Tirai acara fesyen terbesar Malaysia, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 akhirnya berlabuh semalam dengan membariskan beberapa pertunjukan fesyen daripada jenama lokal terkenal.
Antaranya termasuklah Nurita Harith, Mimpi Kita, Super Sunday, Behati dan tentunya yang paling dinanti-nantikan pada petang semalam, NEONATE.
NEONATE yang diasaskan oleh Karl Shafeq dan Syahir Hamdan kembali untuk edisi 2022 dengan sekali lagi membawakan wajah-wajah ‘real people’ sebagai model-model di pentas peragaan demi menyelarikan pertunjukan tersebut dengan identiti streetwear jenama itu sendiri yang dekat dengan hati remaja.
Istimewanya untuk koleksi yang diberi judul NEOSTALGIA ini, NEONATE turut membariskan beberapa nama-nama besar industri hiburan Malaysia sebagai model mereka.
Ads
Kemunculan empat ahli Dolla terdiri daripada Tabitha Ariel Lam Lianne (Tabby), Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Angelina Chai Ka Ying (Angel) semalam telah menggamatkan ruang legar aras tanah Pavilion .
Masing-masing tampil persis model profesional dengan lenggok jalan yang menyakinkan.
Suasana bertambah hangat apabila pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi pula keluar ke pentas dalam persalinan kardigan kuning kebiruan dengan paten monogram terbaru NEONATE. Apa yang membuatkan momen bersama Aznil atau Pak Nil ini adalah apabila beliau mencabutkan but hitam berplatform yang disarungkan olehnya di tengah-tengah pentas peragaan sebelum meneruskan aksi.
Ads
Mungkin but tersebut tidak menyelesakan untuknya kot, tapi Pak Nil memang sempoi! No shoes, no problem.
NEONATE turut menjemput personaliti media sosial dan pelakon, Norreen Iman dan supermodel Malaysia, Tengku Azura serta Tini bagi menyudahkan ‘final walk’ dengan diiringi Jalur Gemilang.
Ads
Sebagai info, koleksi NEOSTALGIA ini merupakan hasil kolaboratif NEONATE bersama Voltbar. Seperti namanya, koleksi ini membangkitkan semula rasa-rasa nostalgia dalam persalinan menerusi teknik fabrik crochet, warna-warna dan paten retro serta muzik yang dimainkan.
Terdahulu, NEONATE mengadakan sesi panggilan model atau model casting untuk mencari wajah-wajah baharu bagi acara KLFW ini dan ia dilaporkan berjaya menarik lebih 700 peserta yang mempunyai aspirasi bergelar seorang model.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemelut perhubungan bersegi-segi melibatkan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah kian memuncak apabila ramai nama-nama popular sama ada dari industri seni mahupun industri-industri yang berkerja rapat dengan mereka turut terpalit dalam kisah yang sama.
Biarpun mereka tiada kena-mengena dengan drama rumah tangga pasangan itu, pendedahan sensasi yang dilakukan oleh Sarah Yasmine iaitu salah seorang skandal yang pernah menjalin hubungan gelap bersama Aliff Aziz secara tidak sengaja turut menyebabkan nama mereka dipetik dengan semena-mena.
Ini berikutan foto-foto perbualan WhatsApp antara Aliff dan orang ketiga dalam perhubungan mereka, Ruhainies yang disebarkan oleh Sarah sepanjang minggu lalu.
Salah satu nama yang dipetik netizen daripada perbualan WhatsApp tersebut ialah jenama fesyen, Fiziwoo yang diterajui oleh Hafizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz. Berdasarkan perbualan itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing telah mendapatkan persalinan lebaran mereka daripada koleksi Riviera Raya 2024 yang diperkenalkan jenama itu sementelah Ruhainies sendiri merupakan muse buat musim kali ini.
Hafizi Radzi Woo a.k.a Fizi.
Pendedahan Sarah menerusi Instagram Story itu kemudian dimuat naik semula oleh Bella di akaun Instagram-nya dengan kapsyen, “Siapkan baju raya,” berserta emoji tanda sedih.
Justeru, bala tentera media sosial yang menyebelahi pihak Bella dalam kemelut ini terus menyerang akaun Fiziwoo yang didakwa berada di pihak Ruhainies dan Aliff kerana menyediakan persalinan lebaran buat mereka berdua.
Enggan terus-menerus menjadi mangsa keadaan yang tersepit di tengah-tengah ‘drama’ tersebut, Fizi menjelaskan keadaan sebenar dari perspektif seorang pereka fesyen yang bekerjasama dengan para klien yang kadangkala terdiri daripada kalangan selebriti tempatan.
“Here we go again, tak habis-habis.. Bosan,” catat Fizi yang sedari awal sudahpun menjadi sasaran netizen setelah skandal itu terbongkar hanya selang dua hari selepas pertunjukan fesyen Fiziwoo Riveira Raya 2024, Mac lalu.
Tidak cukup sekadar drama yang tercetus itu, netizen pula seakan menambah minyak ke bara api apabila melontarkan tohmahan tidak berasas dengan kata-kata kesat sehinggakan ia bukan sahaja mengguris perasaan pereka duo Fiziwoo itu tetapi juga memberi kesan kepada perniagaan mereka.
“Malas nak layan sebenarnya DM macam ini. Tapi bila fakta yang diputar belit dan menjadi fitnah, saya akan bantu anda untuk mengecapi populariti dan tumpuan, okay?” katanya sebelum mendedahkan netizen bernama @casrtk itu yang padanya sudah melampau batas adab di media sosial.
“(Fokus) kami sebagai usahawan dan pereka fesyen adalah untuk mengenengahkan kreativiti kami menerusi ciptaan rekaan dan produk yang cantik.
“Klien kami datang daripada pelbagai latar belakang. Ada yang bini pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau mereka datang untuk mendapatkan produk kami, kami sangatlah berbesar hati untuk meraikan semua pihak kerana bukan hal saya untuk menyebelahi mana-mana pihak atau menyibuk hal rumah tangga orang.
“Bagi kami, kerja adalah kerja. Hal peribadi adalah hal peribadi. Jadi jangan memaksa saya untuk menyertai anda menyebarkan kebencian.
“Saya tiada masa untuk negativiti anda dan saya mempunyai senarai klien dan pembeli yang panjang yang selalu menyokong kami. Merekalah keutamaan saya dan saya akan kerah masa serta tenaga untuk mereka. Bukannya anda.
“Segala bentuk ugutan, provokasi dan seangkatan dengannya kita sudah serahkan kepada pihak perundangan dan akan dibawa ke pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Jadi kepada sesiapa yang terlebih-lebih emosi bolehlah tahan dulu, kawal dulu. Kita hidup dalam kalangan masyarakat yang beradab, oleh itu jadilah beradab,” ulas Fizi.
Tambahnya lagi, generasi media sosial kini ibarat tidak mengerti peradaban, ‘ada beras, taruh dalam padi’. Segala-galanya ingin diceritakan di media sosial demi menegakkan benang yang basah tanpa mereka menyedari implikasi perbuatan mereka itu ke atas individu lain yang tidak mempunyai kaitan dalam isu yang cuma mereka bangkitkan.
“Inilah yang kami panggil kesan berantaian (chain effect) terhadap beberapa figura yang terlalu obses meluahkan emosi kepada orang ramai. Saya percaya yang beberapa perkara perlu ditangani secara tertutup.
“Kasihan ramai orang yang tiada kena-mengena pun akan turut sama ditarik ke kancah (kontroversi) dan ia memberi kesan kepada emosi dan fizikal semua orang,” simpulnya.
Terdahulu pada minggu lepas, individu bernama Sarah Yasmine telah mengejutkan industri seni hiburan Malaysia apabila membongkarkan satu-persatu perbualan WhatsApp di antaranya dengan beberapa selebriti tanah air yang didakwanya berbohong di hadapan khalayak. Antaranya termasuklah Aliff Aziz, Ruhainies, Sarah Albarakbah dan Meerqeen.
Hasilnya, jumlah pengikut Sarah Yasmine meningkat secara mendadak apabila netizen setia menantikan ‘bombshell’ terbaru yang akan didedahkannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengguna aplikasi Watsons kini boleh mencari warna paling sesuai untuk produk bedak asas dan membayangkan warna rambut terbaik menggunakan fungsi #ColourMe.
Ramai gadis yang selalu berdepan dilema memilih tona bedak asas bersesuaian dengan warna kulit wajah. Kadangkala apabila memilih di stor sebagai contoh, lampu di dalam stor boleh memberikan bayangan tidak jelas pada ‘swatch’ bedak asas yang disapukan pada tangan. Lalu, ramai yang akan tersalah beli tona bedak asas dan kesilapan ini membuatkan mereka rugi saja.
Cabaran mencari warna bedak asas bertambah rumit sekarang dengan norma baharu yang tidak lagi membenarkan pelanggan mencuba produk kecantikan di dalam stor atas faktor keselamatan. Tiada lagi samples, tiada lagi tester girls.
Jadi, bagaimana kita ingin mencuba produk sekarang sebelum membelinya?
REMAJA baru-baru ini mendapat tahu mengenai satu fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Watsons Malaysia bernama #ColourMe – Foundation Founder.
Fungsi ini boleh membantu korang memilih paling bersesuaian dengan kulit wajah melalui bantuan teknologi AR dan AI, pelanggan boleh memilih warna bedak asas semudah mengambil selfie dan menjawab beberapa soalan mengenai keadaan kulit wajah serta apa keinginan mereka apabila membeli bedak asas tersebut. Aplikasi Watsons kemudiannya akan terus mengesyorkan pilihan terbaik buat pelanggan.
Langkah 1 #FoundationFinder : Ambil selfie.Langkah 2 #FoundationFinder : Jawab soalan mengenai masalah kulit wajah dan apa yang mereka inginkan.Langkah 3 #FoundationFinder : Voila! Ini bedak asas dengan tona warna bersesuaian dengan kulit wajah.
Menariknya, fungsi #FoundationFinderini bukan hanya terarah kepada mencari bedak asas saja. Watsons Malaysia juga ingin membantu korang yang ingin mendapatkan produk pewarna rambut baharu untuk membuat keputusan tentang rona terbaik untuk menonjolkan sisi peribadi.
Kadangkala, hati ini teringin sangat untuk mencuba warna-warna berani seperti perang, merah jambu dan biru pada rambut kita. Namun, tentunya kita ingin memastikan sama ada ia sesuai dengan kita atau tidak sebelum mengambil langkah seterusnya seperti ‘bleaching’ dan mewarnakan rambut.
Proses #ColourMe – Style Your Hair ini sama saja seperti teknik #ColourMe – Foundation Finder sebentar tadi mana korang hanya perlu menggunakan kamera ‘selfie’ pada telefon pintar. Tak adalah korang menyesal jika warna rambut baharu tidak sesuai dengan diri sendiri.
Teknologi AR ini akan membolehkan pelanggan memberi dengan lebih bijak dan membuat keputusan yang tepat pada bila-bila masa.
*
Jujurnya, REMAJA rasakan fungsi baharu #ColourMe di aplikasi Watsons Malaysia ini amat berguna memandangkan norma baharu kita sekarang dijangka berlanjutan untuk tempoh yang amat lama. Korang boleh muat turun aplikasi Watsons DI SINI.
Sambil-sambil mencuba fungsi baharu ini, korang juga dapat menikmati diskaun RM10 serta-merta apabila melakukan pembelian bernilai RM80 ke atas bagi produk jenama terpilih di Watsons sekarang.
Untuk lebih info untuk promosi ini, korang boleh layari DI SINI
Antara jenama yang termasuk dalam promosi ini bagi kategori kosmetik ialah Essence, Cezanne, Silkygirl, Pixy Colours, Wardah, Revlon Cosmetics, Maybelline, L’Orealdan C.Code.
Bagi kategori pewarna rambut pula, korang boleh mendapatkan produk jenama Mise En Scene, Beautylabo, Hair System By Watsons, Liese Excellence dan Revlon.
Antara jenama produk pewarna rambut di Watsons Malaysia yang terlibat dalam promosi diskaun RM10.
Di samping itu, Watsons Malaysia juga kini sedang menawarkan produk asas solekan yang ‘mesra pelitup muka’ dengan promosi istimewa.
Apa yang REMAJA gemari mengenai jenama tersebut adalah kesemua mesra pelitup muka dan mampu bertahan lama biarpun korang memakai pelitup muka di luar rupa. Kulit wajah juga tidak mudah merasa rengsa kerana formula ‘ringan’ bedak asak ini.
Haa bukan itu saja, produk pembersih solekan dan juga setting spray turut menawarkan promosi istimewa sekarang.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom shopping secara bijak dengan Watsons! Muat turun aplikasi Watsons sekarang DI SINI.
Info lanjut mengenai promosi lain oleh Watsons Malaysia boleh korang perolehi DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah rambut gugur merupakan satu kebimbangan bukan hanya pada kaum wanita, malah lelaki juga turut berhadapan dengan situasi ini.
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka. Ada juga yang hanya menggunakan bahan alami untuk merawat masalah ini.
Bahan-bahan alami yang ada disekeliling kita sebenarnya banyak kegunaannya. Selain daripada mudah dicari, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan rambut gugur.
Berikut antara petua tradisional yang boleh dicuba untuk mendapatkan rambut sihat dan mengurangkan masalah keguguran.
Bahan ini dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga ke kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas.
Campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu.
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu.
Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulang cara ini dua kali seminggu untuk mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
Bagi korang yang mempunyai masalah rambut gugur, boleh cuba amalkan petua alami yang telah dikongsikan ini. Mana tahu serasi dengan kulit kepala korang. Selamat mencuba!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.