Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Ads
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musuh akhlak remaja bukan lagi pedang tapi skrin di tangan. Begitulah peringatan tegas yang disampaikan dalam Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minggu ini, yang menyentuh terus ke jantung realiti hidup generasi muda masa kini bahawa ancaman terbesar terhadap akhlak bukan datang dari luar, tetapi dari skrin kecil yang sentiasa digenggam.
Gambar Hiasan Solat Jumaat
Dalam khutbah bertajuk “Akhlak Mulia Pelindung Remaja”, Jakim menegaskan bahawa media sosial kini menjadi ruang utama yang membentuk cara fikir, nilai dan tingkah laku remaja. Apa yang mereka lihat, tonton dan kongsi setiap hari membentuk siapa mereka akan jadi pada masa depan.
“Musuh akhlak tidak lagi datang dengan pedang, tetapi dengan skrin di tangan… Dalam satu hari, ribuan mesej, gambar dan video menembusi hati dan membentuk nilai mereka sebelum kita sempat menegur,” demikian petikan khutbah yang mengajak kita semua berfikir tentang cabaran akhlak remaja zaman digital.
Skrin: Cermin Jiwa Zaman Baharu
Remaja hari ini membesar dalam dunia digital yang serba pantas. Dalam satu klik, mereka boleh berhubung dengan seluruh dunia. Namun, dalam keseronokan itu, ramai yang tidak sedar bahawa skrin juga mampu menjadi racun halus yang menghakis nilai diri.
Jakim mengingatkan bahawa dunia berubah dengan sangat cepat, tetapi nilai moral sedang pudar perlahan. Jika dahulu musuh datang dengan senjata, hari ini ia hadir dalam bentuk hiburan, pengaruh media dan budaya tular yang tanpa sempadan.
Peranan Bersama Mendidik Generasi
Khutbah turut menekankan bahawa fasa remaja adalah waktu pembentukan identiti dan prinsip hidup. Oleh itu, pendekatan mendidik harus berasaskan kasih sayang dan hikmah, bukan kecaman semata-mata.
Memetik Surah At-Tahrim ayat 6, khutbah menyeru agar tanggungjawab membentuk akhlak remaja zaman digital bukan hanya terletak pada sekolah, tetapi juga di bahu ibu bapa dan masyarakat.
Data Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam kes salah laku pelajar — 7,681 kes direkodkan pada 2024 berbanding 3,883 kes pada 2022, dan hampir 70 peratus melibatkan kes buli di sekolah menengah.
“Ini bukan sekadar masalah disiplin yang kita bimbangkan, tetapi tanda ada hati yang sedang sakit dan iman yang sedang melemah,” jelas khutbah itu.
Akhlak Itu Perisai Jiwa
Masyarakat tidak boleh hanya menuding jari kepada remaja. Sebaliknya, semua pihak perlu menilai semula cara kita membimbing dan menjadi contoh. Akhlak tidak lahir dari nasihat semata, tetapi daripada teladan dan kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari.
Khutbah turut mengingatkan tentang sabda Rasulullah SAW bahawa Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Akhlak yang baik bukan sekadar sopan santun di luar, tetapi kekuatan dalaman untuk menolak yang salah dan berani berpegang pada kebenaran walaupun diuji.
“Marah bukan tanda benci, tetapi tanda sayang. Mendidik bukan menghukum, tetapi menyelamatkan,” pesan khutbah itu lagi mengingatkan bahawa mendidik dengan kasih sayang ialah senjata paling berkesan untuk menundukkan godaan dunia digital.
Bangkit Dengan Akhlak, Bukan Ikut Arus
Tanpa akhlak, remaja akan mudah hanyut dalam arus hiburan dan budaya hedonisme. Tetapi jika iman dijadikan panduan, akhlak akan menjadi perisai yang melindungi maruah diri walau di tengah dunia yang penuh ujian.
Khutbah Jumaat ini menutup pesanan dengan nasihat bermakna buat remaja yang menjaga hubungan dengan Allah akan terpelihara maruah dan masa depannya. Akhlak remaja zaman digital perlu dibina atas asas iman, disiplin dan tanggungjawab bersama keluarga, sekolah dan masyarakat.
Dalam dunia di mana skrin menjadi ‘dunia kedua’, pesanan Jakim ini wajar dijadikan peringatan. Remaja bukan sekadar perlu bijak menavigasi teknologi, tetapi juga perlu kuat jiwa, teguh prinsip dan berakhlak mulia. Kerana di tangan yang menggenggam skrin itu, ada dua pilihan menjadi alat untuk kebaikan, atau senjata yang perlahan-lahan merosakkan diri.
Sudah berbulan lamanya masyarakat Malaysia duduk di rumah kerana terikat dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Walaupun ada yang dibenarkan untuk keluar bekerja, namun masih ramai lagi yang melakukan WFH dan menjalani PdPR.
Ramai yang sudah mengeluh disebabkan terlalu lama duduk di rumah dan tidak produktif. Nak keluar bersenam pun jadi takut dek kerana kes positif yang semakin membimbangkan. Ada juga yang memberi alasan berat badan naik mendadak dalam tempoh PKP ini.
Nah guys, semua itu tidak lagi jadi masalah kerana korang boleh lakukan senaman di rumah dengan menggunakan alatan senam seperti yang ada di gymnasium. Jangan risau, korang boleh beli secara dalam talian dan harganya juga tidaklah terlalu mahal dan mampu milik.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @razzigatie telah pun berkongsi antara alatan senaman yang korang boleh dapatkan di Shopee untuk kekal fit di rumah.
Berikut kami senaraikan exercise tools yang boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.
Berita gembira buat rakyat Malaysia secara amnya memandangkan kebanyakan daripada gaya hidup kita sekarang dilakukan secara cashless.
Mengorak selangkah ke hadapan, Touch ‘n Go kini berkongsi perkembangan terkini di mana kad versi baharu yang mempunyai teknologi NFC terbina akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Sekaligus ia membolehkan orang ramai menambah nilai kad mereka secara terus menerusi aplikasi mudah alih Touch ‘n Go e-Wallet melalui telefon pintar.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengatasi aduan ramai yang inginkan kemudahan tambah-nilai tanpa perlu ke kiosk khas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong mengatakan Touch ‘n Go yang berada di edaran sejak 20 tahun lalu tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad daripada e-Wallet kerana memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.
Foto: Touch n Go
Malah, dalam satu ciapan balas yang dikongsikan oleh akaun Twitter @MyTouchnGo, Touch ‘n Go menyatakan akan mengemaskini info semasa mengenai kad baharu tersebut melalui laman web mereka dari semasa ke semasa.
Ciri seperti ini sedia digunakan oleh beberapa penyedia, termasuk EZ-Link di Singapura. Selain itu, Touch ’n Go juga menyasarkan pengenalan kad prabayar Visa yang dipautkan dengan dompet-digital TNG eWallet pada tahun ini.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi. Ini penulis suka sebab penulis sejenis cashless. hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.