Mana tumpahnya nasi kalau tidak ke kuah…begitulah kecantikan yang diwarisi anak kepada Datin Maria Arshad ini.
Pelakon popular era 80-an iaitu Datin Maria Arshad akui berbangga dengan pencapaian anak bongsunya, Nabilla Manissa Abdul Rahman yang baru sahaja menamatkan pengajian di Univeristi Curtin di Perth, Australia.
Pada majlis bersejarah itu, Maria Arshad turut berkongsi perasaan terharu dan bersyukur dengan pencapaian anaknya itu yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Curtin University, Australia. Malah, sebagai ibu, Maria meluahkan rasa bangga melihat kejayaan anaknya itu.
Kecantikan Nabilla Jadi Perhatian Netizen
Ads
Namun, perkongsian pelakon tersebut di laman instagram miliknya mendapat perhatian netizen apabila kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla menjadi bualan.
Malah, netizen membanjiri ruangan komen dengan berkata, penampilan ibu dan anak ini sangat manis tatkala kedua-dua mereka menyarungkan kebaya rona lembut. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla bersifat semula jadi.
Untuk rekod, Datin Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina. Namun, perkahwinan tersebut tidak panjang. Datin Maria kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata juga iaitu Nabilla Manissa dan Natasha Munira. Pada bulan Julai tahun lalu, suaminya telah meninggal dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Langkah dua peserta bervokal lantang, Zuana dan Pasya dalam program realiti nyanyian, Raise The Star yang memasuki episod kedua malam tadi terus kencang ke hadapan setelah mereka berjaya mengekalkan kedudukan Top 5 yang diperolehi sejak minggu pertama.
Turut mengiringi mereka mara ke minggu seterusnya ialah Didie Shazry, Harz Fahayet dan Max Brandon yang tidak kurang hebatnya.
Dalam pada itu, empat peserta lain yang menamatkan saingan di Raise The Star malam tadi ialah Erika Foo, Syaf Kahar, Nishman dan Bosswan. Ini setelah mereka tidak berjaya menyakinkan juri tetap; terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Audi Mok, Aina Abdul dan Ikhwan Fatanna serta penonton di rumah untuk mengundi mereka melalui persembahan masing-masing.
Menariknya, Bosswan berjaya meraih anugerah Gempak Star On Fire yang ditentukan menerusi undian peminat untuk minggu kedua berturut-turut. Bagaimanapun, itu belum cukup untuk menyelamatkan Bosswan pada pusingan penyingkiran.
Sebagai info, sistem pemarkahan Raise The Star menetapkan 80 peratus hadir daripada barisan juri tetap manakala undian peminat pula mewakili 20 peratus yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tarikh keramat pada 9 Mei 2018 akan terpahat dalam sejarah negara kita. Buat pertama kalinya dalam sejarah kita anak Malaysia menyaksikan perubahan kerajaan sejak negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perubahan itu diraikan dengan sebegitu hebat oleh ramai rakyat Malaysia. Mengapa tidak kerana ia secara simboliknya membawa satu harapan baru, satu cita-cita yang baru, satu impian untuk melihat negara tercinta menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Dan itulah tema utama yang dibawa oleh filem ‘Rise: Ini Kalilah’ yang terhasil daripada inspirasi kisah benar yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh Plihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Sepanjang temppoh itu kita sendiri telah menyaksikan bagaimana ramai rakyat Malaysia yang bersatu hati untuk membantu satu sama lain untuk pulang mengundi. Kempen berserta hashtag ‘#UndiRabu’ dan ‘#PulangMengundi” telah tular di media sosial.
Ia satu perkara yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara dengan skala kesatuan, komitmen dan kesungguhan daripada masyarakat pelbagai peringkat usia tidak mengira bangsa dan agama demi melaksanakan tanggungjawan kepada pertiwi.
Filem yang diterbitkan oleh WebTVAsia ini juga cukup unik dengan membariskan tiga orang pengarah dari tiga latar belakang dan bangsa berbeza. Sentuhan dan garapan dibawa trio Nik Amir Mustapha, Saw Teong Hin dan Prem Nath seakan senada dengan penyatuan pelbagai kaum demi melihat sebuah harapan baru dibawa ke layar perak.
Sepanjang menonton filem ini pada tayangan gala berlangsung malam tadi, REMAJA tidak dapat mengelak daripada memutar kembali momen-momen ketika pulang mengundi dan menjadi saksi bagaimana kita rakyat Malaysia mencurahkan segala usaha dan keringat demi memastikan setiap undi dimasukkan ke dalam peti.
‘Rise: Ini Kalilah’ membawakan enam kisah berbeza dengan setiap satu daripadanya membawakan konflik, strugle dan juga pencarian identiti jati diri sama ada untuk individu, keluarga, komuniti, pihak berkuasa dan juga kerajaan itu sendiri.
Enam kisah tersebut membawa tema-tema kecil yang REMAJA lihat membawa nilai-nilai tersendiri. Sebagai contoh Cerita Fizah (lakonan Mira Filzah) yang mengisahkan bagaimana seorang pelajar Malaysia di luar negara yang enggan melibatkan diri dalam politik, malah tidak mendaftar sebagai pengundi pun. Namun keputusannya untuk membawa pulang kertas undi telah membangkitkan rasa tanggungjawab serta sayang pada negara dalam dirinya yang telah lama pudar.
Lima cerita yang lain iaitu Cerita Marcus, Cerita Selva, Cerita Azman, Cerita Leong dan Cerita Shanti juga membawa mesej yang senada. Garapan tiga pengarah berbeza telah menghidupkan sebuah garapan yang cukup teratur dan tidak berserabut. Pembawaan watak-watak berbeza daripada aktor terkenal negara ternyata tidak mengecewakan terutamanya Remy Ishak yang membawakan watak sebagai Azman, anggota pasukan keselamatan yang lurus dan bergelut dengan tanggungjawabnya kepada negara dan keluarga.
Persembahan pelakon seperti Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan dan Mark O’dea juga mencuri perhatian REMAJA. Setiap seorang daripada mereka menghidupkan jalan cerita dengan lakonan yang cukup baik.
Siapa sangka filem yang menjalankan penggambaran dalam kira-kira tiga minggu sahaja muncul dengan hasil yang cukup baik. Cuma kadangkala ia sedikit terasa seperti dihasilkan dengan terburu-buru. Tapi itu bukanlah satu komplen yang besar buat REMAJA.
Bukan senang untuk menyatukan enam kisah berbeza dalam sebuah filem dengan jumlah pelakon yang cukup ramai. Walaupun kisah ini merupakan fiksyen yang lahir daripada inspirasi kisah benar, REMAJA tidak sesekali merasakan filem ini sebagai sebuah nashkah propaganda kerajaan baru.
Tidak dinafikan memang ada suara-suara yang cenderung ke arah itu. Jujur dari kami, tontonlah filem ini sebelum membuat andaian. Lihat secara terbuka dan kenang kembali apa yang berlaku pada PRU14 yang penuh bersejarah yang lalu.
‘Rise: Ini Kalilah’ akan mula ditayangjan di seluruh negara bermula pada 13 September 2018.
Ini kisah dari rakyat Malaysia untuk Malaysia.
RATING: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...