
Baru-baru ini, pelajar bernama Iman Mohamad Afif berjaya mencipta sejarah membanggakan buat dirinya apabila dinobat sebagai ‘Best Student of the Year’ bagi program pengajian Sarjana Kejuruteraan (MEng) dalam bidang Kejuruteraan Kimia Tenaga dan Alam Sekitar.
Menerusi sebuah perkongsian oleh Facebook MARA London & Ireland, penganugerahan ini turut melengkapkan kejayaan Iman dalam merangkul ‘Fourth Year Course Prize’ iaitu tanda pengiktirafan atas prestasi luar biasa.
Dalam pada itu, beliau juga berjaya menamatkan pengajiannya dengan Kepujian Kelas Pertama, membuktikan satu pencapaian yang bukan mudah dicapai terutama dalam bidang mencabar seperti kejuruteraan kimia dengan fokus tenaga dan alam sekitar.
BACA: Bukan Sekadar Angka! Graduan Akaun UiTM Ini Pernah Cipta Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Tari
BACA: Beauty With Brains! Graduan UPSI Dinobat Sebagai Penerima Anugerah Siswi Cemerlang PSWM 2025
Selain cemerlang di bilik kuliah, pelajar tajaan MARA dan bekas penuntut Kolej MARA Banting ini turut menunjukkan kehebatan dalaman melalui kejayaannya dalam pertandingan Manchester Intellectual Debate 2024 (Kategori Bahasa Inggeris) apabila menggondol gelaran juara dan menyemarakkan nama kolej serta negara.
Sementara itu, bagi pihak MARA dalam perkongsian yang sama menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol harapan kepada generasi pelajar muda bahawa impian besar boleh dicapai melalui usaha gigih, sokongan yang tepat, dan keseimbangan antara akademik dan kepimpinan.
BACA: Harumkan Nama Malaysia! Dua Pelajar Melayu Genggam ‘Double Master’ Di University of Ohio!
BACA: “Akademik Nombor 1” Farhan Asri Berjaya Tamat Pengajian, Seru Generasi Muda Hargai Ilmu
“Syabas dan tahniah kepada Iman Mohamad Afif. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi contoh teladan kepada pelajar lain,” tulisnya.
Walau apapun, melalui kejayaan yang diperoleh, nama Iman kini terpahat sebagai salah seorang pelajar Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: FB MARA London & Ireland
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.