Suami kepada personaliti televisyen, Nana Mahazan, iaitu Raqeem Brian, tidak dapat menahan sebak selepas putera mereka, Aaqib, berjaya mendapat tempat ke Akademi Bola Sepak Villarreal FC.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Nana Mahazan melalui hantaran di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, Nana memaklumkan bahawa anak lelakinya berjaya menduduki tempat dalam kalangan 15 terbaik daripada 40 orang yang menghadiri sesi percubaan.
Selain itu, Nana turut meluahkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian Aaqib, anak keduanya, yang berjaya mendapat tempat di akademi bola sepak terkenal dari Sepanyol itu.
“Syukur Ya Allah, Alhamdulillah atas nikmatMu. Kami sangat berbangga dengan kamu, Aaqib. Tiga minggu daddy gigih bawa Aaqib pergi ‘trial’ dan sesi latihan. Daddy tunjukkan juga ‘full commitment’ dan ‘basuh’ Aaqib dapat tempat.
Ads
“Pemain lain semuanya berbakat dan kali ini memang agak mencabar. Daripada 40 orang, jadi 20 kemudian yang terpilih hanya 15 orang.
“Selamat maju jaya Aaqib, terbang tinggi dan terus komited dalam latihan. Kami sentiasa sokong. Aku nangis lah tengok daddy dan Aaqib peluk,” coretnya panjang lebar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah kepada Aaqib atas kejayaannya yang terpilih untuk menyertai akademi latihan bola sepak tersebut.
Ads
“Cara dia duduk, cara dia respon nampak aqib ini matang. Macam orang besar dah dia,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah Congratulations Aaqib.. you made it ! Same Senna team with Adrian.. Good job guys,” komen juga pengguna lain.
Ads
“Good luck adik in your future. Training hard and smart. Power!” tulis seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Nana Mahazan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betul la orang cakap, pemakanan mampu membuatkan korang awet muda.
Siapa sangka lelaki ini sudah pun berusia 53 tahun, namun pemilik nama Edson Brandao ini sering disangka masih seorang pemuda awal 20-an.
TAPI, dia langsung tidak kelihatan tua. Malah jika ada yang meletakkan Edson Brandao bersebelahan dengan remaja di awal 20-an, penulis sendiri berani menyatakan bahawa Edson kelihatan sama muda dengan mereka.
Penulis ingin membongkar rahsia sebenar kulit awet muda lelaki ini untuk kekal kelihatan muda remaja??
1.Berenang adalah antara rutin yang dilaku untuk awet muda.
Percaya tak, Edson Brandao merupakan seorang influencer dan juga jurulatih peribadi yang kini tular dalam laman sosial. Edson yang berasal dari Groningen, Belanda ini mempunyai keadaan fizikal termasuk wajah yang sangat muda seperti seorang remaja, meski usianya sudah 50-an.
Hhm, terus terasa nak pergi berenang kan!
2. Menjaga Makan Dan Mimum
Menurut laporan Daily Mail UK, Edson mengaku bahawa rahsia awet mudanya kerana sejak dahulu dia selalu mengawasi pengambilan makanannya seperti mengurang seminimum mungkin makanan berminyak, bergula dan terlalu masin serta tidak mengambil alkohol, merokok dan makanan dalam tin.
3. Beriadah adalah antara rutin harian Edson.
Selain itu, dia suka beriadah dan melakukan rawatan kosmetik hingga tidak menampakkan kedutan pada wajahnya. Dia tidak pernah melakukan pembedahan plastik.
“Saya kelihatan awet muda secara semula jadi dengan mengambil makanan sihat seperti sayur dan buah. Saya juga minum banyak air kosong. Untuk mengatasi kedutan, saya selalu menggunakan krim muka antipenuaan,” katanya.
Kerana penampilannya yang trendi dan seperti remaja, ramai yang menyangka dia masih berusia 25 tahun.Menurut Edson, dia merawat tubuhnya kerana merasakan tubuhnya sebagai anugerah Tuhan. Walaupun sudah berusia 53 tahun, dia tetap mempunyai tenaga seperti lelaki berusia 20-an.
4. Penampilan trendy
Edson turut memberikan cara pengambilan makanan hariannya untuk dicontohi.
Antaranya mengambil buah-buahan segar, susu almond, cereal, hingga pancake sayuran yang dibuatnya untuk sarapan. Sementara bagi proteinnya dia dapatkan daripada ikan putih, ayam, sayuran hingga beras perang untuk makan tengah hari. Dia mengambil ubi untuk makan malam.
“Saya adalah bukti nyata bahawa manusia boleh awet muda dan merasa muda meskipun umur sudah berumur. Langkah pertama untuk menjaga awet muda adalah dengan menerima dan mencintai diri sendiri,” kata Edison.
Sekiranya korang tidak mahu tua lebih awal dari usia, ini adalah di antara pantang-larang yang boleh korang elakkan.
Akhirnya, ‘hazab’ menjawab kertas soalan SPM tamat juga semalam!
Bagi kebanyakan pelajar yang pernah berhadapan dengan situasi ini, mood hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebenarnya sukar nak digambarkan.
Sedih ada kerana korang tak lagi meluangkan setiap pagi menapak ke sekolah selepas ini. Cikgu pun korang akan tinggalkan, sekadar panggilan telefon dan WhatsApp je lah yang akan menghubungkan kalian.
Tetapi, REMAJA yakin rasa seronok itu jauh lebih terasa. Teruja nak lakukan sesuatu yang korang idam-idamkan selepas SPM.
Ini dia 8 perancangan yang selalu pelajar lakukan sementara masih ada masa terluang ini.
01
Cari Kerja Part Time
Okay klise!
Tapi inilah plan paling popular di kalangan SPM leavers.
Semasa bersekolah, korang tak ada peluang nak bahagikan masa antara pelajaran dan kerja walaupun poket memang kering pada waktu itu. Tapi sekarang, dah boleh start usha kerja kosong yang ada di sekitar neighbourhood korang.
Bagi yang bertuah tu, dapatlah dia bekerja di kafe fancy, kedai pakaian dan di kaunter tiket pawagam. Dapatlah rasa level atasan sikit. Bagi yang dapat kerja di kaunter bayaran Hypermarket atau di kedai mamak, okay juga.
Dapat duit lebih nak beli barang idaman.
02
Marathon Drama
Bila ada orang kacau kau tengah marathon drama be like –
Drama korea, sinetron (ada lagi ea yang layan sinetron?), drama Melayu, variety show dan sebagainya, you name it!
Dulu selalu tak sempat nak recap atau tengok di TV. Sekarang, kerja korang kurung diri je dalam bilik sambil layan, kan? We get you..
03
Qada’ Tidur
Seminggu pertama selepas SPM, inilah aktiviti wajib semua orang. Bangun sudahlah pukul 10 pagi, kemudian sambung tidur balik selepas Zuhur.
Waktu malam je tiba-tiba korang aktif semacam, kelawar eh?
Been there done that.
04
Start Jadi Aktif
Hiking, jom!
Fuh, setengah tahun ‘puasa’ daripada bermain futsal, skateboard, badminton, practice koreografi tarian, pergi hiking, ride basikal dan menyertai fun run. Sekarang masa untuk balas dendam!
Tak pasal-pasal, semua akan terkejut tengok badan fit korang semasa mengambil result SPM nanti. Mulalah ada yang cuba nak ‘mengayat’.
05
Diet Teruk
No to carbs!
Tak, bukan diet tu teruk. Tetapi SPM leavers akan pasangkan niat untuk diet secara konsisten. Semasa belajar dulu, stres je makan. Tapi sekarang korang dah boleh betul-betul komited dengan diet.
Makin cantiklah lepas ni!
06
Jadi Babysitter
Ini perkara biasa yang akan terjadi kepada anak bongsu. Apabila kakak dan abang tahu korang dah mula duduk rumah tanpa membuat apa-apa, mereka mulalah meminta korang menjadi babysitter anak kecil mereka.
Okay je kalau seminggu dua. Tapi kalau dah sampai sebulan, amboi! Mentang-mentanglah penjaga sebenar nak bercuti akhir tahun.
07
Pergi Cuti
Jom roadtrip!
Dah nama pun cuti, so kita rancanglah untuk bercuti!
Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Better rancang percutian jenis road trip mengelilingi Malaysia bersama kawan yang lain. Sambil tu, haa, enjoy-lah makanan popular di tempat itu.
08
Ambil Lesen
Yes finally! Bersiap sedialah kena berhadapan dengan instructor garang. Sekali kereta Driving Centre tu terlanggar tiang parkir, mahu diorang membebel sampai ke sesi minggu depan.
So, apa yang korang plan nak lakukan. Komen sedikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak bahagian pertamanya mula ditayangkan pada 1 November lalu, drama Astro Originals terbaru berjudul Projek: Exit telahpun meraih perhatian ramai disebabkan mesej penting yang amat relatable dengan generasi muda zaman ini.
Drama bersiri lakonan Mierul Aiman, Shasha Abedul, Naim Daniel dan Kimberly Chuah ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang merancang untuk melarikan diri daripada penempatan pusat rehabilitasi juvana yang dilengkapi sistem sekuriti bertaraf tinggi.
Biarpun luarannya kelihatan normal, masing-masing pernah atau sedang berdepan isu kesihatan mental serius termasuklah depresi, perasaan cemas atau anxiety serta keinginan untuk membunuh diri akibat pengalaman masa lampau yang malap mahupun hubungan kekeluargan sulit yang mereka hadapi.
Rata-rata isu seperti ini selalu kedengaran dalam kalangan remaja di Malaysia sendiri seperti mana yang dilaporkan oleh media massa. Justeru, keberanian Astro Originals untuk mengangkat isu seberat ini untuk memberi pendedahan dan kesedaran meluas kepada khalayak masyarakat seharusnya dipuji.
Tambah menarik apabila tema drama Projek: Exit ini tidak terhenti dalam skop lakonan fiksyen sahaja.
Baru-baru ini, pengguna aplikasi X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) mula menyedari klip pendek yang berlegar di timeline mereka. Ia menampakkan pelakon Mierul Aiman dan Shasha Abedul memberikan kata-kata semangat kepada pengguna X yang meluahkan perasaan menerusi ruangan status mereka.
Tuntas salah seorang pengguna X iaitu @tattyhassan, sebaik menonton episod pertama Projek: Exit air matanya sudahpun mengalir disebabkan faktor relatability antara karakter drama itu dengan pengalaman peribadinya atau orang di sekeliling.
“Jika anda pernah merasai depresi atau rasa cemas kronik, anda akan memahami dan merasai apa yang watak utamanya lalui. Cuma rasa ingin lepaskan diri dan ingin hentikan kesakitan itu,” ciap pengguna tersebut.
Dek kerana menyertakan tanda pagar #ProjekExit dalam ciapannya itu, Tatty memperolehi balasan daripada akaun X rasmi Astro Malaysia dengan klip pendek watak lakonan Shasha Abedul, Jannah dengan pesanan ringkasnya.
Hantaran-hantaran ini adalah sebahagian daripada misi kempen promosi drama Projek: Exit dan Astro Malaysia untuk memberikan sokongan moral dan positiviti di platform media sosial popular seperti X kepada warganet yang merasa sedih, kecewa dan cemas dengan kehidupan masing-masing. Ia juga bertujuan menghulurkan bantuan dan menunjukkan bahawa mangsa tidak keseorangan.
Klip A.I tadi dijana menggunakan sistem pemantauan sosial bagi mengenal pasti perkongsian beremosi. Teknologi A.I ini dilatih menggunakan rakaman suara dan aksi video pelakon. Lalu, klip-klip responsif itu akan meniru gaya dan nada pelakon tadi.
Hebat kan! Bak kata Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro iaitu Tai Kam Leong, teknologi sememangnya boleh membawa kita ke haluan yang lebih baik dan positif sekiranya digunakan dengan tepat.
“Kami percaya kandungan bukan sekadar tontonan tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan.
“Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi; kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” ujar beliau.
Buat masa ini, Astro Malaysia telah menghasilkan 50 respon pada setiap hari kepada pengguna X yang menyertakan tanda pagar #ProjekExit tadi dan dilihat pada respon yang aktif, dikatakan lebih 100 respon telah dihasilkan dan mendapat RT yang meluas terutama dari beberapa selebriti.
Sebagai info, Projek: Exit Bahagian 1 telahpun ditayangkan bermula 1 November lalu dan merangkumi episod 1 hingga 4. Sementara itu, Bahagia 2 (episod 5 dan 6), bahagian akhir pula akan disiarkan padda 15 November ini. Korang bolehlah check out drama bersiri ini secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan di aplikasi sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.