Pastinya agak sukar melepaskan cahaya mata yang ingin berjauhan sebentar demi mengejar cita-cita mereka. Namun apa kan daya, harus merelakan juga untuk impian yang ingin digenggamnya…
Begitulah juga buat penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang menitipkan doa buat anak lelakinya, Alexander Zulkarnain agar berjaya mengejar impiannya.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anak kesayangannya, Alexander mencecah usia 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran.
“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitulah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
“Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” katanya.
Dalam masa sama, Amy berkata dirinya tidak pernah lekang untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
Ads
“Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk rekod, penyanyi lagu popular Fantasia Bulan Madu itu mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.
Amy juga mempunyai cahaya mata perempuan yang juga merupakan pelakon berkaliber tanah air, Nabila huda, hasil pernikahan pertamanya bersama Faridah pada tahun 1983.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil selamat bergelar suami kepada pempengaruh terkenal, Nur Dahlia Ahmad Rizal dengan sekali lafaz, malam tadi.
Bekas peserta Hero Remaja 2020 itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Nordin berwakil walikan bapa pengantin perempuan iaitu Ahmad Rizal.
Dalam majlis yang diadakan di Villa Istana
Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.
Menjengah pada hantaran di Instastory Dahlia, dia ada memuat naik sekeping gambar yang dilihat sedang erat berpegangan tangan bersama suami tercintanya itu.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
SUMBER FOTO: TikTok Sepocen & Dahlia Rizal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampak nasib pelajar pelatih yang sedang terlibat dengan program latihan industri (internship) di peringkat kerajaan semakin terbela dalam tempoh sebulan.
Pada akhir Julai lalu, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan kewajiban bayaran kepada pelajar pelatih atau interns di kesemua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
Tidak sampai sebulan, semalam beliau telah mengumumkan kadar elaun intern melalui video di akaun media sosial miliknya.
Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance #PaidInternship di Kementerian/Agensi/Jabatan, dari RM300 ke ~RM900 (RM5 setiap jam). We did it!
Berkuatkuasa pada 1 September 2019. #YouthPowerpic.twitter.com/4cSbIJDnSS
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun intern dari RM300 (sedia ada) ke RM900 sebulan, ataupun RM5 setiap jam. Secara tak langsung, itu bermakna elaun yang diberi dinaikkan 3 kali ganda daripada jumlah sedia ada!
Huntung lerr..
Kadar tersebut dipersetujui setelah kerajaan menyemak kepentingan elaun kepada pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga B40 (berpendapatan 40 peratus terendah) serta keluarga M40 (berpendapatan 40 peratus pertengahan).
Ini bagi membantu keperluan mereka menyara kehidupan di bandar dari segi sewa tempat tinggal, makan minum, keperluan asas, pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya.
Dengan penguatkuasaan elaun baru ini bermula 1 September 2019, ramai pelajar di media sosial yang menyaran agar syarikat swasta turut mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan.
Antaranya..
Amacam syarikat swasta?
The ball is in your court..
Apapun, REMAJA gembira dengan perkembangan ‘pembelaan pelajar’ terbaru ini. Diharap prestasi korang bekerja pun setimpal lah dengan elaun yang diberi. Jangan sekadar mengharapkan kerja diberi sambil duduk berlengang je..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka superhero nostalgia era 90-an, Keluang Man, kini kembali menggegarkan layar perak dalam versi live-action yang lebih segar, lucu dan penuh aksi! Menjadi taruhan besar Astro Shaw, filem ini bakal ditayangkan serentak di 154 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 29 Mei ini.
Apa yang menjadikan naskhah ini lebih istimewa? Sudah tentu keunikan watak utamanya, Keluang Man sendiri iaitu seorang pesakit mental dengan keperibadian ‘gila-gila’ yang menjadi superhero secara tidak sengaja.
Lebih menarik, filem ini menandakan permulaan kepada Astro Shaw Cinematic Universe, sekaligus membuka lembaran baharu dalam dunia filem tempatan.
Menurut pengarah filem dan penulis skrip, Anwari Ashraf Hashim, yang juga pencipta bersama trilogi Polis Evo dan pengarah drama popular Projek: Anchor SPM, filem ini adalah sesuatu yang sangat peribadi baginya.
“Keluang Man adalah surat cinta kepada generasi yang membesar pada tahun 90an, satu generasi yang penuh semangat dan nilai yang masih relevan hingga ke hari ini.
“Filem ini bukan sekadar projek hiburan, tetapi merupakan usaha menghargai warisan budaya pop Malaysia yang pernah mencorak zaman dan mencipta kenangan bersama,” kata pengarah.
Barisan pelakon juga bukan calang-calang Antaranya Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Amelia Henderson, Halim Othman dan ramai lagi.
Tidak cukup dengan itu, filem ini turut menyajikan kemunculan khas oleh wajah-wajah popular seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid Senario, dan Azlee Senario.
Lagu-lagu ‘throwback’ seperti Tragedi Oktober, Sha Na Na dan Terhangat di Pasaran bakal menceriakan lagi pengalaman menonton. Malah, lagu tema asal Keluang Man turut diberi nafas baru melalui kolaborasi Krisya x S.O.G.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan kebangkitan semula Keluang Man di pawagam berhampiran anda. Tiket kini boleh dibeli bermula 21 Mei!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.