Ahli perniagaan dari Johor Bahru, Eunice Wong mengenepikan 12 peserta lain untuk dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026, Jumaat malam.
Jelitawan berusia 37 tahun sekaligus menerima mahkota terbaru daripada organisasi Miss Universe Malaysia, ‘Star of the East’ daripada Pengarah Kebangsaan, Ayu Omar sambil disaksikan oleh Naib Juara Miss Universe 2025 dari Thailand, Praveenar Singh dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Waleed Alkurdi Taib.
Kedudukan naib juara pula menjadi milik Sapphire Wong dari Sarawak, manakala Amreet Kaur pula di kedudukan ketiga. Bekas atlet negara, Emanuelle Mah melengkapkan senarai Top 4 di tempat keempat.
Menerusi kemenangan ini, Eunice bakal mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2026 yang akan berlangsung di Puerto Rico, bulan hadapan.
Bercakap mengenai persediaannya ke sana kelak, Eunice ingin membawa semangat ‘Malaysia Boleh’ di mata dunia dan berazam untuk sedaya upaya mengharumkan nama negara menerusi persembahan terbaik.
Sementara itu, misinya di sana bukan sekadar untuk bertanding bersama jelitawan dari seluruh pelusuk dunia. Bahkan, Eunice bercita-cita untuk memberi sinar kepada bakat tempatan yang baginya mempunyai potensi yang besar.
“Saya benar-benar ingin memajukan Malaysia. Saya merasakan bahawa Malaysia mempunyai ramai individu yang berbakat.
“Namun malangnya, ramai yang sering meninggalkan negara ini, membawa potensi mereka ke tempat lain dan membangunkan negara-negara lain, bukan?
“Jadi, saya benar-benar merasa bahawa saya telah banyak menyumbangkan kepada negara-negara lain dan pengalaman tersebut telah membantu membentuk diri saya.
“Memandangkan saya kini mendapat perhatian daripada perwakilan antarabangsa, saya ingin membawa bakat-bakat ini kembali ke dalam negara kita. Saya berpendapat sudah tiba maanya untuk Malaysia. Dan saya melihat semakin ramai individu berbakat yang ingin kembali semula,” katanya di sidang media yang berlangsung selepas acara kemuncak Miss Universe Malaysia 2026 melabuhkan tirainya.
Ads
Pernah Bergelut Dengan Isu Disisihkan Rakan Sebaya
Terdahulu, Eunice Wong berkongsi kepada Remaja mengenai cabaran hidupnya sejak usia kecil untuk mencapai versi terbaik dirinya pada masa ini.
Biarpun dia tampak yakin dari luaran berlandaskan portfolio hebat dalam dunia kewangan, Web3, perdagangan saham, kripto dan automotif; laluan hidupnya ketika zaman kanak-kanak tidak semudah yang disangka.
Sejak di bangku sekolah, Eunice berkata dirinya pernah merasa terasing daripada rakan sebaya. Disisihkan oleh majoriti rakan perempuan untuk tempoh hampir setahun di sekolah, Eunice beranggapan pengalaman tersebut menjadi salah satu faktor dirinya memilih industri kewangan yang didominasi lelaki.
Ads
Kini, Eunice telahpun bergelar Miss Universe Malaysia 2026!
Dengan pengalaman profesional serta perjalanan hidup yang pernah dilaluinya, Eunice Wong kini mempunyai peluang untuk memperkenalkan dirinya dan Malaysia kepada khalayak antarabangsa. Lebih daripada mengejar kedudukan terbaik, pentas tersebut turut menjadi ruang buatnya membawa mesej mengenai potensi bakat tempatan seperti yang dihasratkannya.
Sebagai info, Malaysia tidak berjaya menempatkan diri dalam kalangan peserta terbaik pada edisi 2025 di Bangkok, Thailand. Namun pada tahun sebelumnya, Malaysia melakar sejarah menerusi Sandra Lim yang berjaya melayakkan diri ke kelompok 30 peserta terbaik daripada 125 negara yang bertanding pada edisi Miss Universe 2024 bertempat di Mexico.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ada tak peminat video game ikonik di sini! Kalau ada, meh sini Remaja bawakan sedikit nostalgia untuk anda sebab jenama Skechers baru saja lancarkan koleksi Skechers X Super Mario yang memang penuh warna, karakter dan vibe menyeronokkan ala dunia Super Mario. Menariknya, ini bukan semata-mata kasut tetapi satu tribute kepada nostalgia, gaya hidup kasual dan menyeronokkan dalam satu pakej.
Baru saja dilancarkan pada 14 November lalu, koleksi ini merangkumi kasut, sandal Foamies, serta pakaian dan aksesori untuk dewasa dan kanak-kanak. Dari karakter Mario, Luigi, Princess Peach sampai Bowser dan Goombas, semuanya diwakili dengan rekaan grafik, patch dan charm yang unmistakably “Super Mario”!
Bagi penggemar dewasa, antara model paling menarik ialah Skechers Street Uno Court yang dihadirkan dalam lima rona berbeza berdasarkan karakter Super Mario. Setiap pasang direka dengan teliti seperti artline karakter, patch Super Star dan charm Goal Pole menjadikan ia bukan sekadar kasut biasa, tapi seolah-olah koleksi untuk peminat tegar. Gaya ‘clean but bold’ juga sesuai untuk dipadankan dengan OOTD kasual.
Tapi jangan ingat sekadar stail sahaja sebab kasut ini juga selesa dipakai kerana jenama Skechers terkenal dengan ‘comfort tech’ mereka iaitu kusyen yang empuk, tapak fleksibel dan rekaan yang ringan menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti harian. Jadi kalau anda kerap berjalan jauh, kerja atau sekadar keluar lepak dengan kawan, kasut ini memang relevan.
Untuk para kanak-kanak yang comel pula, Skechers Street Mega-Quake dan Skechers Uno Lite yang direka khas dengan patch Mushroom, karakter patch Mario dan charm persis versi dewasa tetapi direka dengan versi lebih kecil, warna lebih ceria dan mudah dipadankan dengan gaya keanakan. Rekaan bahan yang digunakan lebih lut-udara dan tahan lasak, sesuai untuk mereka yang aktif berlari, bermain dan bergaya.
Sesuai dengan cuaca di Malaysia, kalau anda suka gaya santai, koleksi Skechers X Super Mario Foamies memang patut dicuba! Dari sandal hingga clog-style dan kid’s sandal, semuanya ada. Rekaannya lebih ringan, kalis air, sesuai untuk cuaca panas atau hari hujan, dan sangat mudah digayakan ketika melancong, jalan-jalan, dan bersantai.
Koleksi Skechers X Super Mario ini turut hadir bersama pakaian & aksesori seperti t-shirt, jaket, beg silang, topi yang lengkap untuk gaya seharian. Paling menarik, semuanya direka dengan sentuhan “Super Mario Vibe” yang halus tapi cukup versatil sesuai dipadankan gaya retro-geek tapi tetap moden.
It is your time to shine! Kalau anda memang peminat Mario sejak dulu, koleksi Skechers X Super Mario sememangnya satu peluang terbaik untuk mengembalikan nostalgia sambil kekal bergaya. Rekaannya tidak terlalu dramatik, tetapi sesuai untuk anda yang sukakan gaya kasual, fun dan relatable!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah kira-kira dua tahun pentas Puteri Indonesia sepi dek pengunduran negara seberang itu daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 yang dlangsungkan di Eilat, Israel; akhirnya kelmarin seorang juara baharu telahpun dimahkotakan sebagai Puteri Indonesia 2022.
Wakil dari Bali itu dikenali sebagai Laksmi Shari De Neefe Suardana yang juga merupakan anak kepada penganjur acara Ubud Writers Festival di Bali, Janet De Neefe.
Jelas terpancar keceriaan pada wajah Laksmi sesudah dirinya mengenepikan saingan 43 orang gadis lain yang mewakili 34 provinsi dari seluruh Indonesia.
Memasuki segmen utama pertandingan tersebut iaitu segmen soal jawab bagi tiga peserta terbaiknya, Laksmi telah menerima soalan daripada Penasihat Utama Yayasan Puteri Indonesia; Putri Kuswisnu Wardani yang berbunyi;
“Apakah pernah ada pengalaman dalam kehidupan kamu yang ingin kamu ubah. Sama ada ya ataupun tidak, jelaskan jawapan kamu,” katanya.
Ini merupakan jawapan Laksmi dalam bahasa Inggeris yang memahat nasibnya sebagai juara Puteri Indonesia 2022:
“Saya tidak pernah memiliki pengalaman lampau yang buruk dan saya sesali sebelum ini. Saya percaya dunia ini sudah direncanakan untuk saya dan ia membantu saya berkembang menjadi seorang insan yang lebih kuat, bijak.
“Itulah sebab mengapa saya mampu berdiri di sini pada malam ini, berkat pengalaman telah mengajar saya menjadi insan yang lebih baik, lebih berani. Dan saya tahu saya mampu mencapai apa-apa perkara sekalipun,” katanya.
Sebaik sahaja menyampaikan jawapan tersebut, juri sebulat suara memilih Laksmi sebagai Puteri Indonesia 2022 sekaligus akan mewakili Indonesia ke pentas Miss Universe 2022 kelak. Naib Juaranya pula ialah Cindy May McGuire yang sekaligus menggalas gelaran Puteri Indonesia Lingkungan 2022 manakala peserta kegemaran, Adinda Chresheilla dari Jawa Timur pula di tempat ketiga lalu menggalas gelaran Puteri Indonesia Pariwisata 2022.
Turut memeriahkan malam kemuncak kelmarin ialah Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India, Naib Juara Miss Supranational 2022, Karla Guilfu Acevedo dari Puerto Rico dan Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat dari Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlalu ramai saingan daripada model berbilang bangsa yang berasal dari pelbagai negara sehinggakan hanya segelintir saja yang telah berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut.
Terbaru, model kelahiran Malaysia iaitu Vanizha Vasanthanathan telahpun mengharumkan nama negara setelah kelibatnya dapat disaksikan pada Minggu Fesyen Milan yang telah rancak berlangsung di sana pada akhir bulan Februari lepas.
Vanizha turut berkongsi momen di sebalik tabir semasa Minggu Fesyen Milan di bahagian highlights-nya. Tangkap Layar : Instagram Vanizha Vasanthanathan
Vanizha, 28 yang merupakan wajah sinonim dengan pertunjukan fesyen di Malaysia dan penggambaran paparan fesyen bagi majalah serta pereka fesyen tempatan dilihat menyarungkan persalinan daripada jenama ACT N°1 dan Marco Rambaldi bagi koleksi musim luruh/sejuk 2022 masing-masing.
Bukan mudah untuk menempa slot sebagai salah seorang model yang menjayakan Minggu Fesyen Milan. Namun Vanizha bukanlah calang-calang.
Sewaktu pertunjukan jenama ACT N°1, dia tampil serba glamor dengan dress berserta bukaan tinggi di tepi dan but hitam paras lutut; seperti yang dikongsikan olehnya menerusi hantaran di Instagram ini.
Manakala bagi pertunjukan Marco Rambaldi, dengan penuh yakin Vanizha membawakan busana yang diperbuatkan daripada fabrik kait yang disatukan ala kolaj; bersama seluar ungu lilac bertekstur.
Pertunjukan Marco Rambaldi. Sumber Foto : ShowStudio
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Vanizha mencipta rekod dalam industri fesyen. Terdahulu, dia pernah terpilih sebagai model keturunan India-Malaysia pertama untuk terlibat dalam kempen jenama kecantikan dan penjagaan diri, Sephora.
Selain itu, Vanizha juga berpengalaman berjalan di pentas peragaan bagi acara Minggu Fesyen Lakme (di Mumbai, India), Minggu Fesyen China dan Minggu Fesyen Jakarta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!