Baru-baru ini, selebriti dan ahli politik jelita Indonesia, Mulan Jameela berkongsi berita gembira di media sosial apabila anak lelakinya berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti antarabangsa.
Anak Mulan, Muhammad Rafly Azis, kini bergelar graduan selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Perniagaan Digital dan Inovasi dari Universiti Antarabangsa Tokyo.
Kejayaan tersebut bukan saja mengundang rasa syukur dalam keluarga, malah turut diraikan oleh para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Mulan di media sosial.
Ads
Pada hari konvokesyen, Mulan tampil anggun dalam kebaya rona krim dan coklat lembut yang menyerlahkan keayuan beliau. Penampilannya mencuri perhatian dan ramai yang memuji gaya sopan dan elegannya di ruangan komen.
Menerusi hantaran di Instagram, Mulan meluahkan rasa syukur dan bangganya terhadap kejayaan anak lelaki tersayang itu.
Ads
Ads
“Akhirnya, sayangku, cintaku selamanya @raflyaziss berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science in Digital Business & Innovation).
“Tahniah, sayang… InshaAllah ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat buat kamu dan juga ramai orang,” tulisnya.
Selain ucapan tahniah, Mulan turut menitipkan pesan bermakna buat Rafly agar terus menimba ilmu dan tidak lupa memohon petunjuk daripada Allah dalam setiap langkah kehidupannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika memicit jerawat terutama di bahagian Dangerous Triangle atau segitiga bahaya, kita mendedahkan diri kepada bahaya yang boleh mengancam nyawa sendiri. Begitu juga mencabut bulu di bahagian tubuh badan mungkin perkara biasa bagi korang tapi bukan bulu di hidung ya!
Public Health Malaysia (PHM) kongsikan punca kenapa kedua-dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya.
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti Johns Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk. Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah kepada kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas.
Tambahan pula, bakteria semakin bijak dalam rintangan antibiotik. Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
Segitiga bahaya di bahagian muka
Segitiga ini bermula daripada pangkal hidung dan ia membawa kepada hujung bahagian mulut. Kesemua kawasan ini akan membawa darah terus ke satu kawasan yang dinamakan sebagai Cavernous Sinus.
Kawasan segitiga yang berbahaya
Cavernous Sinus ini pula akan membawa darah terus ke bahagian otak. Jika terdapat jangkitan dibahagian Segitiga yang dikatakan ini, maka jangkitan tersebut boleh masuk ke dalam ruangan ini dan mendatangkan beberapa kesan.
Kawasan Cavernous adalah kawasan yang berwarna biru (rujukan: EBM Consult)
Jadi elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Mungkin kalau bulu dibahagian tersebut menganggu imej korang, boleh je gunakan kaedah ‘trim’ menggunakan gunting khas sebagai langkah untuk merapikannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Rita Rudaini berkongikan momen anak-anaknya menunaikan solat di sebelah mesin juruwang automatik (ATM) ketika singgah di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ketika bercuti di luar negara.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi media sosial dan pantas menarik perhatian netizen kerana situasi yang jarang dilihat, apatah lagi melibatkan kanak-kanak yang tetap menunaikan kewajipan walaupun berada dalam perjalanan jauh.
Singgah R&R Ketika Musafir
Menurut Rita Rudaini, perjalanan mereka pada hari tersebut mengambil masa kira-kira dua jam setengah sebelum singgah di sebuah R&R untuk berehat dan menunaikan solat Subuh.
Bagaimanapun, kawasan berkenaan tidak menyediakan surau atau ruang khas untuk beribadah. Keadaan itu menyebabkan Rita terpaksa mencari lokasi yang sesuai agar anak-anaknya dapat menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan.
Akhirnya, ruang di tepi mesin ATM menjadi pilihan. Dalam suasana serba sederhana itu, anak Rita Rudaini solat di tempat awam dengan tertib dan tenang walaupun berada di kawasan terbuka.
Apa yang lebih menyentuh hati ialah reaksi masyarakat setempat terhadap situasi tersebut. Ketika anak Rita Rudaini solat di tempat awam, orang ramai yang lalu-lalang tidak menunjukkan sebarang reaksi negatif atau pandangan sinis.
Sebaliknya, mereka hanya tersenyum dan meneruskan urusan masing-masing. Rita turut memaklumkan kedai di hadapan mula dibuka ketika itu, namun suasana kekal harmoni tanpa sebarang gangguan.
Rita berkongsi pengalamannya menerusi kapsyen yang ditulis dengan penuh rasa syukur.
“Perjalanan hari ini ambil masa dua jam setengah. Singgah R&R nak solat Subuh. Sini memang tak ada surau, jadi mommy cari tempat yang sesuai dekat tepi mesin ATM.
Masa mommy tengah solat, kedai depan mula buka. Orang-orang sini semua senyum je, tak marah, tak pandang sinis. Begitulah adab, tak kira apa pun agama. Be kind to everybody,” tulisnya.
Didikan Anak Jadi Perhatian Netizen
Perkongsian mengenai anak Rita Rudaini solat di tempat awam itu nyata mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai yang memuji didikan Rita yang berjaya menerapkan kepentingan solat dalam diri anak-anaknya walaupun berada di luar negara.
Rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai contoh baik kepada ibu bapa lain agar tidak memandang ringan soal ibadah, terutamanya ketika bermusafir atau berada di tempat yang serba kekurangan.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap anak-anak Rita serta pendekatan didikan yang diterapkan oleh pelakon tersebut. Antara komen yang mencuri perhatian ialah:
“Alhamdulillah bagus didikan ibu Rita Rudaini… anak-anak pun hensem, pelajaran bagus. Moga terus cemerlang… amin.”
Selain itu, ada juga yang memuji sikap masyarakat setempat yang menghormati mereka ketika menunaikan solat walaupun berbeza agama dan budaya.
Secara keseluruhan, momen anak Rita Rudaini solat di tempat awam ini bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi inspirasi kepada ramai tentang pentingnya mendidik anak-anak agar tidak meninggalkan solat dalam apa jua keadaan.
Perkongsian ini juga memperlihatkan nilai toleransi dan adab dalam masyarakat, sekali gus membuktikan bahawa ibadah boleh dilakukan dengan aman apabila disertai sikap saling menghormati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kekal dengan reputasi cemerlang sebagai pusat pendidikan akauntan apabila dua penuntutnya baru-baru ini merangkul pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Menerusi perkongsian UiTM di laman Facebook rasminya, Danish Zafran Bazam (22) mengungguli kertas Advanced Financial Management (AFM) dan memperoleh tempat kedua di dunia manakala Amin Zulharis (21) meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Terdahulu, Danish Zafran telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023, dan kejayaan itu diikuti dengan pencapaian cemerlangnya sekali lagi sebagai pemenang anugerah bagi peperiksaan September 2024 melalui kertas AFM.
“Walaupun sukar, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah dan saya beruntung dapat belajar di UiTM”
“Saya percaya dengan keyakinan diri yang tinggi, usaha yang konsisten, fokus dalam sesi kuliah serta tidak segan bertanya kepada pensyarah banyak membantu saya dalam kecemerlangan akademik,” katanya.
Sementara itu, Amin yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM dengan menyertai program Foundation in Accountancy (FIA), mengakui bahawa cabaran terbesar yang dihadapinya adalah melawan rasa malas.
“Saya sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan saya untuk mengekalkan disiplin. Motivasi utama datang daripada kesedaran tentang kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA dan saya menghargai pengorbanan kewangan yang keluarga saya lakukan untuk pendidikan saya,” katanya.
Sekadar info, fakulti itu akan mengorak langkah bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan negara kepada 60,000 orang menjelang 2030. Semoga pencapaian seperti ini menjadi contoh pada anda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.