masuk hospital tempoh hari, waktu tu saya tidak sedarkan diri tetapi masih dengar situasi di sekeliling. Namun, saya dengar seperti bunyi yang kuat seperti suara askar menjerit. Ketika itu juga bila mata terpejam, saya masih lagi mampu melihat cahaya tetapi ia hanya cahaya putih,”
“Dalam cahaya itu juga saya dapat melihat seperti ada dua jalan, kanan dan kiri. Betul, saya tak tipu,” ceritanya kepada kami.
“Tetapi sewaktu saya ditidurkan dan untuk kali kedua tidak sedarkan diri itu, saya memang tak sedar apa-apa dan tidak dengar sebarang bunyi di sekeliling. Dia memang macam kita sedang tidurlah senang cerita. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk hidup,” tambahnya lagi.
Peringatan untuk diri sendiri
“Apa yang berlaku pada diri ini banyak mengajar saya dan orang sekeliling untuk sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan lebih-lebih lagi di waktu pandemik ini. Sehingga kini saya masih lagi ‘berpantang’ dan ada makanan-makanan yang tidak boleh disentuh demi menjaga luka tebukan ketika merawat paru-paru bernanah tempoh hari.”
“Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan berjumpa dengan keluarga serta rakan-rakan. InsyaAllah, peluang ini saya akan gunakan dengan baik dan berjanji untuk menjadi seorang individu yang lebih baik,”
“Kepada korang di luar sana, saya ingin berpesan untuk sentiasa berjaga-jaga dan patuhi SOP yang ditetapkan. Jangan lupa ambil vaksin juga. Ketika saya dijangkiti COVID-19 saya masih belum divaksin kerana temu janji saya agak lewat iaitu pada bulan Julai, namun apa kan daya saya terima segala takdir yang telah ditentukan olehNya ini,” jelas Sha.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?
Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.
Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*
Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.
Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!