Selepas memenangi Anugerah Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi versatil, Aina Abdul mencatatkan sejarah dalam industri muzik tanah air apabila menjadi penyanyi pertama yang berjaya memiliki kesemua trofi di acara berprestij tersebut.
Meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang diraih, pelantun lagu popular Jadi Ajar Aku itu memaklumkan dia tidak akan pernah berasa puas untuk terus berkarya, namun menganggap pencapaian tersebut sudah cukup buat dirinya buat masa ini.
“Kerana itu saya sangat bersyukur. Kadang-kadang saya tertanya, apa lagi yang dimahukan di pentas AJL dan apa lagi boleh diberikan.
“Tidak akan pernah rasa puas apa kemahuan diri mahukan. Saya kira Allah beri saya Anugerah Persembahan Terbaik ini sekali gus mungkin sudah cukup,” katanya pada sidang media malam kemuncak AJL39 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Pencapaian yang lain, Aina telah berjaya meraih semua trofi di AJL termasuk Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik, dan Persembahan Terbaik.
Imbas kembali, Aina bergelar Juara pada AJL37 menerusi lagu Terus Hidup dan Naib Juara pada AJL35 dengan lagu Semalam.
Ads
Aina juga pernah meraih Tempat Ketiga pada AJL38 dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Dalam kategori Vokal Terbaik, Aina berjaya memegang ‘hectric’ sebanyak tiga kali berturut-turut, iaitu pada AJL36 (Sepi), AJL37 (Terus Hidup), dan AJL38 (Jangan Mati Rasa Itu).
Terbaharu, pada edisi AJL39, Aina merangkul Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Abang dia (Ratu) menyanyi, membuat persembahan, menulis dan juga menghasilkan lagu.
“Selain itu, abangnya juga menghasil lagu untuk penyanyi lain,” katanya kepada Remaja.
Namun, Linda turut memberitahu bahawa Qalif yang sudah menginjak usia 24 tahun kini berehat seketika daripada penghasilan karya kerana sibuk dengan penggambaran muzik video bagi lagu-lagu yang telah dihasilkan.
“Tapi sekarang dia berehat seketika daripada penghasilan karya kerana dia sibuk dengan pengambaran muzik video lagu-lagunya.
“Ia kerana, tiada produksi luar yang bekerjasama dengannya kerana semua dia yang lakukan sendiri,” tuturnya lagi.
Linda turut menyatakan bahawa Qalif sedang dalam persediaan untuk mengeluarkan kesemua muzik videonya.
“Jadi sekarang ini, dia sedang prepare untuk mengeluarkan kesemua muzik video. Anak lelaki saya itu memang ke arah muzik,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 ternyata melumpuhkan ekonomi banyak sektor terutama sekali pelancongan. Zoo Negara yang menempatkan banyak haiwan turut menerima nasib sama apabila jumlah pengunjungnya kurang dari biasa.
Ustaz Ebit Liew adalah nama yang kita semua patut tahu sebagai orang Malaysia. Kerja-kerja amal jariah yang banyak dilakukannya ternyata membuka mata kita akan nilai mengambil tahu dan saling membantu di antara satu sama lain.
Terbaru, kasih yang dia miliki bukan hanya untuk manusia namun untuk haiwan juga. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Liew menyatakan yang dia berasa sayu apabila mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
Perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk makanan dan penyelenggaraan Zoo negara terjejas dek pendapatan yang menyusut semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Berkongsi kisah, dia berkata, “Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”
Semoga jasa baik dan keprihatinan Ustaz Ebit Liew menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kalau anda ingin menghulurkan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara, anda boleh menjadikan hidupan ini sebagai haiwan angkat menerusi program yang disediakan. Sila lawati alamat ini untuk maklumat lanjut. https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Liew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya sehari sebelum acara berlangsung, rata-rata para penghibur yang dijadualkan muncul untuk slot persembahan di konsert berkenaan telahpun tiba di Kuala Lumpur bagi sesi latihan dan acara sebenar.
Menerusi hantaran di Instagram Story, para penghibur dari Indonesia dan Malaysia meluahkan kekecewaan mereka terhadap pembatalan pada saat-saat akhir itu.
53 Universe
Kumpulan yang semakin meningkat naik, 53 Universe (bersama Zynakal) difahamkan telahpun melakukan sesi soundcheck Jumaat lepas di atas pentas.
“Semua persediaan, lelah dan masa yang terkorban. Ini adalah mengecewakan. Yang paling sedih adalah kepada peminat yang sudah membeli tiket, yang sudah menempah hotel, sudah sampai Kuala Lumpur dari jauh. Ini adalah ujian sebenar, saya kasihankan korang semua. Harap korang dapat bersabar, okay?” ujar mereka.
53 Universe.
Insomniacks
Band trio, Insomniacks yang sudah berpengalaman menyertai festival muzik sebegini juga kecewa apabila peminat terlepas peluang untuk menonton persembahan duet mereka bersama Nabila Taqiyyah.
“Kami amat teruja untuk melakukan persembahan untuk anda tetapi hanya boleh berharap agar anda semua selamat dan okay. Terima kasih atas sokongan anda terhadap kami dan artis-artis Malaysia serta Indonesia lain yang terlibat,” kata Insomniacks.
Insomniacks.
Feby Putri
Penyanyi solo Indonesia, Feby Putri berkongsi dirinya sudahpun berada di Kuala Lumpur bersama entourage beliau yang cukup ramai. Selepas dimaklumkan mengenai pembatalan konsert One Love Music Festival, Feby sempat memuat naik pasukannya ‘tersidai’ di dalam bilik hotel sambil memikirkan situasi berkenaan.
“Terima kasih kepada teman-teman Malaysia. Maaf belum bisa bertemu. Semoga kita bertemu lagi.
“Kami dan team sudah sampai di Malaysia namun ada satu hal yang tidak dipenuhi oleh penganjur kepada kami dan akhirnya, penganjur memberikan kenyataan terakhir yang sudah dipersetujui bahawa acaranya batal,” catatnya.
Terdahulu, Feby telah menjayakan konsert keduanya di Malaysia berjudul Feby Putri Vol 2 Detik Minit Jam, Julai lalu.
Feby Putri.
Nadin Amizah
Manakala, peminat penyanyi ‘galau’ Indonesia, Nadin Amizah yang sudah lama menantikan kehadirannya di Malaysia turut berduka cita dengan pembatalan ini.
Nadin, 24 bagaimanapun bersikap positif terhadap situasi berkenaan dan enggan menyalahkan mana-mana pihak sepenuhnya.
“Setiap kali ada pembatalan acara sebegini sebenarnya kasihan kepada semua pihak.
“Kasihan penganjur acara kerana pasti banyak hal besar yang tidak dijangka yang tidak mampu diselesaikan.
“Kasihan penghibur acara dan pasukan masing-masing kerana kami juga ada yang belum dibayar dan jadinya membazir masa dan tenaga. Tapi yang palih kasihan dan menjadi mangsa korban tentunya penonton yang telah membeli tiket, tempat penginapan dan pengangkutan untuk datang ke acara,” katanya.
Nadin Amizah.
Nadhif Basalamah
Berbeza dengan penghibur One Love Music Festival lain, artis Indonesia Nadhif Basalamah mengambil pendekatan untuk memuat naik kenyataan rasminya di bahagian feed Instagram.
Dengan nada sedikit kecewa, penyanyi berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa sehingga ke hari Jumaat lalu, pihaknya belum menerima info terbaru mengenai tempat tinggal ataupun tiket penerbangan yang terlebih dahulu sepatutnya disediakan oleh pihak penganjur.
“Kami telah banyak memberikan kerjasama dan terus berkomunikasi dengan pihak penganjur untuk membolehkan penampilan kami menjadi kenyataan. Namun hingga saat ini, tidak ada solusi yang memungkinkan hal tersebut terjadi,” jelasnya.
Nadhif Basalamah.
Menerusi hantaran makluman mengenai pembatalan konsert ini di TikTok REMAJA, rata-rata peminat mengharapkan agar proses pemulangan dana tiket konsert dilakukan segera oleh pihak penganjur, Tuff KL.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pembatalan acara konsert di Malaysia yang melibatkan artis antarabangsa terjadi. Julai lalu, industri hiburan dikejutkan dengan pembatalan acara Good Vibes Festival yang sepatutnya berlangsung di Genting Highlands bagi mengormati pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.