Usahawan dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi bagi mana-mana acara sekiranya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal.
Menurut penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu, penolakan tersebut bukan kerana dirinya sombong, tetapi untuk menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi yang bermutu.
Selain itu, Aliff turut mendedahkan bahawa harga minimum untuk setiap persembahannya adalah RM15,000.
“Saya baru-baru ini mendapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert. Namun, saya terpaksa menolak kerana suara saya terlalu sedap tetapi bayaran yang diberikan tidak setimpal.
“Ini saya nak beritahu, ‘rate’ atau harga saya minimum RM15,000. Ini serius, jangan ketawa. Kalau saya terima, macam tak berbaloi.
“Kita sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi. Kalau macam itu tawarannya, lebih baik saya buat live di media sosial sahaja,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu popular Bobo Dimana itu turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan pendedahan tersebut dipandang ringan atau dipertikai.
Ads
“Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul.
“Saya tolak tawaran itu bukan kerana menyombong. Sudahlah lokasi pun jauh, di Pulau Pinang, kemudian bayarannya sedikit. Tak bolehlah macam itu. Saya kena jaga reputasi saya,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Aidilfitri. Walaupun tahun ini kita beraya bersederhana dan tidak boleh melakukan kunjungan ke rumah keluarga dan sahabat handai, tetapi tidak bermakna kita tidak perlu meraikannya.
Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, korang mesti excited nak menempah kuih raya atau membelinya di bazar-bazar Aidilfitri. Apa kata tahun ini korang cuba untuk buat kuih raya untuk makan sendiri, yang pasti lebih jimat dan berbaloi.
Remaja nak kongsikan resipi cookies chocalate chip Famous Amos yang confirm jadi kalau korang buat. Hiks!
Bahan A: (Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati sahaja)
– 250 gram butter
– 1 1/4 cawan brown sugar
– 1 sudu kecil esen vanila
– 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing dan siap!
Bila korang nampak biskut dah mengembang dan baunya sudah naik, itu tandanya biskut hampir masak.
Korang juga boleh letak topping almond, tapi kalau nak buat kosong saja pun boleh. Rupanya senang saja nak buat cookies famous amos ni ya. Selamat mencuba!
Tidak pelik sekiranya selebriti mencari pasangan yang juga merupakan seorang selebriti kerana kita semua sudah maklum bahawa pekerjaan yang dilakukan oleh mereka mungkin sahaja menImbulkan bibit-bibit cinta dek kerana bergelumang dalam industri yang sama.
Di negara kita, ramai juga selebriti yang memilih pasangan mereka dikalangan penggiat seni juga, termasuklah Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Fattah Amin dan Fazura serta Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Pasangan bergelar dua sejoli ini bukan hanya sweet, malah peminat juga turut mengagumi #relationshipgoals mereka.
Hal ini juga berlaku pada selebriti luar negara yang turut memilih rakan selebriti menjadi pasangan mereka. Di Korea, ramai juga ‘power couple’ yang mendapat perhatian peminat. Jom kita lihat antara pasangan dua sejoli berikut:
Pelakon wanita yang merupakan bekas ahli kumpulan JQT bertemu dengan pelakon Running Man, Lee Kwang Soo pada tahun 2016 ketika mereka sama-sama membintangi rancangan reality itu. Dalam episode tersebut, watak tersebut mengatakan bahawa mereka akan berkahwin. Pada Disember 2018, hubungan mereka telah disahkan oleh pihak agensi.
HyunA dan Dawn telah meneruskan kisah cinta mereka selama enam tahun dan setelah sekian lama, mereka kini tidak kisah berkongsi percintaan mereka secara terang-terangan kepada umum.
Perbezaan umur sebanyak 13 tahun tidak menghalang hubungan cinta bagi pasangan sweet ini. Mereka bertemu di set rancangan Knowing Brothers dan ketika Momo membintangi muzik video hit single dari Kim, Sweet Dream. Hubungan mereka menjadi lebih rapat.
Kisah cinta kapten Rin dan Yoon Se Ri dalam siri Crash Landing On You nampaknya menjadi kenyataan apabila pasangan senssasi ini mengumumkan bahawa mereka memang menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu. Ramai peminat turut berkongsi kegembiraan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka.
6. Jennie Blackpink & G-Dragon Big Bang
Terbaru, Dispatch telah melaporkan bahawa ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan Jennie Blackpink dikatakan telah menjalin hubungan selama setahun. Menurut laporan mereka, Dispatch berkongsi bahawa mereka telah menyaksikan G-Dragon dan Jennie bertemu secara diam-diam. Kedua-dua selebriti itu sering bertemu di kediaman mereka.
Walau bagaimanapun, YG Entertainment menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi artis naungan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap orang pasti menyimpan cita-cita untuk menyambung pendidikan ke peringkat universiti. Itu juga merupakan impian setiap pelajar lepasan SPM dan STPM yang ingin melihat masa depan mereka lebih terjamin. Malah selain pelajar, kedua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan pastinya menjadi orang paling gembira melihat kejayaan kamu menyambung pendidikan ke menara gading.
Tidak semua orang diberikan peluang untuk menyambung pendidikan. Apatah lagi persaingan untuk mendapatkan tempat di universiti terbaik seluruh negara kini semakin hebat.
Tapi bagaimana jika kamu mendapat tawaran untuk menyambung pendidikan ke universiti tetapi dalam jurusan bukan pilihan pertama atau kedua kamu. Atau mungkin juga ia langsung tidak tersenarai sebagau jurusan pilihan kamu.
Bertenang, kamu bukanlah orang pertama yang berdepan dengan situasi ini. Ia merupakan satu fenomena biasa dalam dunia pengajian tinggi.
Ada setengah orang terus menolak tawaran itu tapi ada juga yang mencubanya. Kali ini Remaja ingin kongsikan bagaimana jika kamu mahu mencuba dan apa yang perlu kamu lakukan?
Sukar? Ya, mungkin kerana ia bukan jurusan yang kamu minta. Tetapi jika kamu bersedia menerima perubahan dan berani ia bukanlah satu perkara mustahil.
KENALI POTENSI DIRI DAN JANGAN BATASKAN MINAT KEPADA SATU SAHAJA
Semua orang mempunyai keistimewaan, kecenderungan dan keupayan berbeza. Ini membuatkan setiap orang mempunyai kelebihan berbeza dan juga potensi yang boleh diasah. Pertama sekali janganlah ‘menutup’ minda kamu dengan satu minat sahaja. Mungkin jurusan yang ditawarkan tidak sesuai dengan pilihan tetapi jika kamu berjaya kuasainya ia pasti memberikan kepuasan tidak terhingga. Bahkan kamu menjadi orang yang lebih hebat kerana berjaya lakukan sesuatu yang kurang diminati dengan berjaya.
ASAH BAKAT TERPENDAM
Percayalah ramai di antara kamu pelajar lepasan sekolah mempunyai bakat tersembunyi yang belum diterokai. Dunia ini terlalu luas untuk kamu jelajahi dan pelajari. Mungkin secara tidak sedar kamu sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang yang tidak tersangka. Inilah peluang untuk kamu cuba mencari bakat baru.
BERGAUL DENGAN KOMUNITI BARU
Katakan selama ini kamu hanya minat dalam bidang perubatan sahaja. Tiba-tiba dapat tawaran untuk lanjutkan pelajaran dalam jurusan seni bina. Memang jauh sekali bezanya. On the bright side, kamu dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dengan dunia seni bina mereka. Secara tidak langsubng meluaskan skop pemikiran kamu yang selama ini mungkin tak ada klu langsung tentang seni bina.
KENALI POTENSI KERJAYA PADA MASA AKAN DATANG
Tahukah kamu bahawa setiap graduan universiti mempunyai peluang pekerjaan berbeza mengikut jurusan yang mereka ambil? Sebelum menolak jurusan yang ditawarkan apa kata kamu buat sedikit kajian sendiri tentang apakah potensinya pada masa akan datang. Mungkin inilah momen kamu sedar bahawa peluang kerjaya dan rezeki itu sangat luas dan tidak terhad kepada satu bidang yang diminati sahaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!