Hujung minggu ni kalau korang rasa bosan, bolehlah serbu panggung wayang untuk menonton filem terbaru Hellboy.
Sudah mula ditayangkan hari ini, Hellboy antara filem terbaru yang korang wajib tonton kerana aksinya kini lebih ‘mengganas’ dan boleh buat korang seriau dalam panggung. Cewah!
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan semula seorang ahli sihir, Nimue (Milla Jovovich) yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia, lalu menjadikan Hellboy (David Harbour) sebagai ‘alat’ untuk memenuhi impiannya itu.
Ads
Namun begitu, Hellboy tidak bersekutu dan mencari jalan bersama dua orang temannya yang juga mempunyai kuasa luar biasa untuk mempersiapkan diri bagi menentang Nimue.
Lebih ‘ganas’ daripada biasa
Aksi-aksi yang ditonjolkan dalam filem ini sedikit sebanyak membuatkan korang ketap gigi kerana banyak memaparkan unsur keganasan dalam satu pembunuhan. Nah, sudah pasti ianya ditayangkan hanya untuk penonton berumur 18 tahun ke atas.
Ads
Scene pembunuhan dan perlawanan dalam filem ini selayaknya dipuji kerana setiap aksi yang ditonjolkan dalam filem memang real gila. Berderau juga bila tengok lagak mereka bunuh-membunuh. Hiks!
Penampilan Hellboy kali ini juga lebih menyeramkan dan kami tengok macam Undertaker pun ada. Haha!
Dibintangi oleh David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane dan Daniel Dae Kim, Hellboy kali ini bukanlah sekuel pada mana-mana filem terdahulu, sebaliknya ia adalah daripada sumber filem asal tetapi dengan garapan yang berbeza.
Kami tak nak la bagi spoiler, so apa kata korang tonton Hellboy yang sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu gangguan seksual di tempat kerja sememangnya wujud. Walau ia nampak seperti gurauan tapi adakalanya emosi rasa terganggu apatah lagi jika pekerja diganggu itu berstatus hak milik orang.
Ada ketika pekerja tidak menyukainya tetapi terpaksa menahan sabar kerana belum mendapat pekerjaan lain dan masa yang sama gaji diperoleh agak tinggi. Perkongsian peguam, Liyana dari Tetuan Liyana & Co mengenai kes bos dipecat gara-gara memanggil setiausaha sebagai “sayang” boleh dijadikan panduan bagi mereka yang kerap diganggu tanpa sedar ini.
Kerap menjadi usikan pastinya mereka yang berkecimpung dalam bidang kesetiausahaan.
Kepada para pekerja wanita di luar sana, pernahkah anda mendapat boss yang memanggil anda ‘Sayang’ berkali-kali bukan sahaja melalui percakapan, malah melalui WhatsApp dan memberikan perhatian yang melebih-lebih seperti meminta anda mengambil beliau secara personally di airport, memberikan hadiah seperti minyak wangi dan bunga pada hari Valentines, dan juga memegang anda ketika ingin bergambar beramai-ramai dengan rakan sekerja anda yang lain?.
Jika jawapannya adalah YA dan anda sedang mengalami situasi di atas, maka jangan takut dan gentar kerana undang-undang ada di sini untuk menyelamatkan anda!
Dalam kes terbaru yang diputuskan di Mahkamah Industri L M v.Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR , seorang boss telah dipecat oleh majikannya kerana didapati bersalah diatas tuduhan melakukan sexual harassment atau gangguan seksual ke atas setiausaha beliau.
Boss tersebut telah didapati bersalah di atas tuduhan memanggil Setiausahanya dengan panggilan “Sayang” secara berkali-kali bukan sahaja dalam komunikasi WhatsApp, malah apabila berada dalam mesyuarat rasmi bersama staf lain.
Boss yang telah dipecat ini telah cuba berdalih dan memberikan alasan kepada Mahkamah bahawa panggilan ‘Sayang’ tersebut telah dibenarkan oleh Setiausahanya dan menganggap bahawa Setiausahanya adalah seperti anaknya sendiri.
Bukti sepanjang prosiding Mahkamah menunjukkan sebaliknya dimana Setiausaha boss tersebut tidak suka dan berasa amat malu apabila bos beliau memanggilnya dengan panggilan tersebut berkali-kali malah pada waktu mesyuarat rasmi yang membuatkan ramai rakan sekerja yang lain mengusiknya sebagai “Sayang Boss’
Selain dari itu juga, Boss ini telah meminta setiausahanya membelikan baju untuk teambuilding dinner dengan mengatakan bahawa dia mahu setiausahanya kelihatan yang paling cantik pada majlis makan malam tersebut.
Bos ini juga kerap meminta setiausahanya bersalam tangan dan memegang tangan setiausahanya secara lama dan memberi komen bahawa tangan Setiausaha tersebut adalah kasar dan boss tersebut telah membelikan setiausaha tersebut losyen tangan kerana ingin kulit tangannya lembut dan mulus.
Bukan itu sahaja malah Boss ini tidak mahu driver mengambil beliau di airport dan telah meminta Setiausaha ini menjemputnya sendiri yang merupakan di luar skop kerja Setiausaha tersebut.
Pada asalnya Setiausaha ini telah resign kerana tertekan dengan tindakan gangguan seksual bossnya ini namun undang-undang maha adil, hasil siasatan mendapati bahawa memang Boss yang durjana dan tak betul ini memang bersalah di atas kesemua tuduhan berdasarkan saksi dan bukti-bukti yang kukuh.
Kepada para wanita diluar sana, jika anda adalah mangsa gangguan seksual bos yang gatal tak sedar diri di tempat kerja anda, silalah lodge a complain to HR anda secepat yang mungkin mengenai perkara ini berserta dengan bukti yang kukuh.
Sekian, Moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak undang-undang dan tidak takut untuk mempertahankan diri anda. Sumber : FB Liyana & Co
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.
Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti ‘pushbike’ yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.
“Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.
“Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.
“Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.
RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara ‘pushbike’ dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun hadir dalam keadaan cedera berkerusi roda, seorang pemandu Perodua Myvi perempuan yang tular setelah mengakibatkan satu kemalangan maut jalan raya tetap hadir di Kompleks Makhamah Johor Bahru, pagi tadi.
Pemandu wanita berusia 23 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu telah mengakibatkan kematian seorang anggota tentera berusia 31 tahun, Sabtu lalu dekat Plaza Pelangi.
Ketua Polis Johor berkata, kereta Perodua MYVi yang dipandu ini adalah milik tunang remaja perempuan itu.Pemandu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan pada kereta itu juga telah tamat.
Video kemalangan tersebut tular di media sosial kerana cara pemanduannya yang mengejutkan ramai pihak. Kereta yang dipandunya secara melulu itu hilang kawalan dan melanggar tembok batu pembahagi jalan. Lalu, pemandu merempuh dua buah kereta lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Impak daripada rempuhan itu, kereta yang dipandu suspek melambung sehingga terbalik di atas jalan. Manakala, anggota tentera yang memandu kenderaan Honda Accord cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Serta-merta, suspek ditahan oleh pihak polis daerah Johor Bahru Selatan dan didapati positif ujian dadah.
Menurut laporan rakan media di BERNAMA, suspek mengaku bersalah pada hari ini dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistreet Johor Bahru.
Terdahulu, suspek dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian dan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952 kerana pengambilan dadah terlarang.
*
Walaupun sepantas mana pun kita ingin memandu, jangan sesekali lupakan pengguna jalan raya lain yang berisiko disebabkan perbuatan kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.