Tidak dinafikan, memang agak jarang sekali seseorang pelajar akaun dikaitkan dengan dunia seni tari, namun berbeza bagi seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini yang membuktikan minat dan bakat beliau mampu bergerak seiring sehingga boleh mengharumkan nama negara ke pentas antarabangsa.
Memetik laporan Sinar Bestari, pelajar graduan Diploma Perakaunan UiTM cawangan Perak, Fariza Amira Abd Karim (21) telah mencuri perhatian semasa majlis konvokesyen baru-baru ini apabila berjaya mewakili negara dalam empat pertandingan tarian bertaraf dunia serta pernah bergelar juara di dua negara berbeza iaitu di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Kredit foto: Instagram Fariza
Menurut Fariza, meskipun sibuk dengan tugasan dan peperiksaan sebagai mahasiswa perakaunan, gadis ini tidak pernah meninggalkan cintanya terhadap seni tari. Baginya, tarian bukan sekadar hobi tetapi terapi dan sumber kekuatan untuk terus berjaya dalam pelajaran.
“Tekanan memang ada untuk seimbangkan antara tarian dengan belajar”
Ads
“Namun sokongan dan doa berterusan ahli keluarga khususnya ibu bapa saya membolehkan saya dapat mengharunginya hingga ke bergelar juara dalam tarian sekaligus bergelar graduan UiTM,” katanya.
Kredit foto: Instagram FarizaKredit foto: Instagram Fariza
Dalam pada itu, gadis kelahiran Puchong, Selangor yang kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan di UiTM Tapah itu sempat berkongsi pengalaman manisnya ketika menyertai pertandingan tarian di San Diego, Amerika Syarikat dan juga Korea Selatan.
Di mana, menerusi kedua-dua kejohanan itu adalah sebagai bukti memperlihatkan kemampuan dan semangat juangnya sebagai penari muda dari Malaysia.
Ads
Menariknya, ketika bertanding di Korea Selatan, Fariza mengalami kecederaan lutut namun tetap meneruskan persembahan demi nama negara.
“Saya tak berhenti, saya teruskan dan ternyata ia menghadirkan suatu keputusan yang membanggakan. Berdepan dengan peserta-peserta hebat dari seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat bukannya satu tugas mudah,” ujarnya.
Ads
“Tambah pula kita datang dari Asia selalu dianggap sebagai tidak kompetitif, namun saya berjaya buktikan sebaliknya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Fariza kini menyimpan impian untuk bergelar pensyarah suatu hari nanti. Pada masa yang sama, beliau turut berhasrat untuk meningkatkan lagi imej akademi tarian yang diusahakan keluarganya iaitu Zeppo Youngsterz, agar bakat-bakat muda tempatan dapat diketengahkan ke peringkat global.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meneruskan rentak cemerlang pada Siri Tiga Piala Presiden, selepas menyambar satu lagi emas dalam acara keirin elit wanita di Velodrom Nasional, semalam.
Ini sekaligus memadam luka atlet yang kini berusia 22 tahun itu yang terlepas pingat emas pada Siri Dua kejohanan berkenaan selepas tewas kepada pelumba Korea Selatan Kim Haeun, dalam acara sama bagi Siri Dua kejohanan sama minggu lepas.
Dalam pada itu, pingat emas itu turut menjadi emas kelima pelumba kelahiran Sungai Petani, Kedah itu selepas meraih dua emas di Siri Satu, satu emas di Siri Dua dan dua emas di Siri Tiga.
Pada aksi final keirin hari ini Nurul Izzah yang diberi julukan sebagai The Pocket Rocket Women itu menamatkan saingan sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 11.200 saat (s) untuk pingat emas, meninggalkan Haeun yang meraih pingat perak.
Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi pelumba Korea Selatan Hwang Hyeonseo manakala rakan senegara Nurul Alyssa Mohd Farid di kedudukan kelima.
Mengulas mengenai perlumbaan, Nurul Izzah berkata beliau berpuas hati dengan prestasinya dan pingat emas itu nyata mengubat lukanya selepas tewas kepada Haeun, minggu lepas.
“Saya sudah berehat, sudah belajar di mana kesilapan, tahu bagaimana teknik pihak lawan untuk saya atasi dan lebih yakin ketika berlumba”
“Tapi selepas ini di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2025 (ACC 2025) pasti lagi ramai pelumba hebat-hebat yang Korea bawa, saya perlu bersedia,” katanya.
Sebagai rekod, Nurul Izzah meraih emas pada Siri Satu namun sekadar meraih perak pada Siri Dua. Beliau turut meraih emas pada Siri Satu, Siri Dua dan Siri Tiga Piala Presiden dalam acara pecut.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jarang-jarang kita dengar pujian terbuka daripada figura terkenal, tapi itulah yang berlaku bila Datin Seri Nur Shahida tampil berkongsi pandangannya tentang sikap sopan seorang pempengaruh muda yang juga anak kepada jutawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.
Menerusi satu video siaran langsung di TikTok, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu meluahkan rasa kagum terhadap Cik B yang disifatkannya sebagai remaja berbudi bahasa dan penuh adab.
“Cik B memang baik dan berbudi bahasa. Janganlah kalian mengutuk dia tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dahulu, sebelum saya mengenali Cik B, saya sangka dia seorang yang kasar.
“Namun selepas duduk bersama hampir dua minggu, saya sedar dia sebenarnya seorang anak yang sangat baik.
“Dia amat menghargai setiap hidangan yang disediakan, walaupun hanya masakan yang ringkas,” katanya dalam video berkenaan.
Ruangan komen pula dihujani dengan sokongan netizen yang turut bersetuju dengan kenyataan Shahida.
Ramai yang memuji cara didikan DSV terhadap anak-anaknya walaupun tanpa kehadiran seorang suami di sisi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Datin Shahida
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merokok merupakan salah satu punca seseorang individu itu mendapat penyakit berbahaya dan ia secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada perokok.
Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.
Dek kerana kesan-kesan buruk yang boleh didapati daripada merokok, New Zealand telah mengumumkan rancangan untuk mengharamkan rokok secara berkesan dengan menaikkan had umur pembeli produk berasaskan tembakau, sekali gus melarang remaja membeli rokok secara sah.
Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan larangan ke atas genarasi muda daripada membeli rokok sepanjang hayat mereka, dan ia sebahagian daripada langkah paling tegas memerangi industri tembakau.
Apabila undang-undang itu berkuat kuasa, bermula daripada individu yang masuk usia 14 tahun pada tahun 2027 adalah tidak lagi dibenarkan membeli rokok di negara itu. Pada masa yang sama, paras nikotin di semua rokok yang dijual akan dikurangkan.
Langkah ini diambil kerana mengikut statistik 1 dalam 4 kes kanser di New Zealand adalah berkait rapat dengan penggunaan produk tembakau dan ia juga penyumbang tertinggi kepada kematian yang boleh dielakkan.
Inisiatif ini juga sebagai mengekalkan peranan New Zealand sebagai pelopor global menyekat tembakau iaitu tindakan sama melarang penajaan produk tembakau dalam acara sukan tahun 1990 dan di bar pada 2004.
Syabas kerajaan New Zealand! Setidaknya ada tindakan keras yang dilakukan untuk menyekat penggunaan rokok yang berleluasa di negara itu. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan punca masalah penyakit kronik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.