
Usia tidak menjadi penghalang, Anne Ngasri menggapai cita-cita untuk belajar di menara gading.
ARTIKEL BERKAITAN : Dafi Ismail Sabri Syukur Lepasi Peringkat Pertama Asasi, Hasrat Mahu Sambung Master MBA
Walaupun usia 39 dianggap sudah agak lewat menyambung pengajian, tetapi pemilik nama Naszriah Ngasri, menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dengan jayanya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Anne berkongsi momen bermakna dan tampil ceria menggayakan jubah konvokesyen. Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata tersebut menyatakan kesyukuran.
“Dalam setiap peristiwa penting yang saya lalui, sentiasa ada nota kecil di bahagian bawah yang berbunyi, ‘Alhamdulillah Ya ALLAH berkatilah,” kongsi Anne.
Bekas pelakon kanak-kanak popular itu kelihatan berseri-seri dan anggun mengenakan hijab rona merah sambil memegang erat diploma yang diraih.

Tahniah diucapkan buat Anne Ngasri yang mencapai cita-citanya dan berjaya menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
Anne yang aktif dalam bidang politik kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia. Kejayaan diraih Anne menjadi inspirasi warganet dan sempat menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang sentiasa tampil awet muda itu.
BACA LAGI : “Sudah Tentu Sabar Yang Paling Tertinggi…” Diddy Hirdy Kongsi Kunci Kejayaannya Sehingga Peroleh PhD
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cantik Dan Kacak, 7 Bintang K-Drama Tak Sangka Hebat Dalam Seni Pertahan Diri

Bukan sahaja pandai berlakon, tujuh artis k-drama ini juga mahir dalam seni mempertahankan diri. Malah salah seorang daripada mereka adalah pemegang tali pinggang hitam taekwando. Siapa mereka?
ARTIKEL BERKAITAN : Perempuan Perlu Tahu Seni Pertahankan Diri, Sherin Amiri Join MMA
- Lee Joon-gi

Lee Joon-gi bintang bersinar dari Korea Selatan yang telah berjaya mencuri hati ramai peminat Kdrama. Pasti ramai peminat yang masih belum move on dengan lakonan bintang ini dalam drama siri seperti Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo dan Criminal Minds, kali ini Lee Joon-gi membuat kemunculan hangat dalam Again My Life.
Setiap kali menonton filem atau drama lakonan Lee Joon-gi, kita semua pasti dihidangkan dengan babak-babak aksi yang memukau mata. Lee Joon-gi adalah peminat setia seni pertahanan diri jiu-jitsu. Pada awalnya pelakon ini menyertai kelas jiu-jitsu sebagai langkah persiapan untuk drama bersiri lakonannya, seterusnya tanpa disangka dia akhirnya jatuh cinta dengan sukan pertahanan diri itu. Selain jiu-jitsu, Lee Joon-gi turut berlatih dalam seni pertahanan diri yang lain seperti taekwondo dan muay-thai.
2. Ahn Bo Hyun

Ahn Bo Hyun merupakan graduan lulusan Sekolah Tinggi Sukan di Busan, Korea Selatan. Malah, dia mempunyai pencapaian bukan akademik yang membanggakan ketika zaman persekolahan.
Pencapaian yang dimiliki Ahn Bo Hyun adalah pertandingan tinju amatur di peringkat sekolah tinggi dan dia pernah memenangi pingat emas tau. Wah!
Walaupun Ahn Bo Hyun kini terkenal sebagai pelakon, dia juga pernah bekerja sebagai model dan peninju. Pengalaman bergelar peninju ini menjadikan kebolehannya dalam seni mempertahankan diri menjadi ibu jari dan membolehkannya meneroka dengan mudah apabila terdapat babak pergaduhan dalam genre aksi dan jenayah dalam drama dan filem Korea.
3. Park Hyung Sik

Bagi anda yang baru mengenali Park Hyung Sik menerusi drama yang dibintanginya, anda harus tahu figura menawan ini merupakan ahli kumpulan lelaki terkenal. Park Hyung Sik buat pertama kalinya sebagai idola pada tahun 2010 dengan kumpulan lelaki ZE:A.
Gumdo adalah seni mempertahankan diri Korea moden yang berasal dari Kendo Jepun. Bergantung pada senjata pedang, diketahui bahawa Park Hyung Sik telah mempelajari seni mempertahankan diri ini selama 7 hingga 8 tahun. Jika anda pernah menonton drama Hwarang, aksi beraninya ketika melakukan adegan menggunakan pedang nampak profesional. Kerana, Park Hyung Sik sudah bertahun-tahun berlatih menghayunkan senjata tajam ke arah lawannya.
4. Lee Si Young

Nama Lee Si Young memang popular dikalangan peminat industri hiburan Korea Selatan dan di media sosial. Sebabnya, Lee Si Young terkenal kerana aktif memuat naik dan berkomunikasi bersama peminatnya melalui media sosial, seperti Tik Tok.
Malah, sebahagian daripada kandungan tersebut mempamerkan kehebatan beliau dalam bidang persilatan. Semestinya kebolehan ini tidak pernah disia-siakan kerana telah diaplikasikan dalam beberapa projek drama aksi seperti No Mercy (2019) dan Sweet Home (2020).
5. Ha Ji Won

Siapa yang tidak kenal dengan nama Hai Ji Won sebagai salah seorang pelakon senior terkemuka? Namun, tahukah anda penglibatan pertamanya dalam industri perfileman pada 2000 adalah sebuah filem bergenre thriller yang mengandungi unsur yang cukup tegang.
Dari situ, Ha Ji Won nampaknya tidak berhenti terlibat dalam beberapa projek serupa. Sebut saja Duelist (2005) kepada drama Secret Garden (2010) yang menggabungkan percintaan dan aksi pertahankan dirinya. Ha Ji Won menguasai seni Kendo iaitu seni mempertahankan diri menggunakan pedang kayu dari Jepun. Malah, pelakon dengan wajah awet muda ini juga menguasai seni pertahankan diri summodo dan tinju juga.
Hebat bukan?
6. Park Shin Hye

Korang mengaku sebagai pencinta drama Korea? Maknanya, cukup kenal dengan nama Park Shin Hye yang pernah menghiasi pelbagai K-drama hit dari semasa ke semasa, sejak dia terjun ke bidang lakonan seawal usia tiga belas tahun pada 2003.
Pada mulanya, Park Shin Hye terkenal dalam menghiasi drama bertemakan percintaan dan kekeluargaan. Namun, kehebatannya dalam seni mempertahankan diri dan penggunaan senjata telah membawanya ke filem dan drama aksi seperti, Sisyphus: The Myths (2021).
Park Shin Hye belajar tinju dengan jurulatih peribadinya. Pada mulanya dia cuba mendalami seni pertahanankan diri ini kerana wataknya dalam dalam drama aksi “Doctors”. Namun, drama tersebut membuatkan Park Shin Hye sebenarnya jatuh cinta dan terus aktif dalam sukan tinju sehingga kini.
7. Jung Hae In

Sejak kecil, Jung Hae In telah berlatih taekwondo. Malah bintang drama ‘ Snow Drop’ ini memegang sabun hitam bermakna kemampuannya berada pada tahap tertinggi dalam seni pertahankan diri taekwando. Selain menjaga diri, Jung Hae In mengakui pergerakan taekwando membantunya mendalami wataknya dalam lakonan, lebih-lebih lagi apabila dia diberi babak seni mempertahankan diri seperti dalam drama kolosal, Sageuk.
Wah…hebat-hebat rupanya bintang K-drama pujaan ramai ni.
BACA LAGI : Guna Kunci Je, Pengguna TikTok Ajar Lindungi Diri Cara Paling Mudah
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siri Animasi Ejen Ali Dialih Suara Ke Bahasa Mandarin, Kini Boleh Distrim Di China

Satu lagi kejayaan yang diraih siri animasi Ejen Ali apabila platform penstriman video dalam talian terbesar China, Tencent Video bersama sebuah syarikat kandungan dan jenama kanak-kanak termuka dan diiktiraf di China, CAWRO bakal membawa masuk siri animasi tersebut untuk tayangan pasaran di negara tersebut.

Untuk pengetahuan korang, platform OTT di China sedang berkembang pesat dan menjadi platform pilihan utama bagi pengiklan dan trend ini dijangka akan lebih meluas dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Apa yang lebih membanggakan, Ejen Ali muncul sebagai salah satu daripada tiga program luar negara yang meraih kedudukan rating penonton tertinggi di platform ini dalam tempoh empat hari tayangan di Tencent Video.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, ia adalah sesuatu yang menggembirakan apabila Ejen Ali akan ke China dan secara tidak langsung, team produksi dapat mengembangkan sasaran penonton dengan baik oleh pengguna Tencent Video di China.
Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA. Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia. Siri animasi ini mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara.

Siri animasi ini juga sudah mula bersiaran di Tencent Video China bermula 1 Disember 2020 dan dialih bahasa kepada bahasa Mandarin untuk menarik minat penonton di China, khususnya kanak-kanak.
Tahniah kami ucapkan kepada seluruh team produksi Ejen Ali kerana berjaya meluaskan lagi pasaran animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa. Semoga lebih banyak lagi karya-karya anak Malaysia mendapat tempat di luar negara.
Hm, mesti comel bila Ali cakap Mandarin kan? Hiks!
***
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Jisoo BLACKPINK Dipilih Wanita Tercantik Di Dunia 2022, Dilraba Dilmurat Pun Kalah

Jisoo BLACKPINK akhirnya mengalahkan Dilraba Dilmurat sebagai wanita tercantik di dunia.
Menurut laporan dari Nubia Magazine, Jisoo BLACKPINK dinobat sebagai wanita tercantik didunia pada 2022. Lantas, hal ini mengalahkan kecantikkan Dilraba Dilmurat, pelakon dari negara China berdarah Uighur ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali DILRABA DILMURAT, Wanita Etnik Uighur Tercantik Di Asia

Wajah Jisoo mempunyai keharmonian sempurna antara standard kecantikan timur dan barat. Dia memiliki sepasang mata yang dalam, dimensi wajah yang sempurna, dan struktur wajah tersendiri. Justeru tidak hairanlah jika Jisoo dikatakan mempunyai wajah paling ideal sebagai rujukan untuk pembedahan plastik.
Jisoo berjaya mendapat kedudukan pertama sebagai wanita tercantik. Pencapaian ini berdasarkan undian yang diterima daripada sejumlah 155 buah negara di seluruh dunia. Kebanyakan undian datang dari negara seperti Rusia, Indonesia, Singapura, India dan banyak lagi.

Berdasarkan hasil survey yang dilakukan oleh Nubia Magazine, Jisoo BLACKPINK menjadi wanita tercantik di dunia mengalahkan beberapa orang jelitawan seluuruh dunia antaranya Dilraba Dilmurat(5), Tzuyu TWICE (2), Lisa BLACKPINK (3), Bella Hadid (9) dan Ariana Grande (6).
Selain Jisoo, V BTS juga menerima sijil yang sama untuk kategori lelaki. Pemilik nama sebenar Kim Taehyung telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia pada tahun 2022. Kedua-dua Jisoo dan V dianggap layak menerima gelaran itu.
Sumber : 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.