Pengacara dan personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya menzahirkan kesyukuran ke hadrat llahi apabila anak perempuan kesayangannya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.

Fedtri berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 Tahun Bina Masjid, Fedtri Yahya Layangkan Dedikasi Teristimewa Buat Isteri

Fedtri Yahya Titip Rasa Syukur Anak Perempuan Cemerlang UPKK, Raih 8A!

Menerusi perkongsian itu, bapa kepada empat cahaya mata itu sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anaknya itu meraih keputusan cemerlang seluruh A dalam kesemua mata pelajaran.

“Ya Allah syukur, keputusan UPKK dah keluar. Tahniah sayang daddy, Indah Sutera Jannah!

IKLAN

“Kakak study sampai renyuk buku sebab subjek Sirah dan Tauhid agak mencabar. Tak yakin sangat dapat 8A, syukur ya Allah,” katanya.

Fedtri Yahya Titip Rasa Syukur Anak Perempuan Cemerlang UPKK, Raih 8A!

Dalam pada itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut menzahirkan penghargaan buat para guru sekolah anaknya yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembelajaran.

IKLAN

Fedtri juga berharap agar kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi buat anak-anaknya yang masih kecil dalam pembelajaran di masa akan datang.

“Terima kasih para ustaz dan ustazah. Daddy dan mama menitis air mata. Kejayaan kecil namun besar untuk kami sekeluarga, inspirasi untuk adik-adik,” coretnya lagi.

Fedtri Yahya Titip Rasa Syukur Anak Perempuan Cemerlang UPKK, Raih 8A!

IKLAN

Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.

Hasil 13 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Fedtri Yahya

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI