Baru malam ketiga kita menyambut kedatangan Ramadan, tapi korang sudah boleh membuat perancangan untuk Raya tahun ini.
Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta sempena Raya tahun ini, Proton ada berita baik untuk korang.
Ads
Bagi setiap model kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei ini, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama nilainya dengan perbezaan harga kereta semasa dan harga kereta baharu selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.
Nak pilih Proton Saga ke Iriz, eh!
Ads
Proton Holdings Bhd berkata, ia bagi memastikan pelanggan mereka mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.
“Proton menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Walaupun GST berkadar sifar hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Jun ini, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami serta-merta sebagai penghargaan atas sokongan mereka,” jelas Proton semalam.
So, model kereta Proton mana yang paling onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu bangunan bersejarah bagi umat Islam ialah Masjid Besar Cordoba. Masjid tersebut sebenarnya telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.
Tidak dinafikan, bangunan Masjid Besar Cordoba yang dibina antara abad kelapan dan ke-10 ini mempunyai sejarah yang menarik, daya tarikan seni bina yang unik dan menawan, kerana dibina di atas tanah bekas gereja.
Masjid Besar Cordoba dilaporkan menerima lebih dua juta pengunjung tahunan dan akibat menerima pengunjung dan pelancong tahunan yang tidak terkawal. Lapor Arab News, masjid itu berdepan masalah pemeluwapan akibat jutaan pelancong yang mengunjungi monumen tersebut pada setiap tahun.
Keadaan kritikal monumen itu didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan.
Laporan itu turut mendapati pemeluwapan merosakkan beberapa bahagian utama masjid tersebut. Pemeluwapan didapati merosakkan mihrab ikonik masjid itu yang menghadap ke arah Makkah
Foto : Masjid BesarCordoba, Sepanyol.(PIXABAY)
“Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi.
“Haba dalam badan yang dikeluarkan pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekali gus menyumbang kepada kerosakan tersebut,” jelas laporan itu.
Untuk info, Masjid Cordoba yang dibina semasa kerajaan Islam menguasai Sepanyol khasnya wilayah Cordoba. Tapak asal binaan itu pada asalnya merupakan sebuah gereja orang Visigoth yang dibeli oleh Abdul Rahman 1 selepas dia dan tenteranya menguasai wilayah tersebut.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesi sekolah secara bersemuka hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia serta peperiksaan antarabangsa yang setara dengannya bagi sesi 2020 dan 2021.
Sumber Gambar : Harian Metro
Hari ini 20 Januari 2020 merupakan hari pertama persekolahan buat calon yang bakal menduduki SPM dan STPM setelah beberapa kali tertunda akibat pandemik maut ini. Namun, semalam mencatatkan 18 kes baru positif Covid-19 yang melibatkan pelajar di Sabah.
Hal ini sudah tentu menyebabkan kebimbangan dikalangan pelajar sehingga trending di Twitter dengan #SuaraPelajar dan ramai pelajar meluahkan perasaan dan pendapat mereka akan menduduki peperiksaan dalam situasi pandemik yang masih belum terkawal.
Rata-rata warganet yang terdiri daripada pelajar juga meluahkan rasa risau dengan peningkatan kes baru Covid-19 . Terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan di kala pandemik COVID-19 kian memuncak.
Ramai faham kepentingan untuk menduduki peperiksaan, tetapi rata-rata pelajar mahukan jalan penyelesaian yang baik dan menyakinkan untuk mereka hadir ke sekolah tanpa perasaan takut.
We are the future pillars of this country and we shouldn’t be treated like this. 3000+ COVID-19 cases per day is dangerous. No students should risk their health / sacrifice their lives just for an examination during pandemic. We need to fight and we need to be heard!#SuaraPelajar
I lagi suka f2f than online classes but bukan mcm ni lol. Risking our life for a piece of paper dgn case sdh 3K++ Cmon kpm you can do better than this. #SuaraPelajar
Hmmm…..Apa-apa pun mari la kita berdoa bersama-sama agar pandemik ini cepat reda dan berakhir. We know it is a lot to take in. Namun, adakah korang rasa Sektor Pendidikan perlu melakukan penundaan SPM dan STPM ini lagi?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai peminjam mula menarik nafas lega apabila kebanyakan bank membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan kad kredit selama 6 bulan sejak wabak COVID-19 mencatatkan jumlah positif agak ramai.
Masa yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April akan datang mungkin mengakibatkan lebih banyak peniaga-peniaga kecil dan mereka yang bergaji hari tidak mampu membayar semula pinjaman sedia ada.
Mungkin ada yang sudah faham akan penangguhan ini malah ramai mereka yang pakar dalam ekonomi menyarankan peminjam mengambil peluang yang diberikan ini terutama melibatkan pinjaman perumahan dan kereta. Tapi bagi hutang kad kredit, pengguna digalakkan terus membuat bayaran kerana kadar faedahnya agak tinggi jika tidak dijelaskan.
Pasti di antara kita berasa yakin bahawa tidak perlu membayar selama enam bulan. Namun penjelasan dari peguam ini, Nor Zabetha boleh dijadikan panduan bahawa kita mungkin antara yang tidak layak secara automatik Monatorium jika ada hutang tertunggak.Bukan tak bayar, tapi mungkin hutang terlewat bayar atau hutang-hutang kecil tanpa kita sedar. Lebih baik menelefon pihak bank untuk dapatkan status mengenai pinjaman masing-masing kerana itu lebih baik dari dikenakan sebarang panalti di atas salah faham ini.
Peguam Nor Zabetha berkongsi mengenai penangguhan moratorium agar lebih ramai peminjam tahu di mana mereka perlu hubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum tidak membayarnya selama 6 bulan.
Bacalah perkongsian beliau mengenai isu ini.
Kalau anda ada tunggakan puluhan ringgit dengan bank pun memungkinkan anda tidak layak untuk Moratorium secara automatik- ini perbualan antara sahabat saya dengan salah satu bank.
Tolong kongsikan yang ini untuk meringankan beban hutang yang lain-lain, sebab ramai yang tidak tahu.
Tadi ada seorang sahabat sekolah saya yang prihatin. Dia hubungi Ambank, untuk mendapatkan pengesahan tentang syarat-syarat automatik Moratorium. Masih perlu isi borang atau prosedur lain untuk kita pohon?
Jawab pegawai yang dihubungi, pemohon tidak perlu mengisi apa-apa borang tetapi anda perlu betul-betul pastikan tiada tungakkan tidak melebihi 90 hari. Pastikan mematuhi terma dan syarat iaitu tunggakan tidak boleh melebihi 90 hari sebelum 1/4/2020.
Jadi apa maksud tunggakan ini? Kita tidak bayar sebulankah? Kata pegawai itu, kadang-kadang kita ini terlalu yakin tak ada tunggakan. Sebenarnya ada tunggakan contohnya RM34 yang tidak dibayar sebelum 1/4/2020.
Kita yakin telah bayar tiap-tiap bulan, tidak mungkin ada tunggakan ini. Mustahil. Jadi mana datang tunggakan ini.
Kadang-kadang mungkin kita tidak perasan terlewat sikit bayar bulan terdahulu, jadi ada penalti lewat bayar. Ada lebihan. Kadang-kadang kita tak perasan ada tunggakan puluhan ringgit sebab penyelarasan kadar BLR bagi pinjaman rumah.
Setiap bulan kita bayar jumlah hanya jumlah pinjaman. Cukup-cukup. Langsung tidak lebih. Jadi kita bayar tunggakan beberapa ringgit ini.
Ingat, bank juga mengalami kerugian dalam tempoh 6 bulan ini kerana selama 6 bulan, segala kutipan hutang tidak dibuat oleh peminjam. Tiada, yang dulunya bank aktif kalau sebulan tidak bayar pun dikejarnya kita secara panggilan telefon, secara SMS, secaea surat amaran.
INI PERBUALAN SAHABAT SAYA DENGAN AMBANK. MAKA SEMAKLAH DENGAN BANK MASING-MASING SUPAYA TIDAK ADA ISU BERBANGKIT. SEMAKLAH. KITA TERIKAT DENGAN TERMA DENGAN SYARAT. JADI KITA PATUHI MANA YANG PERLU. Kalau tiada isu tunggakan yang sedikit ini Alhamdulillah. Kalau ada isu sekurang-kurangnya kita bersedia.
Jadi tiba-tiba tiada kutipan pinjaman boleh dibuat. Maka mereka akan secara tegasnya menggunakan terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank negara iaitu TIADA TUNGGAKAN melebihi 90 hari. Masih juga tidak layak. Moratorium adalah berdasarkan terma dan syarat.
Maka kita dengan yakinnya, ingat tidak ada tunggakan dan dengan yakinnya menunggu untuk Moratorium secara Automatik sedangkan kita tidak layak. Jadi dalam keadaan terdesak ini kita mengharapkan pelepasan Moratorium tiba-tiba bank masih menuntut dari kita dalam 6 bukan ini.
Jadi semaklah akaun pinjaman masing-masing. Ada tunggakan atau tidak? BUAT BAYARAN TUNGGAKAN INI SEBELUM 1/4/2020 untuk memastikan anda layak. TINGGAL 3 HARI SAHAJA lagi. Jangan ambil konsep pukul rata, konon-konon anda layak dapat Moratorium.
Hendak hubungi bank mungkin ambil masa kerana kesesakan talian. Tapi jangan putus asa sebab sudah diberikan kemudahan tangguh faedah juga untuk bayaran hutang-hutang ini. Cuba kita minimakan perbelanjaan dalam situasi yang genting ini.
Kita simpan duit, kita jaga kewangan, kita susun atur kerana manalah tahu masalah Covid-19 ini tidak selesai beberapa bulan lagi. Kita pula entah ada kerja atau tidak. Entah kewangan kita stabil atau tidak untuk menampung keluarga. Buat persediaan.
Kongsikan status ini supaya ramai peka dan semoga tidak ambil mudah Moratorium automatik. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban hutang dan fokus pada perbelanjaan asas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!