Kami pasti, semua orang mengimpikan peluang untuk melawat ke sebanyak mungkin tarikan Disneyland di seluruh dunia.
Iyalah sejak kecil kita menonton karakter kegemaran Disney menerusi rancangan kartun dan filem Disney.
Bagi korang yang bertuah pernah ke mana-mana Disneyland sebelum ini, tentunya korang masih ingat permainan taman tema di sana, perarakan Disney pada waktu malam dan makanan berbentuk karakter Disney yang dijual.
Kini, salah satu daripada makanan tersebut ada dijual di Malaysia and WE . ARE . THRILL!
Ads
Korang kini boleh mendapatkan aiskrim berbentuk ‘kepala Mickey Mouse’ yang selalu dimuat naik oleh ramai pengguna Instagram di Disneyland.
Dibawakan oleh Nestle Malaysia, aiskrim Mickey ini bukan saja cantik untuk tatapan Instagram tetapi juga sedap dinikmati. Ia datang dalam perisa vanila dengan campuran sos salted caramel dan dilapisi susu coklat pada bahagian luar.
Seriously, korang kena cuba sendiri (tapi pastikan ambil gambar aiskrim tersebut terlebih dahulu!)
Aiskrim Mickey ini boleh didapati sekarang di kebanyakan pasaraya, kedai serbaguna dan kedai stesen minyak. Bagi yang ingin membeli dalam pek besar, korang boleh dapatkannya pada harga RM32 untuk 8 batang aiskrim.
Zaman sekolah menghimpunkan pelbagai kenangan manis yang akan kita ingati sehingga ke zaman dewasa
Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari bersama kawan-kawan. Bagi mereka yang perolehi peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh pula, pastinya korang akan mencipta kenangan pahit manis di sana.
Ramai yang akan rindu bila teringat balik kenangan tersebut, kan?
Terbaru, projek filem baharu berjudul ‘Projek Anchor SPM’ bakal ditayangkan di Astro Citra Exclusive dan pasti dapat mengubat rindu kita semua pada zaman sekolah.
Melihatkan kepada barisan pelakon Projek Anchor SPM yang terdiri daripada nama-nama pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Daiyan Trisha, Shasha Abedul, Chubb-e dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, ia membuatkan kita semua tak sabar untuk menantikan tayangannya.
Cumanya, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang netizen mendakwa Projek Anchor SPM menciplak idea filem keluaran Thailand berjudul Bad Genius. Iya ke sama?
Penjelasan Nadhir Nasar
Penulis menghubungi Nadhir Nasar bagi mendapatkan pandangannya mengenai skrip dan jalan cerita yang didakwa punya persamaaan itu.
Menurut Nadhir, Projek Anchor SPM amat berlainan dengan filem Thailand popular dari tahun 2017 itu.
Katanya yang memegang watak Hilmi yang merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM, dia difahamkan oleh pengarah bahawa Projek Anchor SPM ini berkisarkan kehidupan pelajar di Malaysia sekitar tahun 2003.
“Ini cerita daripada zaman budak-budak sekolah memakai telefon Nokia 3310. Tiada internet pada telefon. Ia sarat dengan mesej mendalam, nilai kasih sayang, konflik remaja dan pelbagai pengajaran.
“Saya gembira diberi peluang menjayakan ‘Projek Anchor SPM’ kerana sedikit sebanyak ia dalam mengamit memori zaman persekolahan saya dulu. Kalau korang rindukan zaman persekolahan, korang memang wajib menonton Projek Anchor SPM, okay.”
Nadhir turut meluahkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan pengarahnya Razaisyam Rashid.
Bakal ditayangkan awal Januari 2021 kelak di Astro Slot Citra Exclusive, korang kenalah tengok sendiri jika ia sama dengan filem Bad Genius ataupun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama pelakon jelita Alya Iman kembali menjadi perhatian selepas didakwa antara selebriti yang terlibat menjalin hubungan dengan suami orang.
Namun begitu, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak melayan gosip lama yang kembali diperkatakan di media sosial. Malah, Alya mengakui dia langsung tidak membaca komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
“Kalau orang cuba melibatkan nama saya dalam hal ini, itu adalah di luar kawalan saya. Bagi saya, perkara yang sudah berlalu biarkan ianya berlalu.
“Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tidak baca pun komen-komen negatif fasal saya di media sosial.
“Bagi saya perkara ini tidak penting dan ia tidak memberi kesan kepada saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid.
Sebelum ini, tular satu perkongsian di aplikasi Threads yang mendakwa beberapa selebriti tanah air terlibat menjadi ‘perampas suami orang’, dan antara nama yang disebut termasuklah Alya sendiri.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang individu berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.
Walaupun ada netizen yang seolah-olah mahu menjatuhkan kariernya, Alya tetap positif dan percaya kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.
“Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya.
“Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita,” jelas anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu.
Terdahulu pada tahun 2020, Alya pernah terpalit kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Isteri kepada lelaki berkenaan mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagram Story dan mendakwa pelakon itu sedang hangat bercinta dengan suaminya.
Tidak berdiam diri, Alya kemudian tampil mengakui hubungan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka pernah bertunang, namun pertunangan itu telah pun putus pada Mac 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Amelia Henderson sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen supaya pelakon itu membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd membabitkan pelanggaran kontrak drama.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong, mengarahkan Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, membayar ganti rugi RM10,000 kerana melanggar kontrak berkenaan. Huishhh banyak beza tu….alhamdulillah 🙂
Bayaran itu perlu dibuat dalam masa 14 hari dan faedah lima peratus setahun masing-masing bermula hari ini.
“Pihak Amelia dan syarikat produksi perlu menanggung kos sendiri (dalam rayuan) memandangkan pelakon itu menang dalam rayuan kerana fitnah, namun kalah rayuan pelanggaran kontrak.
“Semua perintah Mahkamah Sesyen diketepikan termasuk RM3,920 (pemulangan bayaran pendahuluan drama) yang digantikan dengan RM10,000 sebagai ganti rugi nominal,” katanya.
Sekadar info, Amelia dan syarikat produksi itu masing-masing diwakili peguam, Mansheel Kaur serta Ashmadi Othman.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi terbabit selepas membenarkan tuntutan saman syarikat terbabit kerana pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.
Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida atau Datuk Zaidah Awang sebagai plaintif.
Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah.
Buat makluman, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri saat akhir daripada penggambaran drama berkenaan pada 28 Julai 2022.
Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberi komitmen penuh bagi menjayakan drama itu.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak, sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Amelia Henderson
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...