Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mencuba terapi dikenali sebagai ‘tidur enam saat’ yang kini tular di media sosial kerana ia boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan, malah berpotensi membawa maut.

Memetik laporan Bernama, KKM menjelaskan bahawa istilah ‘tidur’ yang digunakan dalam terapi tersebut sebenarnya tidak merujuk kepada tidur sebenar. Sebaliknya, ia melibatkan tekanan fizikal pada bahagian leher sehingga menyebabkan seseorang pengsan akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak.

Menurut KKM, tindakan berkenaan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi perubatan yang serius termasuk pengsan mengejut, strok, kecederaan arteri karotid, gangguan irama jantung serta kecederaan otak yang kekal.

KKM Beri Amaran, Terapi ‘Tidur Enam Saat’ Boleh Undang Risiko Maut

KKM Beri Amaran, Terapi ‘Tidur Enam Saat’ Boleh Undang Risiko Maut
Kredit foto: Public Health Malaysia

“Prosedur sedemikian boleh mengakibatkan komplikasi perubatan yang signifikan termasuklah pengsan mengejut, strok, kecederaan arteri karotid, gangguan irama jantung (aritmia), hipoksia serebrum, kecederaan otak kekal, sawan, selain risiko kematian,” kata KKM.

Tambah KKM, setakat ini tiada sebarang asas saintifik atau bukti perubatan yang menyokong keberkesanan kaedah tersebut yang mendakwa mampu memberi kesan terapeutik kepada tubuh.

Ads

“Berdasarkan penilaian klinikal dan perspektif perubatan berasaskan bukti, tindakan ini bukanlah suatu intervensi terapeutik atau rawatan kesihatan yang sah”

“Ia sebaliknya merupakan satu bentuk tindakan fizikal berisiko tinggi yang berpotensi mendatangkan kemudaratan serius kepada individu terlibat, memandangkan amalan ini tidak dikawal selia di bawah Akta 775, tiada garis panduan khusus yang dibangunkan,” jelas KKM.

Ads

KKM Beri Amaran, Terapi ‘Tidur Enam Saat’ Boleh Undang Risiko Maut

Dalam beberapa video yang tular di media sosial, individu yang menjalani prosedur itu kelihatan seperti ‘ditidurkan’ selepas bahagian leher, bahu atau tengkuk ditekan oleh individu yang menggelarkan diri mereka sebagai perawat. Namun selepas beberapa saat, individu berkenaan akan tersedar semula dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga.

Ads

KKM menjelaskan fenomena ini dikenali dalam istilah perubatan sebagai ‘induced convulsive syncope’ iaitu keadaan pengsan yang disertai pergerakan menyerupai sawan akibat gangguan bekalan oksigen ke otak secara tiba-tiba.

Pada masa yang sama, pihaknya menegaskan amalan tersebut tidak selamat kerana berpotensi menimbulkan ancaman terhadap keselamatan kesihatan awam selain tidak disokong oleh bukti saintifik. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan atau khidmat kesihatan hanya daripada pengamal perubatan yang berdaftar dan diiktiraf.

Sumber: Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads