Pasti ramai yang rindu nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, pasti kita akan tertanya-tanya adakah kerajaan Arab Saudi akan memberikan kebenaran ibadah ini dilakukan tahun ini kerana wabak ini masih lagi mengganas.
Sebelum ini, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh Benten meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Ads
Terbaru, Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk membenarkan ibadah haji pada tahun ini dengan peraturan langkah pencegahan yang ketat bagi menjamin kesihatan dan keselamatan jemaah, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Agensi Berita Saudi pada Ahad.
Pihak berkuasa kesihatan negara itu masih menilai keadaan dan mengambil semua langkah untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Ads
Perincian mengenai pengurusan musim haji tahun ini akan diumumkan kemudian. Kementerian itu juga tidak menyatakan sama ada jemaah asing akan dibenarkan melakukan ibadah haji bagi musim ini.
Tahun lalu, ibadah haji dibenarkan dengan jumlah jemaah yang terhad sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19. Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengumumkan 942 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi menjadikan keseluruhan jangkitan seramai 426,384.
Jumlah kes pulih meningkat kepada 409,740 dengan 1,064 lagi pesakit sembuh. Dalam tempoh 24 jam lalu, angka kematian meningkat kepada 7,072 dengan 13 korban baharu dilaporkan.
Harapnya berita ini jadi kenyataan. Rindunya nak jejak kaki di Tanah Suci ni…huhuhu
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar pelepasan jawatan Perdana Menteri benar dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru saja disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Ramai tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku sekarang?
Sebelum kita merujuk kepada apa yang bakal berlaku, kita lihat dulu kuasa pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 40(2) itu menyatakan, ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini’.
Peruntukan ini jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, perlantikan itu juga adalah di atas kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.
Namun situasi terkini, Perdana Menteri telah meletakkan jawatan dan bukannya dipecat.
Apabila perkara ini berlaku, di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, seluruh kabinet akan secara automatik dibubarkan dan kabinet baru perlu dibentuk semula. Kesemua jawatan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri perlu dikosongkan.
*
Malaysia jelas bakal menerima barisan kepimpinan baharu. Adakah kita sudah bersedia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik selalu dikaitkan dengan drama di kalangan peserta.
Sebenarnya, drama di antara peserta dan penganjur juga tidak kurang hebatnya. Terbaru, Miss Mexico 2019 iaitu Sofia Aragon terpaksa berdepan Pengarah Miss Mexico, Lupita Jones dalam ‘perang media sosial’.
Sumber: Instagram Sofia Aragon
Sofia Aragon merupakan pemenang tempat ketiga Miss Universe 2019 di samping juaranya, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatang dan naib juara, Madison Anderson dari Puerto Rico.
Setelah Mexico ‘kempunan’ daripada kedudukan Top 5 di Miss Universe sejak tahun 2010, Sofia berjaya menempatkan semula negara latin tersebut di antara yang terbaik.
Sofia bersama Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi. Sumber: Instagram Sofia Aragon
Kontroversi ini tercetus apabila Sofia mengumumkan menerusi Instagram bahawa dia tidak akan menghadiri acara finale Miss Mexico 2020 yang akan berlangsung pada 29 November ini.
Kebiasaannya, seorang pemenang ratu cantik akan menyerahkan tiara dan melakukan ‘last walk’ sambil memberi kata-kata terakhir kepada seluruh negaranya.
Tetapi tidak Sofia Aragon.
Alasan yang diberikan Sofia adalah dia tidak diberikan bantuan sepanjang bergelar Miss Mexico daripada Miss Universe Mexico Organization. Dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayar keperluannya semasa bertanding di Miss Universe 2019.
Tindakan Sofia Aragon yang enggan menghadiri finale Miss Mexico 2020 itu telah teruk dikecam oleh Pengarah Miss Mexico, Lupita Jones secara terbuka di Live Instagram.
Lupita Jones, Miss Universe 1991. Sumber: Facebook Miss Universe
Lupita yang juga merupakan Miss Universe pertama dari Mexico pada edisi 1991 melontarkan kata-kata kecaman kepada Sofia termasuklah memanggilnya ‘hodoh’.
“Sofia datang ke pejabat saya dalam keadaan serabut, tidak mandi dan sedang berdepan depresi. Dia telah lama hidup dalam depresi dan merasakan dirinya tidak signifikan. Dia seorang perempuan yang menipulatif, tidak mesra dan berkira.
“Apa yang dia katakan sekarang (enggan terlibat pada finale Miss Mexico 2020) adalah cara terakhirnya untuk mendapatkan perhatian dan sokongan menerusi platform saya (Miss Universe Mexico), tapi saya tidak akan membenarkannya.
“Saya tahu latar belakang setiap ratu cantik, saya tahu siapakah yang mengambil dadah, siapa yang mengambil arak, siapa yang bergelar pel***r..
“Setelah tahu siapakah Sofia Aragon yang sebenar, saya berhenti untuk follow-nya di media sosial. Ramai bertanya mengapa saya block dia. Ia kerana saya tahu jenis manusia bagaimanakah Sofia Aragon ini. Saya tidak perlu ‘follow’ seseorang yang fake, suka mengkritik, bertalam dua muka dan tidak bersyukur.
“Sebagai peserta (pertandingan ratu cantik, sofia adalah seorang yang hodoh. Saya laburkan duit untuk dia mendapat pembedahan hidung, betulkan giginya dan melakukan pembedahan liposuction,” katanya panjang lebar di hadapan finalis Miss Universe Mexico 2020.
Well, dalam mana-mana pertandingan pasti ada masalah, normal lah tu. Waima di kawasan kerja atau di dalam kelas kita pun, kadangkala ada masalah yang tercetus. Inikan lagi dalam persekitaran pertandingan ratu cantik yang melibatkan ramai wanita jelita.
NAMUN, untuk seorang yang lebih berpengalaman seperti Lupita Jones memanggil bekas pemenangnya “hodoh” dan mencercanya secara terbuka seperti ini, ia adalah sesuatu yang memalukan.
Bukankah pertandingan seperti Miss Universe bertujuan untuk memperkasakan wanita di seluruh dunia? Tidak kiralah jika Lupita mahupun Sofia tidak bersetuju dengan kenyataan masing-masing, seharusnya mereka mencari jalan penyelesaian yang lebih matang. Bukan semua perkara perlu diselesaikan di media sosial.
REMAJA berharap agar situasi pertandingan ratu cantik di Malaysia tidak akan berdepan dengan isu seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malah mengikur laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, sebanyak 27,734 (99.65 peratus) adalah kategori 1 dan 2. Manakala selebihnya sebanyak 97 kes (0.35 peratus) dalam kategori 3,4 dan 5.
Foto Via Astro Awani
Tidak mahu berlengah lagi, sebentar tadi Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin akan mengadakan satu sidang media khas pada pukul 5 petang hari ini.
Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana saluran rasmi lain.
Foto Via Bernama
Jangan lupa saksikan live Menteri Kesihatan Malaysia pada petang ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Facebook KKM/ Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!