Tidak disangkal lagi, aplikasi dari China iaitu TikTok telah banyak mengubah landskap muzik sedunia. Lagu dan penyanyi yang tidak terkenal pun boleh menjadi tular di seluruh dunia – segalanya disebabkan oleh TikTok.
Seperti yang korang tahu, lagu terbaru yang tular secara serta merta adalah lagu ‘Mi Pan Su Su Sum’ (Mi Pan) yang kerap digunakan sebagai lagu latar untuk menari di TikTok.
Selepas ia menerima tempias populariti itu, TikTok kini telah mengumumkan bahawa lagu tersebut telahpun digunakan untuk lebih 1.6 juta video di TikTok!
Pergh, banyak tu.
Sama ada populariti Mi Pan akan bertahan lama di TikTok ataupun tidak, itu kami sendiri tak boleh jangkakan. Namun buat masa ini, semua orang masih obses dengannya.
Siapa Sebenarnya Pencipta Lagu?
Mi Pan pada asalnya digunakan untuk sebuah iklan komersil untuk bijiran sarapan di Rusia bernama Miel Pops.
Ads
Menurut laporan The Moscow Times, lirik lagu tersebut sebenarnya berbunyi seperti;
Miel Pops, buzz buzz buzz, buzz buzz buzz.
Miel Pops, so delicious, om nom nom.
Honey balls for breakfast.
Miel Pops, honey drip drip drip, drip drip drip
Ads
Tak percaya? Cuba dengarkan iklan tersebut di bawah.
Tak lama selepas itu, jingle Miel Pops tersebut telahpun dinyanyikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @chernaya.princessa. Versi ini adalah lebih ringkas seperti yang kita biasa dengar sekarang.
Versi yang lebih ‘membingitkan’ telinga datang daripada seorang lagi pengguna TikTok bernama @isterrrika, hasil daripada suntingan audio agar ia lebih pantas. Itulah video yang mempopularkan lagu tersebut. Sehingga kini, ia telah menerima lebih daripada 1.8 juta likes.
Ads
So, daripada Miel Pops, bagaimana pula ia boleh dinyanyikan sebagai Mi Pan?
Ada yang berpendapat bahawa ‘Mi Pan’ diambil daripada judul panjang video @isterrrrrika iaitu ‘This Song Isnttt About Bread Stop Mipansusus’. Malah, Mi Pan dalam Bahasa Sepanyol juga bermaksud ‘Roti Saya’ – props yang digunakan oleh @isterrrrika dalam videonya itu.
Sama ada korang gemarkan lagu di TikTok ini ataupun merasakan ia menjengkelkan, kami merasakan ia akan kekal popular untuk satu tempoh masa yang panjang.
*
Ingat lagi tak lagu popular di TikTok dahulu iaitu Lathi?
Salah seorang pelakon filem trilogi Disney ‘Descendants’ iaitu Cameron Boyce, 20 dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi waktu Malaysia.
Berita yang mengejutkan ramai peminat Cameron dan peminat filem terbitan Disney secara amnya itu telahpun disahkan melalui kenyataan rasmi keluarga pelakon itu. Ia diserahkan kepada saluran televisyen, ABC di Amerika Syarikat untuk laporan berita.
“Cameron meninggal dalam tidurnya pada pagi Ahad disebabkan kondisi kesihatannya. Dia sedang menerima rawatan pakar dan malangnya, mengalami simptom sawan semasa sedang tidur.
“Kami berat hati untuk melihat Cameron pergi pada usia semuda ini, tetapi kenangan bersamanya akan sentiasa kami simpan. Kami berharap agar diberi ruang privasi pada waktu yang sukar ini.”
Kali terakhir Cameron memuat naik foto ke akaun Instagram-nya adalah semalam dan peminat rata-rata masih sukar untuk mempercayai pemergian Cameron. Lebih 300,000 komen telah ditinggalkan untuk mengucapkan takziah.
Cruz Beckham turut meluahkan rasa terkejut, Gregg Sulkin berharap agar keluarga Cameron terus bertabah dan Casey Simpson meninggalkan 3 komen pada foto tersebut.
Cameron Boyce meraih populariti selepas dia membintangi filem Descendants 1, 2 & 3 serta filem Grown Ups 1 & 2 memegang watak Carlos untuk sequel ketiga Descendants.
Memandangkan filem itu hanya bakal ditayangkan pada 2 Ogos ini, REMAJA meramalkan kru produksi dan para pelakon akan melakukan penghormatan terakhir mereka sewaktu tayangan perdana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus. Kacang ini sering dijadikan makanan snek ringan atau kudapan tak kira waktu.
Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.
Jom ikuti lanjut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
INI KHASIAT KACANG GAJUS
Antaranya khasiat kacang gajus ialah :
1. Kesihatan otot dan saraf
Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.
Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
2. Mengurangkan risiko diabetes
Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi
Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.
4. Meningkatkan sistem imun
Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti dinantikan. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan berbagai jenis gerhana.
Hari ini sekali lagi seluruh dunia bakal merasai satu lagi fenomena luar biasa.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini berkongsi peristiwa ekuinoks yang akan berlaku pada minggu ini. Melaluinya, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari, membawa kepada peristiwa yang dinamakan ekuinoks. Untuk tahun ini, peristiwa berkenaan akan berlaku pada Rabu, 20 Mac 2024
Berikut lapan info perlu anda tahu kejadian alam yang unik dan menakjubkan ini:
Di Malaysia, peristiwa menarik ini akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks. Putrajaya dijangka akan mengalami “tengahari tanpa bayang” pada 27 Mac 2024 (Rabu), manakala Kuala Lumpur akan mengalaminya pada 28 Mac 2024 (Khamis).
Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.
Bagi kawasan yang terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa seperti Pontianak, Indonesia, dan Quito, Ecuador, akan mengalami fenomena yang lebih menarik iaitu waktu tengahari “tanpa bayang”.
Fenomena ini menarik perhatian ramai kerana pada masa tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap individu, menyebabkan bayangan kepala dan badan jatuh ke tapak kaki, sehingga tercipta kesan seolah-olah tiada bayangan.
Kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara dari garisan Khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada hari ini.
Peristiwa ekuinoks bukan sahaja memikat para saintis dan peminat sains, tetapi juga menyentuh rasa ingin tahu dan kekaguman masyarakat umum terhadap keajaiban alam semesta. Hari ini juga dijangka keadaan akan menjadi lebih panas daripada biasa. Jadi, stay safe dan mohon cakna tahap dehidrasi diri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!