Pertahanan muda skuad kebangsaan, Richard Chin baru-baru ini membuat pendedahan besar apabila mengakui dirinya sudah memeluk Islam selepas melafazkan syahadah pada November tahun lalu. Perkara itu berlaku 10 bulan sebelum beliau menerima perkhabaran mengenai peluang menyarung jersi Harimau Malaya.
Menurut Richard atau nama sebenarnya Richard Li Hua Chin (23) berkata, keputusan itu hadir seiring dengan gerak hatinya yang merasakan Islam sebagai jalan yang benar. Dalam masa sama, beliau turut melihat Malaysia negara asalnya sebagai destinasi tepat untuk berbakti serta mendalami agama yang baru dianutinya.
Menerusi sebuah video temubual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain kelahiran England itu berkongsi pengalaman peribadinya.
Ads
“Saya melafazkan syahadah untuk menerima Islam pada November tahun lalu. Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim,” katanya.
“Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi yang besar untuk bermain buat negara ini. Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik,” jelas Richard lagi.
Ads
Dalam pada itu, Richard kini menjadi perhatian selepas tampil buat pertama kali bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Palestin yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Isnin lalu.
Pertahanan sayap itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-79, menggantikan Quentin Cheng. Kehadirannya membantu skuad negara mempertahankan kelebihan satu gol. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Joao Figueiredo pada minit ketiga permainan, sekaligus memastikan kemenangan Harimau Malaya kekal hingga ke wisel penamat.
Ads
Sementara itu, pendedahan peribadi Richard kali ini sekaligus membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya bersama Malaysia. Ia bukan sahaja tentang bola sepak, tetapi juga tentang identiti, kepercayaan dan hala tuju hidup beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM) malam tadi menyambut kehadiran bekas graduannya di Majlis Makan Makan Alumni Universiti Malaya secara gilang-gemilang.
Bertempat di Dewan Tunku Canselor, ia dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim yang merupakan penaung kepada persatuan tersebut.
Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga adalah Canselor UM.
Pada majlis berkenaan, Anwar menyatakan hasrat beliau untuk meringankan beban mahasiswa UM. Selama ini, beban tersebut perlu ditanggung oleh kerajaan untuk diberikan kepada UM.
Namun pada masa akan datang, Anwar ingin mewajibkan agar semua Menteri Kabinet yang terdiri daripada alumni UM untuk menyumbang dana sebanyak RM10,000 seorang kepada kutipan Tabung Endowmen milik universiti.
Manakala bagi graduan UM yang memiliki sumber pendapatan melebihi RM10,000 pula, Anwar berkata mereka harus diwajibkan menyumbang sekurang-kurangnya RM1,000 kepada tabung berkenaan.
Setidaknya, para alumni dapat membantu mahasiswa UM yang memerlukan bantuan terutama dari aspek kewangan.
Bercakap tentang alumni UM, REMAJA ingin senaraikan 25 figura popular tanah air yang terdiri daripada bekas mahasiswa Universiti Malaya yang mungkin korang tidak tahu. Mereka juga boleh membantu mengurangkan beban para pelajar UM masa kini untuk meneruskan pengajian mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10 (Sarjana Muda Pengajian Melayu – Sastera)
Tan Sri Dato’ Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sarjana Muda Jurisprudens)
Dato’ Sri Azlina Binti Dato’ Othman Said, Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Sarjana Muda Undang-Undang)
Azwan Ali, Pengacara & Selebriti (Sarjana Muda Undang-Undang)
Datuk Aznil Bin Hj Nawawi, Pengacara & Selebriti (Sarjana Muda Ekonomi)
Cheryl Samad, Pengacara (Sarjana Muda Undang-Undang)
Ernie Zakri, Penyanyi (Sarjana Muzik)
Larissa Ping, Miss World Malaysia 2018 (Sarjana Muda Undang-Undang)
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 (Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan)
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Bin Kamsah, Pakar Motivasi (Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian)
Tan Sri Dato’ Dr Muhyiddin Yassin, Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 (Sarjana Muda Ekonomi & Pengajian Melayu)
Tan Sri Dato’ Seri Rafidah Aziz, Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (Sarjana Muda Ekonomi)
YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia (Sarjana Muda Undang-Undang)
Ooi Tze Liang, Atlet Terjun Kebangsaan (Sarjana Muda Sains Sukan)
Pandelela Rinong Anak Pamg, Atlet Terjun Kebangsaan (Sarjana Muda Sains Sukan)
Razaisyam Rashid, Pengarah & Penerbit Drama/Filem (Sarjana Muda Sastera)
Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 (Sarjana Muda Antropologi & Sosiologi)
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai (Sarjana Muda Undang-Undang)
Sharifah Zarina, Penyanyi (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Datuk Shalin Zulkifli, Bekas Atlet Tenpin Boling (Sarjana Muda Sains Sukan – Pengurusan Sukan)
Shaza Bae, Pelakon, Pengacara & Dewi Remaja 2019 (Sarjana Muda Seni)
Tun Dr. Hasmah Binti Haji Mohamad Ali (Sarjana Muda Perubatan)
Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Penyanyi & Pelakon (Sarjana Muda Undang-Undang)
Uyaina Arshad, Pengacara & Pelakon (Sarjana Muda Undang-Undang)
Vanida Imran, Pelakon (Sarjana Seni Persembahan – Drama)
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai perlantikan Dato’ Rizalman Ibrahim sebagai Profesor Adjung oleh Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith di Universiti Malaya.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang diwujudkan hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.
Berita baik tersebut diumumkan beliau sendiri, menerusi menerusi sebuah bebenang di akaun rasmi Twitter miliknya, semalam.
Menerusi Pakej 5G Rahmah yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, KKD menawarkan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan berbanding RM98 harga asal. Selain itu, ia turut memperkenalkan pakej telefon pintar 5G yang merangkumi Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G pada harga RM240.
Berita baik buat rakyat Malaysia dan penjawat awam.
Di samping itu, 100,000 pelanggan terawal dari latar belakang ekonomi B40 dapat menikmati pakej telefon pintar dengan harga serendah RM120. Ia turut merangkumi waranti dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.
Pakej 5G Rahmah akan bermula pada 31 Ogos ini bersempena dengan Bulan Kebangsaan dengan kontrak langgangan 24 bulan.
Selain itu, KKD turut memperkenalkan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam yang menawarkan pemberian rebat RM10 sebulan bagi semua pegawai kerajaan di Malaysia. Ia boleh diguna pakai untuk sebarang pakej postpaid yang sedia ada.
Melalui insentif ini, penjawat awam dapat jimat RM120 dalam tempoh satu tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kehangatan isu pemberian vaksin pengalak dos ketiga, REMAJA kongsikan 8 vaksin yang ada didunia selain vaksin Covid-19 bagi langkah kesihatan diri.
1. Vaksin Hepatitis B
Foto Kredit : health.insuresavvy.com
Hepatitis B adalah penyakit yang menyebabkan keradangan dan kerosakan hati. Dalam jangka panjang, jangkitan hepatitis B kronik boleh menyebabkan sirosis, kegagalan dan barah hati.
Di Amerika Syarikat, 1.25 juta individu dijangkiti virus hepatitis B secara kronik apabila 36 peratus dijangkiti ketika kecil. Sebanyak 25 peratus daripada mereka dijangkiti semasa bayi dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Sebab itu amat penting bayi diberikan vaksinasi hepatitis B.
2. Vaksin Difteria, Tetanus dan Pertusis (DTaP)
Foto Kredit : www.thehealthy.com
DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap difteria (sakit kerongkong), tetanus (kancing gigi) dan pertusis (batuk kokol).
Difteria ialah penyakit kerongkong disebabkan bakteria ‘Corynebacterium diphtheriae’. Kanak-kanak dijangkiti bakteria ini akan mengalami kesukaran menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut, farinks dan bengkak pada kelenjar leher serta boleh membawa maut.
Tetanus adalah penyakit kancing gigi apabila pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya di kawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria ‘clostridium tetani’. Pertusis pula ialah batuk kokol berpunca daripada jangkitan bakteria ‘bordetella pertussis’. Penyakit yang boleh membawa maut ini dapat dicegah melalui suntikan vaksin.
3. Vaksin pneumokokal
Foto Kredit : www.aarp.org
Vaksin ini melindungi daripada jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ yang boleh menyebabkan radang paru-paru, meningitis dan bakteremia.
4. Vaksin rotavirus
Foto Kredit : www.sciencenews.org
Rotavirus ialah jangkitan virus yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut teruk dalam kalangan bayi serta kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh mengalami dehidrasi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital.
Kira-kira 80 peratus kematian disebabkan jangkitan virus rotavirus di negara membangun.
5.Vaksin campak, beguk dan rubella (MMR)
Foto Kredit : www.news-medical.net
Kombinasi tiga vaksin ini untuk melindungi kanak-kanak daripada menghidap penyakit demam campak, beguk dan rubella.
Demam campak adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus campak. Beguk ialah penyakit yang disebabkan virus paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan serta rasa sakit pada kelenjar parotid.
Rubella sejenis penyakit disebabkan oleh virus rubella yang biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu dijangkiti.
6. Vaksin influenza
Foto Kredit : www.news-medical.ne
Jangkitan virus influenza boleh membawa komplikasi kesihatan hingga meragut nyawa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajiannya mendapati sekitar 600 juta masyarakat di dunia berhadapan risiko influenza setiap tahun.
Oleh itu, vaksin influenza terbukti boleh menghindari komplikasi demam selesema dan menyelamatkan nyawa.
7. Vaksin virus papilloma manusia (HPV)
Foto Kredit : www.clinicaladvisor.com
HPV adalah penyebab utama barah pangkal rahim dalam kalangan wanita, barah dubur dan beberapa jenis penyakit barah yang lain.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan suntikan vaksinasi HPV kepada kanak-kanak berusia antara 11 dan 12 tahun. Suntikan pelalian ini boleh dimulakan seawal usia sembilan tahun.
Imunisasi ini juga disyorkan kepada individu berusia 26 tahun yang belum mendapatkan perlindungan vaksinasi secukupnya.
8. Vaksin varisela
Foto Kredit : www.everydayhealth.com
Juga dikenali sebagai vaksin cacar air yang memberi perlindungan daripada penyakit cacar air. Penyakit ini mudah menjangkiti yang menyebabkan kulit gatal dan menggelembung berserta cecair.
Satu dos vaksin ini boleh mencegah 95 peratus penyakit yang sederhana dan 100 peratus teruk.
Apa Sebenarnya Vaksin Ini?
Vaksin ini sebenarnya menggunakan sejumlah kuman yang mati atau lemah yang disebabkan oleh beberapa penyakit.
Walaupun ia mengandungi kuman seperti virus atau bakteria, vaksin ini tidak akan menyebabkan penyakit atau membahayakan komplikasi badan. Melalui suntikan, oral atau semburan melalui hidung, kuman ini dimasukkan ke dalam badan untuk merangsang sistem kekebalan badan untuk bertindak balas seolah-olah ianya seperti jangkitan sebenar.
Apabila badan bertindak balas dengan kuman tersebut, ia akan mengatasi jangkitan dan mengingati kuman itu. Jika badan kamu masih mendapat penyakit yang sama, antibodi dalam badan kamu dapat melawan kuman tersebut.
Vaksin ini bertujuan untuk melatih sistem ketahanan badan kamu untuk membuat antibodi. Antibodi ini pula akan diaktifkan apabila badan terkena penyakit.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...