Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Amelia Henderson sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen supaya pelakon itu membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd membabitkan pelanggaran kontrak drama.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong, mengarahkan Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson, 28, membayar ganti rugi RM10,000 kerana melanggar kontrak berkenaan. Huishhh banyak beza tu….alhamdulillah 🙂
Bayaran itu perlu dibuat dalam masa 14 hari dan faedah lima peratus setahun masing-masing bermula hari ini.
“Pihak Amelia dan syarikat produksi perlu menanggung kos sendiri (dalam rayuan) memandangkan pelakon itu menang dalam rayuan kerana fitnah, namun kalah rayuan pelanggaran kontrak.
Ads
“Semua perintah Mahkamah Sesyen diketepikan termasuk RM3,920 (pemulangan bayaran pendahuluan drama) yang digantikan dengan RM10,000 sebagai ganti rugi nominal,” katanya.
Sekadar info, Amelia dan syarikat produksi itu masing-masing diwakili peguam, Mansheel Kaur serta Ashmadi Othman.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi terbabit selepas membenarkan tuntutan saman syarikat terbabit kerana pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.
Ads
Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida atau Datuk Zaidah Awang sebagai plaintif.
Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah.
Buat makluman, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri saat akhir daripada penggambaran drama berkenaan pada 28 Julai 2022.
Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberi komitmen penuh bagi menjayakan drama itu.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak, sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Amelia Henderson
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di negeri Pantai Timur dan kawasan-kawasan persisiran pantai sudah mula dilanda dengan angin kencang dan hujan lebat pada setiap hari, kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur juga tidak terkecuali.
Boleh dikatakan setiap petang sehingga waktu malam, kita semua sudah terbiasa dengan cuaca hujan lebat yang tidak menentu.
Apabila berdepan dengan situasi seperti ini, kebanyakan aktiviti yang ingin kita lakukan juga terbantut. Salah satu daripadanya adalah untuk menempah makanan dan minuman menerusi perkhidmatan penghantaran seperti Grab Food dan Food Panda.
Iyalah, kasihan pula apabila penghantar mereka (rider) terpaksa berdepan hujan lebat. Entah selamat entah tidak untuk mereka menempuhi cuaca seperti ini.
Bagaimanapun, lain pula pandangan para rider ini apabila mereka meminta pembeli untuk tidak teragak-agak menempah makanan dan minuman mereka semasa cuaca hujan.
Beberapa rider telah tampil dalam satu bebenang yang dimulakan oleh akaun Twitter @loeykinn bersama logik mereka.
“Tolong teruskan tempahan. Ia adalah satu-satunya cara untuk kami (sebagai rider) meningkatkan pendapatan kami. Kami hargai rasa kasihan anda kepada kami, tetapi kami yang memilih untuk berada dalam situasi ini.
“Jadi tak perlu risau pasal hujan. Minta bersabar saja kerana penghantaran anda mungkin akan sampai sedikit lambat,” jelas salah seorang daripada mereka.
Seorang lagi rider yang dikenali sebagai @incheasyraf_ pula menyahut kata rakan rider-nya itu. “Yang buat kami lagi rasa diharga (adalah) apabila ada pelaggan menulis nota supaya tidak perlu terburu-buru menghantar dan jaga keselamatan. Dan jika boleh, bagilah sedikit upah sebagai tanda terima kasih.”
@HafizFazrinnn yang berkhidmat untuk Food Panda juga meminta kita untuk teruskan niat untuk menempah. Sekiranya hujan berlarutan sepanjang hari sehingga ke malam, punca pendapatan rider juga terkesan apabila tiada siapa yang menempah.
@emilfirdaus turut tampil menerangkan polisi syarikat Food Panda yang agak strict dan tidak membenarkan rider mereka ‘switch off’ butang mereka semasa keadaan cuaca tidak menentu. Sekiranya tiada tempahan yang diterima, ‘performance’ rider tersebut akan terjejas dan itu sama sekali tidak membantu peluang mereka mencari pendapatan lebih
*
Apa yang penting, kita sebagai pelanggan haruslah akur dengan keadaan cuaca dan bersabar sekiranya makanan dan minuman yang ditempah lambat tiba.
Malah, kita sebagai rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa tempahan kita ini yang banyak membantu industri penghantaran makanan dan minuman ini.
Whooooooooo live in a pineapple under the sea? SpongeBob SquarePants!
Remaja boleh jamin, korang yang baca artikel ini memang tak logik kalau tak kenal dengan karakter kartun sponge berwarna kuning yang bersuara agak nyaring ini.
Karakter animasi ulung yang dicipta oleh Stephen Hillenburg ini diperkenalkan pada 1 Mei 1999. Bayangkan karakter animasi ini sudah ditayangkan selama 18 tahun! Dalam setiap episod animasinya, kita dapat menyaksikan bagaimana karakter SpongeBob ini cukup unik lalu menjadikannya sebagai antara karakter animasi paling popular di dunia.
Pengikut setia animasi SpongeBob pasti sudah masak dengan karakternya yang cukup rajin, lurus bendul dan berdedikasi. Kali ini, Remaja nak kongsi 10 pengajaran yang korang boleh belajar daripada SpongeBob. Agak-agaknya ada tak sikap terpuji SpongeBob ini dalam diri korang? Okay jom kita tengok.
Are you ready kids?
*sila jawab
Aye, aye captain!
1. Percaya kepada imaginasi dan keajaiban
Boleh dikatakan SpongeBob adalah antara makhluk dalam laut yang mempunyai imaginasi paling tinggi. Kena pulak karenahnya selalu dilayan oleh Patrick. Memang menjadi!
2. Seorang pekerja yang rajin
Dia merupakan staf Krusty Krab yang paling rajin sekali. Lihatlah bagaimana dia melayani setiap pelanggan. Selalu murah dengan senyuman dan menceriakan orang… walaupun kadangkala dia boleh jadi sangat annoying. LOL
3. Tidak buruk sangka
Walaupun Squidward sangat membencinya tetapi SpongeBob sedikit pun tidak pernah membalas rasa yang sama. Malah, dia sentiasa berusaha untuk berkawan dengan Squidward.
4. Seorang sahabat yang sangat setia
Persahabatan antara SpongeBob dan Patrick bolehlah kita ibaratkan bagaikan isi dengan kuku. Memang tak dapat dipisah. Walaupun Patrick itu seorang yang agak ‘slow‘ namun SpongeBob tak pernah melayannya dengan cara berbeza.
5. Sangat berdikari
Dia tinggal berseorangan di dalam sebuah rumah berbentuk nanas yang sederhana bersama binatang peliharaannya bernama Garry. Walhal orang tuanya merupakan orang yang sangat senang.
Dalam sebuah episod, Squidward meminta Spongebob untuk bermain muzik di sebuah konsert. Pada mulanya dia memang tak boleh bermain gitar, namun selepas itu dia menyanyi melakukan persembahan yang luar biasa!
7. Belajar hidup secara sederhana
Motto hidup SpongeBob memang mudah. Happy go lucky! Jika dia happy dalam hidup itu sudah memadai. Malah, SpongeBob cukup mudah terhibur. Cukup bermain menangkap ubur-ubur di padang pun sudah okay.
8. Bukan seorang yang memilih
Tengoklah gayanya, ringkas dengan seluar pendek berwarna coklat, kemeja putih dan bertali leher merah. Namun dia tak pernah gagal tampil dengan penuh keyakinan. Confident dari dalam itu yang penting!
9. Menyayangi binatang peliharaan
Tengok sahaja bagaimana hubungan SpongeBob dan siput peliharaanya, Garry. Dia tak pernah lewat beri makan, memandikannya bahkan selalu berborak dengan Garry… yang selalu membalas dengan ‘meow‘.
10. Seorang yang sangat amanah
Plankton sering menghantui SpongeBob dengan pelbagai ugutan dan helah semata-mata ingin mengetahui rahsia resepi Krabby Patty. Tetapi sebagai staf yang jujur, SpongeBob tak pernah membongkarkan rahsia syarikat. Memang jujur betul SpongeBob ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew tentang masalah anak remaja sememangnya wajar dibuat iktibar. Senakal mana pun seorang anak andai dididik dengan kasih sayang, sudah pasti mereka akan berubah menjadi seorang anak yang baik.
Luahan hati anak-anak remaja ini adalah “rencam dunia” yang sedang melanda dan amat wajar bagi ibu bapa menyelidiki anak-anak agar bersama-sama dapat menuju ke syurga Allah.
Baca perkongsian yang ditulis di laman fbnya..
Sebak tiba-tiba masa lepak-lepak berbual dengan beberapa anak muda remaja ini. Seorang anak 17 tahun mencelah.
Ustaz, saya sebaklah bila ustaz cakap macam ini…air mata dia bergenang. Rambutnya ada warna merah sikit. Saya selalu lawan mak ayah. Saya marah mak ayah sampai baling barang,pecahkan pintu. Pecahkan barang. Saya sedihlah ustaz. Saya dah tak nak jadi macam tu. Ya Allah saya salah…doakan saya ustaz…
Saya terus mengalir air mata. Saya peluk dia kuat-kuat. Rasa sayang padanya. Dia peluk saya menangis..janji dengan saya. Jaga mak ayah dengan baik. Yer ustaz..saya akan jaga mak ayah saya dengan baik..
Jiwa remaja sememangnya penuh dengan pemberontakan dan ada sifat ingin mencuba segalanya – pix hiasan
Kawan sebelah pula mencelah. Saya selalu tipu mak ayah saya. Dia orang dah bawa saya pergi umrah. Dekat sana rasa suka solat. Sekarang saya tipu mak ayah. Saya berdiri buat-buat solat. Tapi selalunya saya tak solat. Saya dah 16 tahun ustaz. Apa nak jadi dengan saya…tolong saya ustaz. Saya nak jaga solat..
Saya bangun peluk anak muda tadi. Apa amanah ustaz pada awak…jaga solat wahai anak. Allah akan jaga awak..dia menagis..dia kata baik ustaz saya akan jaga solat kerana ALLAH..
Seorang lagi anak muda walau dari mula dia melunjur kaki pada saya. Buat-buat tunduk macam tidur. Dia menangis peluk saya. Saya selalu balik tengah malam. Saya selalu susahkan mak saya. Ya Allah. Saya tahan air mata saya. Saya dah tak boleh tahan dah..saya tak solat ustaz. Jarang solat. Semalam tinggal semua solat. Selalu macam tu..
Saya sebak..dan peluk dia. Lagi kuat anak muda ini menangis..rambutnya warna perang juga..terima kaseh ustaz..
Remaja sering mencari hiburan dan akhirnya terjerumus ke budaya tidak sihat – pix hiasan
Saya gembira sangat. Seorang lagi menangis. Mak saya ustazah. Orang baik. Ayah ustaz. Orang baik. Orang panggil saya syaitan. Saya jahat ustaz. Semua ilmu saya tahu. Semua kem saya pergi.
Hari ini saya betul-betul nak berubah. Saya rasa sesuatu ustaz. Dia menangis. Saya tak guna langsung ustaz. Hidup saya tak berguna. Beberapa anak muda ini cakap mereka tak guna langsung. Saya peluk mereka kuat-kuat.
Saya kata awak berguna. Awak khalifah Allah. Allah pilih awak Islam. Allah tak salah. Awak semua hasil doa Nabi saw. Awak hebat. Saya jelaous dengan awk semua..
Mereka berpelukan dengan saya. Mereka menangis. Walau cuma berbual santai di bawah khemah. Takde mic. Takde dewan. Selepas malam mereka dan saya jadi seperti keluarga.
Dari siang mereka dengar ceramah duduk belakang jer. Sambil-sambil tak dengar. Tapi bila rapati mereka. Subhanallah luar biasa hati yang sangat cantik indah-
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!