Baru-baru ini, syarikat hiburan gergasi, JYP Entertainment (JYP) meraih perhatian selepas menyumbangkan dana sebanyak 100 juta Korea Won bagi membantu menampung kos perubatan kanak-kanak dan remaja orang kurang upaya (OKU) menerusi program tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu ‘Every Dream Matters!’. 

Menurut JYP, syarikat itu telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama Seoul Rehabilitation Hospital pada 19 Mei lalu di JYP Center yang terletak di Seongnae-dong, Gangdong-gu, Seoul bagi menjayakan program bantuan perubatan tersebut.

Difahamkan, Seoul Rehabilitation Hospital merupakan hospital rehabilitasi awam khusus untuk kanak-kanak di kawasan metropolitan Seoul yang menyediakan rawatan pemulihan kepada pesakit memerlukan. Kerjasama tersebut diwujudkan bagi membantu golongan kanak-kanak dan remaja yang berdepan kesukaran kewangan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Prihatin Nasib Kanak-Kanak Kurang Upaya, JYP Entertainment Salur Dana 100 Juta Won
Gambar sekadar hiasan
Prihatin Nasib Kanak-Kanak Kurang Upaya, JYP Entertainment Salur Dana 100 Juta Won
Gambar sekadar hiasan

Menerusi sumbangan berjumlah 100 juta Korea Won itu, dana berkenaan akan digunakan untuk menampung kos rawatan rehabilitasi selain pembelian alat bantuan perubatan untuk pesakit berusia 24 tahun ke bawah. Inisiatif tersebut sekaligus diharap dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan bantuan kewangan dalam proses rawatan anak-anak mereka.

Ads

Pada masa yang sama, JYP Entertainment turut dilihat konsisten melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan menerusi slogan “Every Dream Matters!: Semua impian di dunia ini sangat berharga” yang menjadi asas kepada gerak kerja CSR syarikat tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Antara projek utama di bawah inisiatif itu ialah ‘EDM (Every Dream Matters!) Medical Expense Support Project’ yang diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai projek sumbangan sosial utama syarikat berkenaan. Program tersebut memberi fokus kepada bantuan kos rawatan buat kanak-kanak yang memerlukan di pelbagai negara.

Ads

Prihatin Nasib Kanak-Kanak Kurang Upaya, JYP Entertainment Salur Dana 100 Juta Won

Ads

Selain itu, sepanjang tempoh enam tahun bermula 2020 hingga 2025, JYP Entertainment dilaporkan telah menyumbang sebanyak 7.92 bilion Korea Won bagi membantu kos rawatan seramai 4,101 kanak-kanak di 10 negara termasuk Korea Selatan. Usaha itu juga menjadi simbolik kepada komitmen mereka dalam merealisasikan nilai bahawa setiap impian adalah sesuatu yang berharga.

Untuk rekod, JYP Entertainment merupakan syarikat rakaman dan pengurusan artis yang diasaskan oleh penyanyi terkenal Korea Selatan, Park Jin-young. Antara artis popular di bawah naungan syarikat itu termasuk 2PM, Stray Kids, ITZY, TWICE, NMIXX, DAY6 dan NiziU.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads