Sabtu lalu telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17 yang mana anak lelaki kepada penyanyi rock terkenal iaitu Rahmad Mega turut bergelar graduan institut berkenaan.
Graduan ijazah sarjana
Berita gembira ini turut dikongsikan menerusi satu perkongsian di Instagram, Rahmad berkongsikan kejayaan anaknya berusia 25 tahun itu serta berdoa agar anaknya terus berjaya di masa akan datang.
“Tahniah buat anakanda kerana telah berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya,” tulisnya.
Dalam entri itu, Rahmad turut memuat naik beberapa keping gambar mereka sekeluarga meraikan Suhazri pada majlis konvokesyen yang diadakan pada Ahad lalu.
Perkongsian Rahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan anak kepada penyanyi itu terus berjaya.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Rahmad dan anak lelakinya dilihat seperti abang dan adik apatah lagi penyanyi itu awet muda meskipun sudah berusia 53 tahun.
Kejutan Buat Anak
Lebih manis, difahamkan Rahmad turut membuat kejutan kepada graduan di majlis konvokesyen apabila tampil membuat persembahan. Ketika menyanyikan lagu Takdir dan Waktu, anak kepada penyanyi itu dilihat naik ke pentas dan mencium tangan bapanya.
Ads
Wah, untungnya anak abang Rahmad ini. Apa-apapun tahniah kami ucapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka seorang ahli bomba mempunyai kelebihan untuk membuat aksi ekstrem dengan menggunakan basikal BMX.
Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang abang bomba, video yang berdurasi 30 saat ini pada mulanya hanya dikongsi untuk suka-suka saja di grup Whatsapp, tapi tak sangka pula boleh jadi viral.
Menurut Harian Metro, Nur Hazme Janis memang minat sukan ini sejak dibangku sekolah lagi. Malah, dia juga banyak menyertai pertandingan sukan ekstrem kategori basikal BMX secara underdog saja.
Nur Hazme pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pertandingan Asian Beach Game di Phuket, Thailand pada 5 tahun lalu.
Wah, bukan calang-calang abang bomba ni. Hebat serba-serbi.
Video aksi ekstrem ini juga turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripadanya begitu kagum dengan kebolehan yang ada pada penjawat awam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengeluh dengan cuaca panas hari ini. Mana tidaknya, kalau tidur waktu malam pun boleh berpeluh-peluh, ini kan pula pada waktu tengah hari. Memang basah lencun la baju macam dalam sauna.
Cuaca panas terik yang melanda Semenanjung sekarang dijangka berterusan sehingga minggu depan, susulan tempias Taufan Lan yang menggegarkan timur Filipina pada Selasa lalu (bharian.com).
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian kami apabila sebuah blog, Root of Science telah menyentuh secara ringkas tentang sains bangunan dan pengkhususan di dalam bidang seni bina yang menjadi punca kenapa rumah kita berasa panas.
Berikut merupakan tiga sebab utama pemanasan rumah dan strategi untuk mengatasinya, nak-nak time cuaca panas sekarang ni.
1. Dilanda sinaran matahari secara langsung
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Sinaran matahari yang terkena pada dinding rumah, lantai dan ruang dalaman rumah akan menyebabkan peningkatan suhu mendadak.
Strategi terbaik untuk mengelakkan sinaran matahari daripada memancar secara langsung di bahagian-bahagian rumah anda adalah seperti yang berikut:
• Gunakan awning
Penggunaan awning akan meredupkan bukaan tingkap atau pintu. Ia juga dapat melindungi dinding daripada menyerap haba.
• Tanam pokok sebagai teduhan
Daun yang merimbun dapat menghalang sinaran matahari dan menyejukkan persekitaran luar rumah.
• Gunakan penebat haba di bumbung
Ini kerana bumbung akan menerima sebahagian besar haba dari matahari dan akan memanaskan udara di antara bumbung dan siling rumah. Penebat haba mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.
• Melapisi dinding dengan lapisan tambahan
Penggunaan material seperti lapisan komposit aluminium, veneer atau lapisan bata perhiasan.
Dinding berlapis
• Cat dinding dengan warna yang cerah
Warna yang cerah akan memantulkan cahaya, sementara warna yang gelap pula akan menyerap cahaya. Apabila cahaya diserap, tenaga itu bertukar menjadi haba.
• Guna langsir, tirai atau skrin
Sama seperti awning dan teduhan pokok, langsir, tirai atau skrin juga dapat melindungi bahagian dalam rumah dan membenarkan aliran angin yang bebas.
• Menghalang bukaan yang menghadap matahari terbenam
Suhu paling panas adalah pada waktu petang antara 2pm hingga 4pm. Jadi sebaiknya, bukaan yang menghadap matahari petang dihadang bagi mengurangkan rasa rimas dan tidak selesa.
2. Tidak mempunyai pengudaraan yang baik
Untuk menangani masalah panas di dalam rumah adalah dengan memastikan semua udara panas yang terkumpul tersebar keluar dan digantikan dengan udara sejuk.
Tanpa pengaliran udara yang baik, haba ini akan terkumpul di waktu siang dan boleh berpanjangan sehingga waktu malam dan ini menyebabkan rasa tidak selesa.
Bagi mengatasi masalah ini, rumah anda patut mempunyai bukaan yang menggalakkan aliran udara masuk dan keluar seperti:
• Bukaan tingkap yang luas bagi memastikan kadar ACH (Air Changes per Hour) yang efisien.
• Aliran udara yang tidak terhad. Perabot, dinding dan langsir tebal yang merintangi penggerakan udara boleh menyekat dan membataskan pergerakan udara.
Udara panas keluar, udara sejuk masuk
• Gunakan air well iaitu ruang vertikal yang terbuka di bahagian tengah rumah, kebiasaannya di bahagian tangga.
Ia direka bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan seterusnya keluar melalui bukaan tingkap berdekatan siling rumah.
Apabila ini berlaku, udara sejuk bergerak masuk menggantikan ruang tekanan rendah yang ditinggalkan oleh udara panas.
• Gunakan kipas ekstrak di aras yang tinggi (berdekatan dengan siling) bagi membolehkan udara panas dikeluarkan dengan cepat.
• Menyeragamkan hala kipas angin berdiri. Sekiranya laluan angin datang dari hadapan rumah, maka digalakkan untuk menggunakan kipas berdiri (atau kipas meja) dan menyeragamkan hala kipas itu agar bertiup ke belakang rumah.
• Gunakan kipas siling menghala ke atas di bahagian air well. Kipas ini akan berfungsi sebagai kipas pengekstrak. Namun, kaedah ini belum terbukti sekiranya diambil kira kos elektrik yang terlibat.
3. Kesan Urban Heat Island (UHI)
UHI adalah situasi di mana sesuatu kawasan bandar mengalami taburan suhu yang lebih tinggi dari persekitaran luar bandar. Perbezaan suhu ini terjadi apabila kawasan bandar yang dibangunkan mempunyai elemen-elemen yang memerangkap atau menjana haba yang berterusan.
Contohnya, permukaan berwarna gelap seperti jalan raya menyerap lebih banyak radiasi matahari. Oleh kerana kawasan bandar mempunyai lebih banyak rangkaian jalan raya yang berselirat, ini menyebabkan luas kawasan yang akan menyerap haba lebih besar.
Masalah ini ditambah dengan kurangnya tanaman pokok-pokok di dalam kawasan bandar dan menyebabkan kurang tempat berteduh dan kesan penyejukan pokok-pokok tersebut.
Haba yang terbuang hasil daripada penggunaan kenderaan, pendingin hawa dan industri secara umumnya juga menyumbang kepada peningkatan UHI.
Diharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ruang dalaman rumah yang panas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial video team Harimau Malaya berseronok meraikan kemenangan skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itudi sebuah kelab malam.
Namun, apa yang menjadi tidak best, bualan dan persoalan netizen ialah apabila mereka mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok.
Menerusi laporan dari Barita Harian, Junior seperti yang dilaporkan portal HarimauMalaya berkata: “Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.
#BHsukan Satu video tular memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam pic.twitter.com/03V0n8tfmH
“Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.
“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.
Mungkin mereka hanya ingin meraikan kemenangan je kot…Hmm…apa pendapat korang?
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!