
Datang dalam pelbagai rekaan dan jenama terkenal,pastinya si pemakai akan kelihatan stailo dan cool habis berjalan di hadapan khalayak ramai!
Menariknya tentang Safilo, korang boleh cari pelbagai jenama tersohor dan jenis kaca mata pada satu tempat ia termasuk Carrera, Polaroid, Jimmy Choo, Dior, Hugo Boss, Kate Spade, Fendi, Tommy Hilfiger dan banyak lagi la.



Kebanyakannya kaca mata untuk musim Luruh & Sejuk kali ini datang dalam pelbagai rekaan terutama bingkainya yang aneka bentuk dan material yang pelbagai. Bentuk kaca mata pula ada bulat, cat eye dengan shade yang gelap atau dua tona. Untuk belian kaca mata baru kamu, mungkin ciri-ciri tersebut perlu difikirkan kamu selain bentuk wajahmu.



Koleksi kaca mata hitam Safilo dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi di mana si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Safilo Fall/Winter 2019, sila layari www.safilo.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Dr Ji’ & Seohyun Antara Selebriti Paling Lit Di Karpet Merah Baeksang Arts Awards, Lihat 6 Gaya Lain

Anugerah gemilang Baesang Arts Awards sekali lagi berlangsung di Korea Selatan semalam.
Walaupun dunia masih bergelut dengan ‘perang’ menentang wabak Covid-19, dengan langkah penuh berjaga-jaga dan penjarakan social seperti yang diarahkan, anugerah Baeksang ke 56 yang meraikan dunia drama televisyen dan filem Korea ini tetap meriah dengan ketibaan selebriti kegilaan ramai!

Jom lihat 8 gaya yang mencuri tumpuan REMAJA di karpet merah semalam.
Son Ye Jin

Son Ye Jin memilih persalinan dari Ralph Lauren yang ringkas but fits her nicely like a glove. Ia mengingatkan penulis kepada stail Gwyneth Paltrow sekitar era akhir 90-an dan awal 2000.
Kim Hee Ae

Pemenang utama dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Televisyen) untuk drama viral The World of the Married ini kelihatan begitu elegan dalam dress rekaan Alexander McQueen ini. Ah, cantik sangat Dr Ji!
Dengan hanya aksesori anting-anting dempak yang dipadankan dengan perincian pada bahagian leher, Kim Hee Ae hanya memilih seutas jam di bahagian lengan terbuka.
Han So Hee

Siapa yang menggemari rekaan dress Alex Perry pasti pantas mengenali perincian draping pada dress yang disarungkan oleh Han So Hee ini. Solekan dan dandanan yang ringkas serta effortless cukup kena dengan lipatan fabrik yang sudah sarat pada bahagian bodice.
Seo Hyun

Talk about a power couple on the red carpet. Masing-masing saling menepati trend pada tahun ini. Seo Hyun yang juga merupakan ahli Girl’s Generation mengingatkan penulis kepada cara penggayaan Nicole Kidman (anugerah Oscar) dengan pemilihan dress beriben pada sebelah bahu dan warna rambut kemerahan.
Bae Suzy

Once a Dior girl, always a Dior girl.
Bae Suzy memilih jenama Perancis itu untuk acara gemilang semalam. Potongan ala Grecian dengan ikatan pada bahagian pinggang memberi ilusi potongan badan pada figura serba tinggi Suzy.
IU

Okay kami akan jujur mengatakan, ada di antara kami yang tidak menyukai gaun A-line pada penyanyi IU ini, dan ada yang menyukainya. Lets just say she was a risk taker yesterday.
Dua utas tali pada bahagian collarbone dan pada bust line tidak membantu menjadikan dress Gucci ini lebih menarik. Dan bahagian lipatan pleats di sebelah tepi pula membuatkan badannya kelihatan lebih lebar daripada sebenar.
Jung Yu Mi

Ini cara terbaik untuk memakai dress daripada Chanel!
Jung Yu Mi membuktikan bahawa less is more apabila memilih gaun sarat perincian seperti ini. Dengan hanya subang dan tali pinggang slim Chanel, dia menjayakan gaya 50% rock chic, 50% punk elegant ini. Dan dua poket pada bahagian sisi akan selalu menjadi plus point bagi kami.
Seo Ye Ji

Seorang lagi aktres yang memilih persalinan serba hitam untuk ke acara Baeksang Awards semalam ialah pelakon drama It’s Okay To Not Be Okay ini.
Okay, pendampingnya – Kim Soo Hyun mungkin adalah aksesori terbaik mana-mana wanita boleh miliki untuk acara anugerah seperti ini (*swoon). Namun, kami amat menyukai cara Seo Ye Ji memilih rantai yang begitu kena dengan potongan heart shape moden dress ini.
*
Gaya yang mana menjadi kegemaran korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Catat Sejarah! Terima Penghargaan Presiden Di Korea Good Donation Awards

Bintang K-Pop sensasi, BTS baru-baru ini sekali lagi membuktikan pengaruh positif mereka apabila menjadi artis Korea pertama menerima ‘Presidential Citation’ pada Korea Good Donation Awards ke-5 yang berlangsung pada 8 Disember lalu. Pengiktirafan berprestij ini telah dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea serta Majlis Sukarelawan dan Kebajikan Korea.
Difahamkan, anugerah tahunan tersebut diwujudkan bagi menghargai individu dan organisasi yang memberi impak melalui budaya berkongsi, amal dan usaha memupuk nilai kemanusiaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2021. Bagi tahun 2025, BTS dipilih atas sumbangan mereka dalam menyebarkan mesej kasih sayang, kesedaran sosial serta usaha kebajikan berterusan di peringkat global.

Dalam ucapan rasmi yang dikongsikan, BTS meluahkan rasa terharu atas pengiktirafan tersebut sambil menekankan bahawa kejayaan itu tidak hanya milik mereka.
“Kami rasa sangat berbesar hati apabila mengetahui kempen ‘LOVE MYSELF’ telah membawa impak positif kepada masyarakat. Kami khususnya ingin menghadiahkan penghargaan ini kepada ARMY yang telah bersama kami membina kempen ini,” kata BTS.
BACA: J-Hope BTS Sumbang 200 Juta Won Untuk Pembinaan Pusat Pediatrik Sempena Ulang Tahun Kelahirannya
BACA: RM BTS Sumbang 200 Juta Won Kepada 2 Hospital Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31

Terdahulu, kempen LOVE MYSELF yang dilancarkan pada tahun 2017 bersama UNICEF Korea menjadi platform utama BTS dalam memperjuangkan isu kesihatan mental dan pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak serta remaja. Inisiatif itu juga berjaya menjangkau lebih 155 negara selain menyediakan program kesihatan mental kepada lebih 100 juta individu di seluruh dunia.
Selain itu, melalui kerjasama kukuh dengan label mereka, BIGHIT MUSIC, BTS turut mencatat rekod sebagai rakan swasta terbesar UNICEF dalam perlindungan kanak-kanak. Bersama peminat, mereka berjaya mengumpulkan anggaran 9.2 bilion Korea Won, jumlah yang mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan dana perlindungan kanak-kanak UNICEF.

Pada masa yang sama, usaha amal BTS tidak terhenti di situ sahaja. Mereka terus diiktiraf secara konsisten di dalam dan luar Korea atas peranan aktif dalam memacu perubahan sosial melalui sumbangan, projek advokasi dan penglibatan bermakna dalam isu-isu kemanusiaan.
Menerusi pengiktirafan terbaru ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan BTS sebagai ikon muzik global, tetapi juga sebagai simbol pengaruh positif yang memberi inspirasi kepada generasi muda. Ia sekali lagi membuktikan bahawa pengaruh selebriti mampu membawa perubahan besar apabila digunakan untuk kebaikan.
BACA: SUGA BTS Sentuh Hati Masyarakat, Sumbang 5 Bilion Won Bina Pusat Rawatan Autisme Di Seoul
Untuk perkembangan terkini, BTS kini giat membuat persiapan untuk jelajah dunia berskala besar bersempena pelancaran album baharu mereka pada musim bunga akan datang. Peminat di seluruh dunia tentunya tidak sabar menantikan momen pertemuan semula bersama kumpulan fenomena ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PENAMA Bukan Pemegang Mutlak Duit KWSP Si Mati, Haram Makan Jika Tak Faraid

Mungkin ramai tidak sedar atau jahil ilmu, di sebalik rasa sedih akibat kematian, terdapat segelintir dari kita melakukan kesilapan bila menguruskan harta si mati.
Ramai salah anggap dengan beranggapan, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan bila berlaku kematian, duit itu menjadi hak mereka sedangkan ia sepatutnya di faraidkan menurut undang-undang Islam. Kalau itulah difikirkan, ternyata kita sudah melakukan KESILAPAN BESAR.
Menurut Perunding Profesional Mewarith, Sfatyma Idris, 25 tahun berkata, masyarakat harus faham, penama adalah orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta si mati dan BUKAN pemilik wang si mati.
“Banyak kesilapan berlaku dan tanpa sedar kita sebenarnya TERMAKAN DUIT HARAM” kerana berlaku salah faham atau kejahilan ilmu tentang hal ini,’ katanya ketika dihubungi REMAJA.
Menurut Sfatyma, jika berlaku kematian pada ANAK BELUM BERKAHWIN dan anak itu bekerja dan mempunyai wang di KWSP, ASB, Tabung Haji dan sebagainya, maka wang itu menjadi MILIK MAK DAN AYAHNYA. Terpulang kepada mak dan ayah untuk membahagikan kepada anak-anak yang lain mengikut budi bicara mereka.
“Namun jika semasa kematian terjadi, si mati tidak mempunyai ayah lagi (sudah meninggal) maka barulah adik beradik si mati mempunyai hak dan bahagian masing-masing dalam harta arwah.
“Ia akan dibahagikan secara faraid di mana bahagian masing-masing akan ditentukan,” katanya.

Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini hanya tertakluk kepada harta-harta yang berpenama sahaja seperti KWSP, Tabung Haji, ASB dan sebagainya.
“Kalau si mati itu mendapat wang sagu hati (sebagai contoh kes anggota bomba bujang yang lemas di Puchong), duit khairat kematian dan sebagainya, wang itu tidak perlu difaraid kerana ia memang diberi untuk meringankan beban ahli keluarga sedia ada.
Menurut perunding profesional ini lagi, pembahagian harta faraid ini berbeza jika si mati sudah berkahwin.

Dalam hukum Islam, ada 5 WARIS UTAMA iaitu :
i) Ibu
ii) Bapa
iii) Pasangan (suami atau isteri)
iv) Anak lelaki
v) Anak perempuan
“Jika yang meninggal itu, SUAMI, maka ibu dan ayahnya layak menerima wang tersebut. Begitu juga dengan isteri, anak lelaki dan anak perempuannya.
“Hal yang sama juga berlaku jika yang meninggal itu ISTERI, maka pembahagian itu masih sama iaitu mak dan ayah si mati, suami, anak lelaki dan anak perempuannya.
Bagaimana pun menurut Sfatyma, hukum faraid ini akan berbeza jika AYAH si mati sudah meninggal dunia.
“Jika AYAH MATI, maka nama adik beradik si mati akan masuk dan menerima bahagian faraid ini ,” katanya yang mengakui masyarakat kurang pemahaman dalam isu pembahagian faraid ini.
Bagaimanapun di saat membahagikan wang faraid ini, WAJIB MELANGSAIKAN HUTANG SI MATI terlebih dahulu sebelum semua wang diagihkan.
“Jika si mati mempunyai lebih banyak hutang dan tinggal sifar dalam akaunnya, maka tiada keperluan untuk di faraidkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu Sfatyma berkata, awal tahun ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah menukar polisi di mana bagi anak-anak berusia 18 tahun ke bawah, andai nama mereka diletakkan sebagai penama dan belum belum mencapai usia ketika kematian melibatkan ibu atau ayah, maka IBU ATAU AYAH (tertakluk siapa yang meninggal BOLEH mengeluarkan wang tersebut tanpa perlu anak menunggu usia 18 tahun namun wang itu perlu dibahagikan menurut hukum faraid.
“Ini dilakukan selepas banyak kajian dilakukan di mana penambahbaikan dilakukan. Tetapi ia hanya tertakluk kepada mereka yang telah MEMBUAT PENGEMAS KINIAN PENAMA MULAI JANUARI 2018 dan bukan kepada penamaan lama,” katanya lagi.
Jadi dah fahamkan penjelasan mengenai hukum faraid dan siapa yang berhak ini. Ingat ya, PENAMAAN HANYA PEMEGANG AMANAH, BUKAN PEWARIS HARTA SI MATI. Harta wajib dibahagikan menurut hukum faraid.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

