Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti dinantikan. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan berbagai jenis gerhana.

Hari ini sekali lagi seluruh dunia bakal merasai satu lagi fenomena luar biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN : Fenomena RIBUT SURIA Bakal Melanda Dan Bumi Bakal Bergelap? 8 Info Kena Tahu!

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini berkongsi peristiwa ekuinoks yang akan berlaku pada minggu ini. Melaluinya, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari, membawa kepada peristiwa yang dinamakan ekuinoks. Untuk tahun ini, peristiwa berkenaan akan berlaku pada Rabu, 20 Mac 2024

IKLAN

Hari Tanpa Bayang, Ini Fakta Tentang Fenomena EKUINOKS!

Berikut lapan info perlu anda tahu kejadian alam yang unik dan menakjubkan ini:

IKLAN
  1. Di Malaysia, peristiwa menarik ini akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks. Putrajaya dijangka akan mengalami “tengahari tanpa bayang” pada 27 Mac 2024 (Rabu), manakala Kuala Lumpur akan mengalaminya pada 28 Mac 2024 (Khamis).
  2. Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
  3. Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.
  4. Bagi kawasan yang terletak betul-betul di atas garisan Khatulistiwa seperti Pontianak, Indonesia, dan Quito, Ecuador, akan mengalami fenomena yang lebih menarik iaitu waktu tengahari “tanpa bayang”.
  5. Fenomena ini menarik perhatian ramai kerana pada masa tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap individu, menyebabkan bayangan kepala dan badan jatuh ke tapak kaki, sehingga tercipta kesan seolah-olah tiada bayangan.
  6. Kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara dari garisan Khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada hari ini.

Peristiwa ekuinoks bukan sahaja memikat para saintis dan peminat sains, tetapi juga menyentuh rasa ingin tahu dan kekaguman masyarakat umum terhadap keajaiban alam semesta. Hari ini juga dijangka keadaan akan menjadi lebih panas daripada biasa. Jadi, stay safe dan mohon cakna tahap dehidrasi diri.

BACA LAGI : ‘Hidden Gem’ Di Perlis, Fenomena Hutan Bertukar Warna Setahun Sekali

IKLAN

Sumber :Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI