Dek kontroversi yang dicetuskan salah seorang anggota kumpulan gadis dari Sabah, SMDX baru-baru ini yang mendakwa tidak mengenali kumpulan Dolla, penyanyi Stacy yang juga berasal dari Sabah tampil memberikan sedikit nasihat kepada SMDX yang masih dalam fasa membina nama sebagai pendatang baharu.
“Kata kami mencabar Dolla? Siapa Dolla? Saya tak kenal. Mungkin Crystal dan Devey kenal,” – anggota SMDX, Elle Thong.
Stacy, 34 yang mula dikenali menerusi program realiti nyanyi, Akademi Fantasia musim keenam (2009) berpendapat masih banyak yang perlu dipelajari oleh ahli kumpulan itu terutamanya dalam perihal adab ketika bertutur dan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh media serta peminat.
“Janganlah. Macam mana sekalipun, pekerjaan dan profesion kita ini pada saya sendiri, ada kelasnya.
“Takkan nak glamor saja, dik? Tak boleh kamu macam itu. Kamu kena pergi dengan cara yang betul (dengan menunjukkan) bakat kamu dulu,” katanya kepada REMAJA di malam konsert ketiga The Hardest Singing Show.

Tambah pemilik nama penuh Ummu Shaikhah Stacy Anam ini lagi, untuk bertahan selamanya dalam industri seni hiburan bukanlah satu kerja yang mudah. Adab perlu dijadikan keutamaan agar orang di sekeliling serta peminat menghormati insan bergelar selebriti.
Apabila terjadinya kontroversi tidak diingini disebabkan kelancangan mulut seorang anggota SMDX iaitu Elle Thong, ia secara tidak langsung menggugat pandangan masyarakat terhadap dua lagi anggota lain yang tidak terlibat iaitu Crystal Vanessa John (Crystal), 23 dan Deveygrayc Justin (Devey), 24.
“Ini mulut, diam. Saya tahu mulut kamu laser. Mulut saya pun laser tapi kena diam.
“Kamu ingin masuk ke dalam industri ini, kamu perlu persiapkan diri dan berhati-hati. Dengarlah cakap saya,” nasihat Stacy.

Anda mungkin berminat dengan
Susulan tular klip video berkenaan, Elle Thong telah membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengakui kesilapannya. Penyanyi berusia 22 tahun itu juga mengambil pengalaman itu sebagai titik pengajaran untuk terus memperbaiki diri.
Begitupun, segelintir warganet masih tidak dapat menerima perilakunya yang dianggap angkuh walaupun baru bertapak sebagai pendatang baharu industri hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
∞
Siapa boleh melupakan karakternya dalam drama bersiri Syurgamu Ramadan yang cukup popular suatu ketika dahulu. Dengan penghayatan karakter lantang dan mencuit hati biarpun memulakan karier sebagai seorang pelakon di lewat usia, setiap watak yang dilakonkannya cukup menjadi dan menjadi ingatan para penonton.
Popular dengan jolokan nama Mak Cik Petir atau Mak Uda Yati, Noryati Taib telah meninggal dunia pagi tadi kira-kira jam 1.45. Perkara ini dimaklumkan oleh anaknya Faizul Hafiz Hashim menerusi hantaran di laman media sosial Facebooknya.
assalammualaikum.
dukacita dimaklumkan MAMA saya
(hajah noryati bte taib)
telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar…
Posted by Faizul Hafiz Hashim on Tuesday, 6 April 2021
“Assalammualaikum. Dukacita dimaklumkan MAMA saya (Hajah Noryati bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar tadi. Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman,” kata Faizul Hafiz.
Untuk pengetahuan anda pada tahun 2017, allahyarhamah pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kiman dalam paru paru dan kemudian dia diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis.
Antara naskhah terakhir lakonannya adalah telefilem Cik Petir Putrajaya dan juga drama bersiri popular Nur 2. Allhyarhamah cukup popular dengan drama Sindarella, Syurgamu Ramadan dan juga Tari Tirana.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah semoga rohnya tenang di sana, segala amal jariah diterima Allah SWT serta di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Sumber gambar: Instagram Mak Uda Yati & Facebook Faizul Hafiz
∞
Enggan penonton salah faham, pelakon dan usahawan, Sasha Abedul tampil menjelaskan bahawa penggambaran filem seram Malam Terlarang dilakukan sebelum dirinya berhijab.
Aktres yang mula bertudung pada pertengahan tahun lalu itu berkata, selepas membuat keputusan untuk berhijrah, dia sentiasa berdoa agar terus istiqamah menjaga aurat.

“Saya tidak bertudung dalam Malam Terlarang kerana filem itu dihasilkan sebelum saya berhijrah iaitu Julai tahun lepas.
“Jadi saya nak maklumkan kepada sesiapa yang menonton filem ini nanti bahawa saya bukannya buka tudung kerana dibikin sudah lama, satu tahun yang lalu.
“Hanya tahun ini Malam Terlarang masuk pawagam,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem tersebut, baru-baru ini.

Filem arahan Nurhanisham Muhammad itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Sharifah Haneesya.
Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Oktober lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞