Gambar hiasan

Macam-macam ragam manusia yang kita boleh lihat sepanjang berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dek kerana takut kepada jarum. Menurut pakar psikiatri Universiti Malaysia Sarawak, Dr Amanda Albert, takut jarum adalah perkara biasa dan sesetengah pakar membuat andaian bahawa menghindari kesakitan akibat jarum menembusi kulit sebenarnya naluri evolusi.

Alami Gejala ‘Trypanophobia’, Ini 3 Cara Hilangkan Fobia Jarum Suntikan
Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, ia menjadi lebih serius apabila ketakutan ini sampai kepada peringkat fobia yang melampau kerana ini akan memberikan kesan kemampuan seseorang itu mendapatkan suntikan vaksin atau menjalani sebarang prosedur perubatan yang melibatkan jarum.

Fobia yang membabitkan jarum ini juga dikenali sebagai ‘trypanophobia’.

Alami Gejala ‘Trypanophobia’, Ini 3 Cara Hilangkan Fobia Jarum Suntikan
Gambar hiasan

Fobia terhadap suntikan jarum berbeza dengan rasa takut kerana keadaan fobia lebih membahayakan. Selain itu, tahap fobia ini juga berbeza-beza dan menurut Healthline, beberapa hari atau jam sebelum berhadapan dengan ketakutan disuntik ini, biasanya individu trypanophobia ini akan mempunyai tanda-tanda seperti berikut:

• Pening
• Pengsan
• Gelisah
• Susah tidur
• Cemas
• Serangan panik
• Tekanan darah meningkat
• Degupan jantung menjadi laju
• Terasa disakiti secara fizikal dan emosional
• Berupaya untuk mengelakkan rawatan yang melibatkan jarum suntikan

IKLAN

Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan fobia ini dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Terapi kognitif

Terapi ini dilakukan dengan memahami ketakutan terhadap jarum suntikan dan mencari teknik terbaik untuk pesakit. Dengan menghadiri beberapa sesi, ia akan membantu pesakit mengendalikan rasa takut yang menguasai fikiran dan perasaan.

IKLAN

2. Terapi pendedahan

Ia lebih kurang seperti terapi kognitif tetapi dengan fokus mengubah respon fizikal dan mental pesakit dalam menghadapi fobia. Ia dilakukan secara berperingkat, dimulai dengan menunjukkan gambar jarum suntikan, mengarahkan pesakit berdiri dekat dengan jarum suntikan dan memegang jarum suntikan.

Alami Gejala ‘Trypanophobia’, Ini 3 Cara Hilangkan Fobia Jarum Suntikan
Gambar hiasan

3. Terapi ubat

IKLAN

Terapi ini diberikan kepada pesakit yang terlalu fobia sehingga menyebabkan tekanan dan tidak boleh menjalani psikoterapi. Biasanya, doktor akan memberikan ubat penenang untuk mengurangkan gejala fobia.

Difahamkan, kebanyakan pesakit trypanophobia akan pulih atau berkurangan rasa takut terhadap jarum suntikan setelah melalui beberapa rutin cara mengatasi fobia ini.

So guys, bagi korang yang takut jarum tu jangan jadikan ini sebagai alasan untuk tidak mengambil suntikan vaksin okay? Ada beberapa cara dan ikhtiar yang korang boleh lakukan. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat nasihat perubatan yang selanjutnya.

Sumber: (1), (2)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI