Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Altimet menawarkan untuk menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu membayar denda skuad bola sepak Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu.
Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor berkata menerusi aplikasi X, beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi”
Sebelumnya, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan SFC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan ketidakhadiran mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Ads
Skuad Merah Kuning itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan dimainkan tanpa penonton.
Ads
Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.
Ads
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Sutera, tidak menjadikan insiden mikrofon tidak berfungsi di konsert minggu keenam The Hardest Singing Show sebagai penghalang untuknya terus melontarkan idea di luar kotak untuk setiap persembahan selepas ini.
Tambahan pula apabila Aisha, 23 berjaya mencatatkan pungutan markah tertinggi oleh juri sebanyak 81 peratus menerusi persembahan lagu Kurniaan Dalam Samaran nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza; meninggalkan saingan terdekat Aepul Roza (75.6 peratus), Putera Muhammad (75.32 peratus) dan Ayda Jebat (70.77 peratus).
Sementara itu, Stacy berada di kedudukan kelima dengan 70.46 peratus manakala Zizi Kirana pula di kedudukan terakhir dengan 66.29 peratus. Bagaimanapun, Zizi tetap berjaya mara ke saingan minggu hadapan setelah satu-satu grup yang menyertai program tersebut iaitu De Fam mengambil keputusan untuk mengundurkan diri akibat faktor kesihatan.
Bercakap kepada REMAJA selepas tamat saingan pada malam Ahad, Aisha bersyukur apabila usahanya pada minggu ini mendapat perhatian para juri terdiri daripada Edry Abdul Halim, Dato’ Sri Rossa, Zizan Razak dan juri jemputan, Datuk Ramli M.S. .
Namun, dia tidak menidakkan perasaan sedikit bercampur-baur akibat isu teknikal yang dihadapi lebih dari 20 saat sewaktu berada di pentas.
“Kita sebagai penyanyi lagi-lagi kalau masalah teknikal tiada suara itu, (perasaan) akan terus down secara jujurnya. Lagu ini cukup ‘besar’ dan bahagian yang hilang suara itu adalah bahagian klimaks yang cukup penting.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Kesilapan mungkin daripada diri sendiri dan saya minta maaf kalau bahagian klimaks tersebut tiada suara. Ada rezeki, saya akan bawakan lagu Kurniaan Dalam Samaran ini dalam persembahan akan datang. Saya akan pastikan tiadakan masalah teknikal kerana saya suka sangat dengan lagu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aisha juga menghargai pemerhatian para juri terhadap usaha konsep persembahannya pada minggu ini walaupun dia mengerti masalah teknikal sebegini akan membuatkan markah dipotong dalam mana-mana pertandingan.
“Banyak stunt yang saya sudah lakukan seperti melompat, bermain skuter dan bermain air. Setakat ini, semua masalah teknikal adalah minumum sehinggalah ke minggu keenam ini.
“Apa yang boleh saya katakan, Allah hendak cakap jadi; jadilah ia. Aisha hanya boleh berusaha dengan lebih berhati-hati pada persembahan akan datang kerana mikrofon pun ada hadnya juga. Mikrofon tidak boleh ‘ikut’ kita ke mana-mana. Benarlah kata abang Edry bahawa saya perlu kawal persembahan saya dengan lebih baik,” ulasnya lagi.
The Hardest Singing Show minggu keenam membawakan tema Emosi Instrumentasi dan Aisha Retno memilih intrumen keyboard serta menjemput penyanyi, Sissy Imann serta Azmi Saat untuk bermain keyboard di atas pentas bersamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siri drama The Penthouse 3 sudah sampai ke episode 8, di mana penonton semakin berdebar menantikan setiap rahsia yang ingin dibongkar dan melihat yang akan terjadi seterusnya.
Namun begitu, minggu ini drama siri popular Korea itu akan ditangguhkan siarannya bagi memberi laluan kepada pembukaan Olimpik Tokyo 2020.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos tahun ini setelah ditangguhkan selama setahun disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19.
Episod 8 The Penthouse 3 dijadualkan akan ditayangkan pada 30 Julai depan.
Rata-rata peminat siri drama ini berasa kecewa kerana mereka terpaksa menunggu lagi seminggu untuk episod seterusnya. Sudahlah hanya satu episod ditayangkan seminggu, kini mereka terpaksa menunggu lagi satu minggu untuk menonton episod 8.
Walaupun ada yang mengatakan sudah bosan dengan plot twist yang terlalu complicated dan tidak masuk akal, namun masih ramai lagi yang tetap tidak sabar untuk menonton kesudahannya.
Masing-masing punya citarasa kan? So guys, bersabarlah untuk tunggu lagi satu minggu okay? Hiks!
Sejak akhir-akhir ini, ramai peniaga online yang menyatakan Facebook sudah semakin ‘berkira’ dan bisnes mereka sudah tak serancak dulu. Rata-ratanya memetik perubahan algoritma baru Facebook yang khabarnya menyebakan followers tidak lagi nampak posts mereka. Bagi remaja yang baru hendak berjinak-jinak menjadi usahawan online, pastinya mendengar perkara sebegini boleh mematahkan semangat mereka.
Jadi, kami cuba tanyakan hal ini kepada seorang guru pemasaran online, Sifu Najib Assadok. Benarkah Facebook semakin menyukarkan peniaga-peniaga online, dan apakah yang boleh dilakukan oleh remaja yang baru nak bermula? Ini penjelasan beliau.
Jangan Salahkan FB, Cabaran Paling Besar Ialah Diri Sendiri!
Facebook berubah untuk menambah baik user experience mereka, bukannya untuk menyusahkan peniaga. Sebenarnya, peniaga itu sendiri yang tidak mahu berubah dan masih menggunakan cara yang mengsabotaj bisnes mereka sendiri.
Jual, jual dan jual? Hentikan.
Ramai penjual yang lupa bahawa menjual secara online juga memerlukan prinsip seperti menjual di kedai. Orang kita selalu mahu menjual tanpa memikirkan untuk add more values for their customers. Kebanyakan sellers hanya describe spesifikasi produk mereka secara panjang lebar tanpa menarik emosi pelanggan terlebih dahulu. Selain perlu faham apa yang diperlukan oleh pelanggan, online sellers juga perlu belajar membina relationship dengan followers mereka. Jika followers buka Facebook page kita dan hanya nampak posts iklan, ia ibarat buka siaran televisyen tapi tiada cerita untuk ditonton.
Content is key, content is King
Banyak online sellers merungut yang Facebook hanya mahu ‘telan duit’ sekarang. Inilah mentaliti usahawan kita perlu ubah sebenarnya. Ramai tidak sedar pentingnya content marketing dalam membina jenama terutamanya di Facebook. Selain menjual produk, penjual perlu bijak berkongsi CERITA produk tersebut kerana cerita yang baik dapat menarik emosi dan membina kepercayaan. Apabila pelanggan Like & Share content kita, secara tak langsung ia mewujudkan awareness terhadap jenama kita juga.
Praktikkan pemasaran FB yang betul
Ramai peniaga cuba mencari teknik magik yang tidak wujud. Sebenarnya, magik itu hanya berlaku jika mereka bertindak dengan ilmu yang betul. Tiga peringkat pemasaran Facebook yang betul ialah (i) bina followers, (ii) branding dan (iii) love customer more. Facebook mempunyai banyak tools yang khusus untuk tujuan marketing yang boleh diaplikasikan oleh peniaga.
Cabaran Dekad: Ekonomi 2018
Cabaran ekonomi ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ini cycle ekonomi yang berlaku setiap 10 tahun, yang terakhir ialah pada tahun 2008. Jadi, peniaga perlu bersedia untuk tahun hadapan dan meng’online’kan bisnes mereka. Semua bisnes sudah menukar trend kepada online, bahkan kita sendiri lebih banyak menghabiskan masa di atas talian. Sekiranya bisnes tidak mahu berubah, pelanggan yang akan berubah dan membeli di tempat lain.
Bisnes belum online? Jangan berserah, masih sempat untuk anda berbuat sesuatu sekarang. Tindakan paling penting ialah cari ilmu dan strategi yang betul. Produk apa pun tak jadi masalah. Masalah utama ialah mindset dan tak mahu bertindak untuk berubah. Jika berserah pada takdir, habislah bisnes.
Amacam guys, dah ready nak mulakan online bisnes tahun 2018 nanti? Bersedia sehabis baik untuk hadapi dua cabaran besar yang Sifu Najib nyatakan tadi. Dan ingat pesanan akhir beliau ni:
Nak mulakan apa-apa perlu ada ilmu. Dengan ilmu yang betul kita mengurangkan risiko membuat kesilapan dan membantu kita mencari jalan pintas dari segi masa dan tenaga. Carilah ilmu, kemudia carilah guru. Cari satu guru dan buat 1000 tindakan, bukan cari 1000 guru namun hanya buat satu tindakan.
Sifu Najib juga selalu share tips marketing yang berguna di Facebook beliau. Let’s follow!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menara Kuala Lumpur bakal disimbahi sinaran lampu hijau pada setiap malam setiap kali masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak.Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur...