Sejak semalam, dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS).

Menurut laporan BERNAMA, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan, semua fasiliti kesihatan mengambil langkah berwaspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE, terutama daripada lokaliti Sungai Bakap serta daerah SPS amnya. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes berkenaan.
"Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang ialah pada 2018.

Memandangkan Malaysia sudah lama tidak mencatatkan kes ini sejak bertahun lalu dan terkini ada kes dicatatkan, REMAJA kongsikan artikel mengenai J.E yang ditulis oleh Doktor Fuad Hashim yang dikongsi di Portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai bahaya penyakit bawaan nyamuk Culex ini.

Jadi pastikan persekitaran rumah kita bersih dan bebas dari semua bahaya ya.

Alami Radang Otak & Lumpuh! Ini Bahaya J.E  Terutama Pada Kanak-Kanak Perlu Kita Peduli

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah, dalam kes ini ialah nyamuk

IKLAN

Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut

Tanda dan Gejala

  • Hampir semua pengidap akan mendapat gejala ringan atau tiada gejala sama sekali. Biasanya gejala akan timbul selepas 4-16 hari digigit nyamuk pembawa virus JE.
  • Pada kes-kes yang teruk, Japanese encephalitis bermula dengan demam selsema, sejuk badan, letih, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.
  • Keliru dan rasa celaru (agitation) boleh berlaku di peringkat awal penyakit.
  • Sawan berlaku dalam 66% pesakit terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi

IKLAN

Komplikasi yang berlaku di antaranya:

  • Radang otak- akibatkan kematian pada 30% kes.
  • Kes yang selamat- 30% akan mendapat kerosakan otak teruk termasuklah lumpuh.

Rawatan

Diagnosa dibuat melalui ujian darah dan cairan serebrospinal yang diambil melalui tulang belakang. Tiada rawatan khas untuk Japanese Encephalitis. Antibiotik tidak berkesan melawan virus dan tiada ubatan anti-viral ditemui. Tumpuan hanya kepada rawatan kurangkan gejala dan rawatan komplikasi sahaja.

IKLAN

Pencegahan

Cegah gigitan nyamuk melalui:

  • Guna Kelambu
  • Guna racun semburan serangga aerosol, lingkaran ubat nyamuk dan krim sapu mengelak nyamuk (repellent).
  • Pasang jaringan penahan nyamuk
  • Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang apabila keluar ke kawasan ternakan babi

Musnahkan kawasan pembiakan nyamuk Culex

  • Bina sistem perparitan yang sempurna
  • Tutup kawasan air bertakung
  • Pastikan kawasan ternakan babi bersih
  • Sembur racun serangga di kawasan ternakan

Suntikan pelalian perlu kepada golongan berikut:

  • Penternak babi
  • Orang yang tinggal berhampiran dengan ladang ternakan babi dalam 2 km radius (terutamanya kanak-kanak).

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI