Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri, memberi sokongan kepada aktres dan usahawan popular, Nur Fazura yang baru-baru ini menerima kritikan mengenai nyanyiannya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu tampil memuji bakat nyanyian Fazura dan percaya bahawa suara pelakon itu mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri.
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff memberi pujian kepada pelakon filem popular Gol & Gincu itu selain mencadangkan agar mereka berduet bersama. Menurutnya lagi, kolaborasi nyanyian antara mereka pasti akan mendapat sambutan yang hebat.
“Okey, boleh tahanlah suara awak sedap sangat, Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya, bakat awak lebih terserlah. Kita akan meletup bersama,” tulis Aliff dalam hantaran tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Aliff turut yakin bahawa duet mereka berdua akan membawa kejayaan besar, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Selain itu, Aliff menganggap suara Fazura sangat unik dan sedap didengar.
“Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama,” ujarnya lagi.
“Syabas, suara awak unik dan sedap. Bagi saya, suara itu adalah universal. Sedap sahaja saya dengar. InsyaAllah Fazura boleh pergi jauh,” tambahnya.
Sebelum ini, Fazura mendapat pelbagai reaksi apabila menyanyikan lagu terbarunya, Bertahan Demi Cinta, di sebuah program bual bicara di Indonesia.
Ads
Rata-rata komen yang diterima adalah kritikan, dengan beberapa pihak mencadangkan agar Fazura menghadiri kelas vokal untuk memperbaiki teknik nyanyiannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aliff Syukri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah bagi seseorang ahli kumpulan K-pop untuk membongkarkan kisah cinta mereka kepada khalayak ramai. Apatah lagi untuk mengumumkan bahawa diri mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang ‘idol’ daripada grup K-pop wanita ini setelah dia nekad untuk mengesahkan berita gembira berikut kepada umum.
Ketua grup Z-Girls iaitu Carlyn baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perancangan asalnya untuk kembali ke Korea Selatan tidak lagi akan diteruskan olehnya setelah dia mendapati dirinya berbadan dua dan berharap untuk meneruskan kehidupan berkeluarga di negara kelahirannya iaitu Filipina.
Pengumuman itu telah dilakukan oleh Carlyn menerusi sebuah video yang menunjukkan dia sedang meraikan fasa baharu dalam kehidupannya ini bersama keluarga tercinta.
[UPDATE] #CARLYN 🍒 – translation of her speech in the pregnancy reveal vlog of Von. She says her plans to Korea are erased to embrace this new chapter of her life with her family with Von. [non verbatim]@zpop_official | @carlyncabelpic.twitter.com/ToXnxkeNha
— #SeeYouAtTheTop¹⁰⁺⁴🐱🦁🌺🦄🍒 (IA) (@_galaxzhub) June 16, 2021
Dengan keputusan yang dibuat Carlyn ini, dia bakal menyertai beberapa ahli grup Z-Girls yang telahpun meninggalkan grup itu sebelum ini seperti Joanne (Taiwan), Perry (Taiwn), Sid (India) dan Mahiro (Jepun).
Namun berbeza dengan ahli-ahli lain itu, pemergian Carlyn lebih memberi kesan memandangkan dia merupakan ketua bagi Z-Girls. Peminat mula merasakan grup ini tidak akan bertahan lama dan mungkin sekali akan dibubarkan tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, Z-Girls merupakan sebuah kumpulan K-pop yang melakukan debut pada Februari 2019 bersama-sama grup lelaki, Z-Boys di bawah label Divtone Group.
Berlainan dengan label lain, penubuhan dua buah grup ini dilakukan dengan harapan mereka boleh mencipta grup K-pop berstatus antarabangsa apabila kesemua ahlinya berasal dari negara berbeza.
Sebagai contoh, Carlyn mewakili Filipina manakala beberapa lagi ahli mewakili negara Asia lain seperti Vanya (Indonesia), Queen (Vietnam), Priyanka (India) dan Bell (Thailand).
Buat kaki festival, inilah event yang korang memang tak boleh miss tahun ni! AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bakal turun dengan tema baharu, “Paint The Town Red”, pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS, Serdang.
Tapi tunggu dulu, festival ini bukan sekadar muzik semata. AirAsia x Hausboom: Scan & Win bagi peluang pengunjung bawa balik hadiah gempak seperti 10 tiket penerbangan percuma tanpa had setahun, tiket pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE & RIDE, cash prize sehingga RM50,000 dan tiket free ke festival. Bestnya, kempen ni dah bermula sejak Mei lalu dan akan berterusan sampai Disember 2025.
Tak cukup dengan itu, Hotlink pula keluar dengan empat tin Hausboom edisi terhad yang ada QR code khas. Setiap Ahad, korang boleh menang hadiah melalui program Menang Ahad, termasuk 1000 tiket percuma, smartphone, tambah nilai prabayar, internet free dan baucar F&B. Masa festival nanti, booth Hotlink juga akan penuh dengan aktiviti fun dan cabutan hadiah eksklusif.
Kalau korang rasa tu dah cukup, guess what? Setiap pemegang tiket festival berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa baharu melalui cabutan bertuah di pentas utama.
Buat penggemar food hunting pula, Hausboom buat collab dengan KL Foodie Fest dan bawakan influencer Pin Yang bersama 100 vendor makanan tempatan. Dari street food sampai menu rare semuanya ada. Paling best, masuk percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 12 malam.
Untuk kaki fesyen, Hausboom Lokal Fest 2025 akan himpunkan lebih 80 jenama streetwear & lifestyle termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity serta koleksi thrift eksklusif dengan SOVO. Confirm jadi spot wajib buat pengunjung urban yang minat gaya hidup trendy.
Tentunya, yang paling dinanti ialah line-up artis! Lebih 33 artis tempatan & antarabangsa bakal all-out di pentas, antaranya:
• Lagenda muzik tanah air: Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Slam, Def Gab-C
• Artis popular & bakat baharu: Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik, Gerhana Skacinta, Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo dan ramai lagi
• Artis Indonesia: Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah, Ghea Indrawari
Harga Tiket
• General Admission: RM119
• Rockzone: RM299
• VVIP: RM1,200 (premium deck, makan minum tanpa had, tandas peribadi & laluan ekspres)
Tiket boleh dibeli di: sayalive.io/hausboomfestival2025
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nombor plat kereta yang menarik sering mendapat perhatian ramai. Setakat ini Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Ismail masih memegang rekod dalam negara kerana berjaya membida dan membeli nombor pendaftaran “F1” pada nilai RM836,660 sekaligus menjadikannya sebagai harga termahal bagi pembelian nombor plat dalam Malaysia.
Bukan itu saja, baginda Sultan Johor yang mempunyai koleksi kereta mewah turut merupakan pemilik kepada nombor kenderaan “W1N” yang dibidanya pada harga RM748,000 dan diletakkan pada Proton Suprima.
Jika di Malaysia harga bagi sebuah nombor bernilai hampir RM1 juta tetapi bagi jutawan dari negara-negara Arab, harga bidaan bagi nombor plat kenderaan jauh lebih tinggi. Inilah harga tertinggi bagi nombor plat dalam dunia.
No plat : D5 Nama pemilik : Balwinder Sahani Harga : RM37.5 juta
Setakat ini, harga bagi nombor plat paling mahal dipegang oleh seorang ahli perniagaan Dubai dari India, Balwinder Sahani kerana membayar sebanyak RM37.5 juta bagi nombor pendaftaran “D5”. Wow, kalau dapat duit sebanyak ini, mahu pengsan sekejapkan. Tapi bagi orang terlampau kaya, duit sebanyak itu hanya untuk pembelian satu nombor sahaja.
Portal berita terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates 247 melaporkan bahawa, plat D5 itu akan dipasang pada salah sebuah kereta mewah Rolls Royce milik Balwinder setelah disahkan RTA memenangi bidaan tersebut.
Setakat ini, plat no 5 ini disenaraikan sebagai harga termahal di dunia
No plat ini dipasang di kerete Rolls Royce miliknya
Bilionaire taikun hartanah rantau Asia Barat itu yang juga dikenali sebagai Abu Sabah diumumkan oleh Lembaga Pengangkutan Wilayah (RTA) berjaya membida plat D5 mencecah harga 33 juta dirham (kira-kira RM37.5 juta).
Pemilik kumpulan RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah terkenal di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat itu memberitahu akhbar Gulf News, setakat ini beliau sudah memiliki 10 nombor plat cantik dan berhasrat membeli lebih banyak lagi.
No plat : 1 Nama pemilik : Saeed Abdul Ghaffar Khouri Harga : RM35.9 juta
Sebelum rekod dipecahkan oleh Balwinder, Saeed telah memecah rekod dunia dengan nilai RM35.9 juta
Plat no 1 turut dipasang di kereta Phantom miliknya…
Nombor plat kedua termahal di dunia dimiliki oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang merupakan ahli perniagaan dan juga salah seorang ahli keluarga kaya Abu Dhabi telah membeli nombor plat “1” dengan harga RM35.9 juta.
Menurut sumber, kekayaan jutawan ini memang tiada taranya kerana Saeed memang menggemari nombor “1” dan digunakan pada beberapa buah keretanya termasuk Pagani Zonda F, Bugatti Veyron dan Phantom. Sekaligus menjadikan nombor itu lebih mahal dari nilai kereta miliknya.
No plat :- 5 Nama : Talal Ali Mohmmad Khouri, Harga : RM28.4 juta
Talal Ali Mohmmad Khouri, seorang ahli perniagaan dan ahli lembaga Abu Dhabi Chamber of Commerce, telah memecah panggung dan menjadi tajuk berita dunia pada 2007 apabila membeli nombor plat tertinggi kerana sebelum ini pembelian nombor plat ini bukanlah satu bentuk perniagaan menguntungkan. Namun beliau telah mengeluarkan wang sebanyak RM28.4 juta bagi mendapatkan no plat “5” itu. Dalam lelongan yang sama, Talal turut membeli no plat “55” pada harga RM5.5 juta.
No plat : 25 O Nama : John Collins Harga : RM2.86 juta
Jika ramai jutawan dari negara Arab membeli, warganegara dari United Kingdom iaitu John Collins tidak kurangnya. Penjual kereta klasik ini telah membeli nombor plat 25 O pada harga RM2.86 juta dan dipasang di kereta Ferrari 250 SWB yang pernah dimiliki oleh penyanyi Eric Clapton. Patutlah dia membelinya kereta nombor itu sama dengan kereta tersebut. Lebih senang disebut barangkali.
No plat : F1 Nama :Afzal Khan Harga : RM2.43 juta
Nampaknya sukan permotoron yang menggamit ramai peminat di seluruh dunia, Formula 1 turut menjadikan “nilai duit”. Bukan saja mudah disebut, F1 tetapi apabila menyebutnya, ia sinonim dengan sukan tersebut. Inilah antara sebab yang mendorong Afzal Khan, seorang usahawan dari Bradford, United Kingdom yang tidak teragak-agak membayar RM2.43 juta untuk nombor tersebut.
No plat : S1 Nama : Tiada rekod ditemui Harga : RM2.23 juta
Kereta ini pernah digunakan oleh Lord Kingsburgh pada tahun 1903 dan plat nombornya S1 telah menarik minat seorang pembeli yang telah membeli nombor plat berkenaan. Harga bidaannya ialah R2.23 juta dan kemudian nombor plat ini dipasang di kereta Skoda model lama.
Beginilah orang kaya menghabiskan duit merekakan. Ternyata golongan kaya ini tidak kisah pun hendak membayar berapa jumlahnya. Kalau harga kondo di Malaysia bernilai RM1 juta, dengan RM37.5 juta itu mampu membeli 37 rumah kondo dan diduduki oleh 37 keluarga. Kalau ditukar kepada rumah pangsapuri bernilai RM300,000 pula, lebih 133 biji rumah boleh dimiliki oleh 133 buah keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!