Trend makanan ekstra pedas kini semakin popular. Bukan makanan Korea sahaja yang mempunyai perisa pedas terlampau seperti ramen, malah makanan fast food juga galak memperkenalkan menu ekstra pedas.
Penulis tahu ramai yang menggemarinya. Tetapi tahukah korang apa yang bakal terjadi kepada perut sekiranya ia tidak dikawal?
Jangan cakap kami tak warning. Ikuti perkongsian saudara Naufal di akaun Twitter-nya mengenai implikasi makanan ekstra pedas yang selalu diambilnya.
*
01
Ramai yang memahami konsep pedih ulu hati dan ramai juga yang memandang remeh terhadapnya. “Alah, sekejap je ni. Lepas beberapa jam, redalah sakit itu.”
Namun Naufal menahan rasa sakit itu lebih dari dua minggu. Apabila berjumpa dengan doktor, mereka hanya berpendapat ia adalah sakit gastrik biasa.
02
Naufal kemudian pergi ke pusat perubatan KPJ untuk menjalankan prosedur Endoscopy (masukkan kamera ke dalam perut mengikut mulut). Walaupun ia dijadualkan dalam tempoh beberapa hari, Naufal memintanya untuk dipercepatkan kerana tidak tahan lagi.
Setelah berpuasa selama 15 jam, dia memasuki bilik rawatan. Naufal diberikan ubat bius dalam tekak dan ubat penenang.
Prosedur yang dilakukan juga baginya mudah dan sekejap saja.
03
Pelaburan RM3,500 untuk rawatan ini (kerana Naufal tidak mempunyai insuran) memberikan hasil apabila doktor mengesahkan ususnya radang dan injap ususnya sedikit longgar. Oleh sebab itu, kandungan asid di dalam perut naik semula dan itulah punca rasa pedih ulu hati.
04
Puncanya adalah disebabkan Naufal gemar mengambil makanan terlebih pedas. Kemudian dia akan mengambilnya sehingga terlebih kenyang. Naufal juga tidak mengikut jadual makan yang sepatutnya seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Main bedal je, dalam bahasa mudah.
Bukan itu saja, dia juga gemar untuk terus baring selepas makan.
05
Atas nasihat doktor, Naufal perlu elakkan makanan pedas, bercuka, air gas dan makanan ringkan. Dia juga perlu mengurangkan jumlah makanan, sebaliknya amalkan pemakanan kerap.
06
Naufal juga berkongsi bahawa dia pergi mencari cara rawatan alternatif selepas itu seperti perubatan tradisional, terapi dan melakukan bekam.
*
Menerusi perkongsian ini juga, beberapa warga Twitter berkongsi pengalaman mereka yang pernah merasai rasa sakit mirip yang dirasai oleh Naufal.
Walaupun ia adalah simptom gastrik dan apendiks, namun rasa sakit yang dirasai mirip Naufal.
There you go guys. Bukanlah kami ingin melarang sesiapa daripada mengambil makanan ekstra pedas, ever. Namun, pandai-pandailah tentukan kuantitinya. Jangan disebabkan beberapa suapan yang sedap, korang terlantar di wad hospital sudahlah.
Sumber: TWITTER @naufalantezemm
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK