Penyanyi terkenal, Anuar Zain meluahkan rasa sedih apabila lagu nyanyian anak saudaranya, Syamel, yang berjudul Belakang Tabir gagal mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas terkandas di Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39).
Anuar, yang juga bapa saudara kepada penyanyi popular, Ernie Zakri, menyatakan bahawa dia sangat menghargai karya tersebut dan merasakan ia adalah sebuah lagu yang hebat serta berpotensi untuk dipertandingkan di AJL.
“Saya sedih lagu anak saya (Syamel), Belakang Tabir tak dapat masuk final AJL.
“Menurut saya, lagu tersebut antara lagu balada yang kuat untuk tahun ini,” kata Anuar dalam sebuah sesi siaran langsung di platform digital, baru-baru ini.
Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, pelantun lagu popular Lelaki Ini itu tetap memberikan sokongan penuh buat Syamel, dan percaya bahawa tiada rezeki untuk lagu tersebut kali ini.
Ads
Tambah Anuar lagi, Syamel sudah memberikan yang terbaik dalam setiap persembahannya.
“Syamel sudah buat yang terbaik dan melakukan persembahan dengan bagus, tapi mungkin tiada rezeki,” ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi lagu popular Ku Bersuara, Ernie Zakri turut meluahkan rasa kecewa apabila lagu suaminya itu tidak berjaya mara ke AJL menerusi ciapan di platform X.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Symelaqml
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa menitipkan nasihat buat para pelajar di luar sana bahawa pendidikan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting.
Pelakon drama hit Saat Kau Takluk Cinta itu menyatakan pandangan murninya menerusi ruangan Ask Me A Question yang dilakukan di Instastory miliknya.
“Betul ke orang cakap SPM tak penting?” tanya seorang pengguna.
Tampil menjawab soalan tersebut, Intan memberitahu seseorang perlu mengutamakan pelajaran agar masa depan mereka lebih cerah.
“Korang, tolong faham yang SPM sangat penting. Pendidikan adalah sangat penting. Jangan cuba untuk jadikan pelajaran tak penting hanya kerana awak boleh buat duit dengan cara lain pada zaman ini. Itu bukan masalahnya.
“Pendidikan membentuk kita menjadi individu yang lebih baik. Kita tak akan tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, dengan adanya pelajaran dan ‘backup plan’ pasti akan sangat membantu di masa depan,” katanya.
Aktres itu turut menegaskan untuk sentiasa mencari ilmu sekali gus dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi seterusnya.
“Dan ingat, teruskan mencari ilmu walau apa sekalipun. Apa yang kita belajar akan kekal dengan kita sepanjang hidup dan akan memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan generasi akan datang,” coretnya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu yang membimbangkan di mana rata-rata remaja menyatakan hasrat mahu menjadikan gelaran pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial sebagai satu kerjaya sehingga mengabaikan pelajaran.
Sekadar info, pelakon berusia 26 tahun ini masih dalam pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Permintaan peminat yang fanatik dengan siri tersebut nyata membuahkan hasil. Walaupun sudah banyak kali pelakon FRIENDS menidakkan siri tersebut untuk kembali semula atau dijadikan dalam bentuk filem, reunion ini bakal menjadi kenyataan.
Para pelakonnya; Jennifer Anniston, Lisa Kudrow, Courtney Cox, Matt LeBlack, Matthew Perry dan David Shwimmer sedang bersiap sedia untuk menandatangani kontrak mereka bersama HBO Max.
Menurut laporan Wall Street Journal, kesemua pelakon tayangan istimewa FRIENDS ini pada awalnya ditawarkan bayaran $1 juta setiap seorang. Dan mereka semua mengatakan TIDAK kepada tawaran itu.
Jelas, mereka tahu berapa nilai sebenar untuk memberi kejutan pada peminat Friends.
Kesudahannya, mereka semua dijangka akan menerima bayaran setinggi $3 ke $4 juta, bersamaan dengan $20 juta yang dibayar oleh platform atas talian, Netflix untuk menayangkan FRIENDS selama setahun.
Selepas tamat tempoh setahun itu tak lama lagi, Warner Brothers bakal mengambil semula hak penyiaran dan menyerahkannya krpada HBO Max. Nampaknya, tak dapatlah kita menonton semula FRIENDS di Netflix selepas ini.
Sebelum korang excited untuk menonton ‘musim terbaru’ FRIENDS tak lama lagi, well hold your excitement guys!
Episod istimewa ini khabarnya akan mengimbas kembali perjalanan siri popular yang bermula 25 tahun lalu. Ia akan disertakan dengan temuramah bersama pelakonnya dan akan mempunyai hos.
Ura-ura mengatakan Ellen Degeneres bakal menjadi hos tersebut memandangkan beliau selalu menjemput pelakon FRIENDS terutamanya rakan baiknya, Jennifer Anniston ke set rancangan tembual, ELLEN.
*
Siapa lagi tak sabar seperti REMAJA? Korang rasa Cole Sprouse akan terlibat sama?
Akhirnya hasrat para peminat dua kumpulan menjadi realiti apabila Kugiran Masdo dan kumpulan popular negara seberang, The Changcuters bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur, pada 29 Disember ini.
Diberi nama Kugiran Masdo x The Changcuters, Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai peneraju menganjurkan konsert julung kali yang menggabungkan ‘kolaborasi pecah’ antara Kugiran Masdo dan The Changcuters. Ia juga bakal menghimpunkan rantaian peminat yang menjadi tulang belakang mereka.
Wakil penganjur KME, saudara Azanol atau lebih dikenali sebagai Putu Ceri memberitahu, pihaknya yakin konsert berkenaan mendapat sambutan ekoran permintaan yang tinggi daripada pengikut tegar kugiran tersebut.
“Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters. Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati.
“Dengan dua genre muzik yang ‘gila gilaan’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp KL kelak akan mendapat sambutan.
“Apalagi pemilihan tanggal 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang sudah melihat industri seni kembali semarak dan kami berharap kehadiran 2023 akan memberi lebih banyak rezeki serta kesempatan baik untuk seluruh industri terutama muzik,” ujarnya.
Sementara itu, The Changcuters juga melahirkan keterujaan kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan peminat mereka di Malaysia, terutamanya buat Changcut Rangers.
“Tentu sekali lamaran yang diberi tidak akan disia siakan. Kugiran Masdo adalah sebuah ‘maniac’ di Indonesia dan The Changcuters sangat berbesar hati untuk berkongsi panggung dengan mereka.
“Kami akan pastikan malam Kugiran Masdo X The Changcuters adalah momen tak terlupakan buat semua penggemar kami,” kata The Changcuters.
Sekadar informasi, Kugiran Masdo yang cukup terkenal dengan hit Bunga dan Dinda telah berada dalam persada seni tempatan sejak 2015.
Untaian karya mereka yang bersadurkan irama 60-an kemudian meniadi kegilaan di Indonesia dan membuat Kugiran Masdo sebagai pemuzik ‘wajib’ dalam kebanyakan festival yang diadakan di serata republik tersebut.
Selain itu, The Changcuters pula cukup terkenal dengan muzik garage rock sudah menakluk belantika muzik Indonesia seawal tahun 2006 menerusi lagu seperti Rachun Dunia dan I Love You Bibeh.
Tiket bermula harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) sudah mula dijual melalui https://tapau.asia/ticket.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.