Bermula 1 Julai 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan kesemua bas ekspres dan bas persiaran untuk memasang serta memastikan penumpang memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengangkutan awam di Malaysia.

Menurut JPJ dalam satu kenyataan, langkah ini diambil susulan statistik kemalangan maut dan kecederaan serius yang sering melibatkan penumpang bas, khususnya dalam perjalanan jarak jauh. Ini termasuk insiden di mana mangsa tercampak keluar dari kenderaan atau mengalami kecederaan parah akibat ketiadaan perlindungan fizikal seperti tali pinggang keledar.

Terdahulu, Malaysia sudah sering berdepan dengan tragedi melibatkan bas yang meragut nyawa, berpunca daripada pelbagai faktor seperti keletihan pemandu, keadaan kenderaan yang uzur, serta kecuaian penumpang sendiri yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Amalkan Budaya Selamat, Wajibkan Pemakaian Tali Pinggang Keledar
Kredit foto: Berita Harian

Walaupun langkah mewajibkan pemakaian tali pinggang ini dilihat agak lambat berbanding negara maju, namun ia tetap dianggap sebagai satu permulaan penting ke arah membentuk budaya keselamatan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam.

“Penggunaan tali pinggang keledar terbukti mampu mengurangkan impak pelanggaran terhadap tubuh manusia,” kata JPJ.

Ads

Dalam pada itu, langkah ini juga boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya keselamatan diri, tidak kira tempat duduk atau jenis kenderaan yang digunakan.

Bagi pengusaha bas pula, arahan ini menuntut penyesuaian terhadap piawai keselamatan dan perlu memastikan semua bas dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar dan sentiasa diselenggara dengan baik bagi mengelakkan sebarang kecuaian teknikal.

Amalkan Budaya Selamat, Wajibkan Pemakaian Tali Pinggang Keledar

Ads

Selain itu, usaha ini bukan sahaja akan memperbaiki tahap keselamatan penumpang, malah turut berpotensi meningkatkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam sebagai alternatif yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Walaupun begitu, kejayaan pelaksanaan inisiatif ini juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan dan sikap penumpang itu sendiri. Pada masa yang sama, usaha mendidik dan menyedarkan orang awam perlu dilakukan secara berterusan agar pemakaian tali pinggang keledar menjadi norma dan bukan semata-mata paksaan undang-undang.

Ads

Sementara itu, kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan saman RM300 kepada pemandu, penumpang dan pengendali syarikat, sebagai langkah meningkatkan keselamatan jalan raya.

Sekadar info, JPJ mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai hari ini dan ia melibatkan bas yang dibina mulai 1 Januari 2020, manakala bas lebih lama diberi tempoh untuk pemasangan.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads