Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming akhirnya tampil memperbetulkan salah faham netizen apabila mendedahkan bahawa dirinya sudah tidak lagi menggunakan kereta jenis Perodua Bezza seperti yang sering diperkatakan sebelum ini.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Khairul Aming atau mesra disapa KA ketika sesi siaran langsung di media sosial selepas menjawab pertanyaan seorang penonton yang ingin mengetahui kenderaan hariannya sekarang.
Selama ini, ramai beranggapan KA masih memandu Bezza walaupun telah berjaya membina empayar perniagaan sendiri. Persepsi tersebut sering dijadikan contoh kesederhanaan, namun hakikat sebenar jauh berbeza daripada apa yang difikirkan orang ramai.
Menurut KA, kereta Bezza yang sering dikaitkan dengannya itu sebenarnya sudah lama tidak digunakannya. Jelasnya, kenderaan tersebut kini telah diambil alih oleh adiknya dan bukan lagi digunakan sebagai kereta peribadi.
“Tak, saya pakai 4×4 sekarang. Bezza itu adik saya yang ambil. Dia dah “modify” jadi macam nak pergi racing, walaupun adik saya perempuan,” katanya berseloroh ketika sesi siaran langsung tersebut.
Penjelasan itu sekali gus menamatkan spekulasi lama berkaitan isu Khairul Aming pakai Bezza yang sering menjadi topik perbualan netizen di pelbagai platform media sosial.
Minta Netizen Henti Puji Secara Berlebihan
Dalam pada itu, KA turut meminta orang ramai supaya berhenti memujinya secara berlebihan hanya kerana menganggap dia masih menggunakan kereta Bezza walaupun sudah berjaya. Jelasnya, kereta tersebut sudah lama diberikan kepada adiknya dan bukan lagi miliknya.
“Tolonglah berhenti cakap bagusnya KA masih pakai Bezza. Bezza itu dah lama saya bagi dekat adik,” katanya lagi dengan nada santai namun tegas.
Menurut KA, kenderaan tidak seharusnya dijadikan ukuran kejayaan seseorang kerana setiap individu mempunyai keperluan dan fasa hidup yang berbeza.
Ads
KA turut menjelaskan kekeliruan lain yang timbul apabila terdapat sebuah Perodua Bezza berwarna biru yang sering dilihat diparkir di hadapan restoran Rembayung miliknya. Ramai menyangka kenderaan tersebut adalah milik KA.
Namun menurutnya, Bezza berwarna biru itu sebenarnya milik salah seorang staf dan bukan keretanya. “Itu kereta staf saya. Bukan kereta saya, dan saya tak akan pilih warna itu,” katanya bersahaja.
Penjelasan tersebut sekali lagi membuktikan bagaimana andaian netizen sering tercetus hanya berdasarkan pemerhatian luaran tanpa mendapatkan maklumat sebenar.
Kini Memandu 4×4, Kekal Praktikal
KA mengakui kini menggunakan kenderaan jenis 4×4 sebagai kereta hariannya. Walaupun beralih kepada kenderaan yang lebih besar dan praktikal, beliau menegaskan bahawa perubahan tersebut bukan bermakna dirinya mengejar kemewahan.
Ads
Sebaliknya, pilihan kenderaan dibuat berdasarkan keperluan semasa dan kesesuaian dengan gaya hidup serta urusan kerja harian yang semakin sibuk.
Pelaburan RM4 Juta Bukti Perkembangan Usaha
Sebelum ini, Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertamanya selepas lebih 10 tahun bergiat aktif dalam dunia digital dan penghasilan kandungan.
Difahamkan, pembinaan restoran yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu menelan kos sekitar RM4 juta.
Pelaburan besar tersebut menjadi antara pencapaian terbesar dalam hidupnya sebagai usahawan dan mencerminkan perkembangan kerjaya yang dibina secara konsisten sejak bertahun-tahun.
Walaupun sering dipuji kerana sifat sederhana dan merendah diri, pendedahan terbaharu ini membuktikan bahawa Khairul Aming kekal berpijak di bumi nyata.
Ads
Sama ada Bezza atau 4×4, apa yang lebih mencuri perhatian adalah prinsip hidup dan perjalanan usahanya yang konsisten.
Isu ini akhirnya menjadi peringatan bahawa kejayaan sebenar tidak seharusnya diukur melalui jenama atau jenis kereta yang dipandu, sebaliknya melalui nilai, usaha dan sumbangan yang dibina sepanjang perjalanan hidup seseorang.
Sumber : Oh My Media & Lobak Merah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri drama Korea popular, The Penthouse 3 yang mempunyai 12 episod khabarnya bakal menambah satu lagi episod menjadikannya 13 episod secara keseluruhan.
Baru-baru ini, OSEN melaporkan bahawa tenaga produksi dan pelakon utama siri tersebut sedang dalam perbincangan kemungkinan akan menambah lagi satu episode tambahan. Para pelakon sebelum ini telah menandatangani kontrak untuk membintangi 12 episod ‘The Penthouse 3’.
Sumber daripada pihak penyiaran memberitahu OSEN bahawa mereka mendengar khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk memanjangkan siri 12 episod itu menjadi 13 episod, namun masih lagi dibincangkan dan pihak mereka masih lagi tidak tahu tentang pengakhiran The Penthouse 3 setakat ini.
Namun, sumber daripada drama tersebut menjelaskan kepada MyDaily, tidak ada kata putus tentang episode tambahan yang menjadikan drama 12 episod itu kepada 13 episod.
Sebelum ini, musim pertama dan kedua Penthouse dipanjangkan dengan episode tambahan masing-masing menjadi 21 episod dan 13 episod.
Menurut OSEN lagi, pelakon dan tenaga produksi drama ini hampir selesai dengan penggambaran episod 7.
Siri ‘berhantu’ ini ditayangkan setiap hari Jumaat jam 10 malam di Korea dan di Malaysia pula tayangannya adalah pada hari Sabtu. Setakat ini The Penthouse telah bersiaran sebanyak lima episode.
Namun, berita penambahan episod untuk siri ini nampaknya mendapat rungutan daripada penonton kerana mereka sudah mula ‘muak’ dengan plot twist yang dipaparkan untuk musim ketiga ini.
Malah, penonton di Malaysia juga seakan sama merasakan bahawa musim ketiga siri ini semakin ‘mengarut’ dan membosankan.
Apa-apa pun setiap orang punya pendapat masing-masing kan. What say you gaiss?
Bila nampak je bendera Union Jack, semua orang segera tahu ia adalah produk dari Great Britain.
Oleh sebab itulah. tiada benda yang lebih British melainkan benderanya sendiri. Di Malaysia, walaupun kita berbangga dengan bendera dan identiti kita, namun ada juga golongan yang menggemari rekaan Union Jack. Mungkin bukan atas dasar patriotisma tetapi lebih kepada minat terhadap reka bentuknya.
Sehinggakan perabot, pakaian dan cadar katil pun nak di-Union Jack kan.
Terbaru, korang juga boleh memiliki kereta yang mempunyai touch Union Jack!
(Dari kiri) MINI Cooper S 5 Pintu dan MNI Cooper S 3 Pintu.
Rekaan lampu belakang yang menyerupai bendera Union Jack.
Mini Malaysia memperkenalkan rekaan kereta baru yang mempunyai lampu LED belakang mirip Union Jack dengan teknologi yang menjumatkan tenaga. Bukan je ciri-ciri baru pada MINI 3 Pintu dan MINI 5 Pintu tersebut membuatkan MINI kali ini lebih menarik, malah lampunya itu mempunyai tahap pemancaran cahaya cerah yang lebih baik daripada dahulu.
Bahagian hadapan MINI Cooper S 3 Pintu berwarna Solaris Orange.
MINI John Cooper Works terbaru dalam warna Rebel Green.
Satu lagi model istimewa yang diperkenalkan oleh MINI Malaysia ialah MINI John Cooper Works yang mempunyai reka bentuk klasik bagi korang yang inginkan sesuatu yang kelihatan lebih vintaj namun bertenaga bak jentera muda!
Untuk MINI John Cooper Works, ia juga mempunyai front compartment dengan rekaan bendera Union Jack dalam bentuk LED. Memang superb lah.
Bahagian hadapan menyerupai bendera Union Jack.
Antara ciri-ciri lain yang lebih teknikal buat kepuasan pemandu adalah tahap penggunaan minya yang lebih kurang berbanding model kereta lain dan penggunaan enjin yang lebih ringan. Ini bermakna kereta korang akan lebih ringan sehingga 8 kilogram, yang secara tak langsung membantu mengurangkan kadar penggunaan minyak.
MINI Cooper S 3 Pintu dijual pada harga RM226,888 manakal MINI Cooper S 5 Pintu pula pada harga RM236,888.
Bagi yang inginkan rekaan vintaj, korang boleh usha MINI John Copper Works Hatch terbaru yang dijual pada harga RM283,888.
Kalau ada bajet lebih sedikit…
Why not customize MINI korang dengan ciri-ciri istimewa.
Ciri istimewa LED Door Projector menggunakan initial nama korang.
Melalui servis MINI Yours Customized Accesories, pelanggan boleh menghasilkan sendiri beberapa komponen kereta agar ia kelihatan personalized.
Antaranya termasuklah bahagian side scuttles (tutup sisi pintu), fascia kokpit, LED Door Sills Finishers dan LED Door Projector. Masing-masing boleh mempunyai nama atau initial nama korang tau! Kesemua itu boleh dipesan melalui laman web mereka.
Bestkan! Kalau lah penulis ada bajet nak beli sebuah. Oh well..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Duo DJ yang didatangkan khas dari Indonesia, Diskoria bakal menghangat lagi pentas Zepp KL pada 14 Jun ini.
Diskoria yang terkenal dengan muzik genre disko funk dan pop retro itu juga akan membawa penampilan khas ratu jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang akan membawakan lagu Sinaran, Nada, Embun, Dia, Warna dan banyak lagi.
Membawa konsep A Time Travel, Diskoria berkata ini merupakan kesekian kali mereka membuat persembahan di Kuala Lumpur dan berkongsi pentas dengan Sheila Majid kali ini juga ibarat mimpi.
“Jika diberikan peluang dan Datuk Sheila mahu, sudah tentu kami ingin berkolaborasi dengan beliau”
“Macam mimpi jadi kenyataan, sebab lagu Sinaran yang dibawakan oleh Sheila Majid itu sangat digemari oleh orang-orang di Indonesia. Jadi apabila kami diberitahu akan berkolaborasi dengan Sheila Majid, ia macam bucket list checked gitu” – Merdi Simanjuntak
Di samping itu, Diskoria turut tidak sabar untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia kerana semangat luar biasa yang sentiasa diberikan.
“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua penonton berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini”
Konsert A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid dianjurkan oleh MYdeteksi bersama penganjur Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia. Kumpulan DJ tanah air, Jemput Dengar juga bakal membuat penampilan pembukaan.
Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta, atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220), BADAI PASTI BERLALU (RM320).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.