Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Aisha Retno, kembali mencuri perhatian sekaligus membanggakan negara apabila berkongsi momen nyanyian spontan bersama Ariana Grande serta Cynthia Erivo semasa tayangan perdana filem ‘Wicked: For Good’ yang berlangsung di Singapura.
Aisha atau pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam (25), yang membawa suara watak Glinda untuk versi dub Malaysia filem tersebut, difahamkan telah dijemput sebagai wakil rasmi Malaysia ke acara berprestij itu. Kehadirannya juga selari dengan jelajah promosi global barisan pelakon Wicked: For Good, termasuk Ariana Grande, Cynthia Erivo dan juga tokoh tersohor Michelle Yeoh.
Melalui perkongsian di Instagram milik beliau, Aisha meluahkan keterujaannya selepas berpeluang bertemu dua bintang Hollywood itu secara dekat.
“Menangis. Mewakili Malaysia untuk tayangan perdana filem Wicked, Saya sayang awak Ari, saya sayang awak Cynthia. Saya memang telah berubah menjadi lebih baik kerana dua insan hebat ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, ketika sesi ‘Meet and Greet’, Aisha sempat memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi yang mengalih suara Glinda untuk versi Malaysia. Reaksi spontan Ariana dan Cynthia cukup mengujakan apabila mereka membalas, “Hebatnya!” sebelum ketiga-tiganya mula menyanyi secara harmoni lagu For Good tanpa dirancang.
Selain berkongsi momen indah itu, Aisha turut menghadiahkan batik Malaysia berwarna merah jambu dan hijau kepada kedua-dua pelakon tersebut sebagai tanda penghargaan. Lebih menarik lagi, interaksi itu disambut penuh mesra oleh Ariana dan Cynthia, yang sememangnya dikenali dengan keperibadian lembut dan positif.
Pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Sutera’ dan ‘Samudera’ itu turut menyampaikan ucapan mewakili peminat tempatan ketika beredar dari sesi berkenaan.
Ads
“Peminat Malaysia memang sayang sangat pada kamu,” katanya kepada dua teraju utama filem itu, yang kemudian membalas dengan senyuman dan kata-kata penuh penghargaan.
Sementara itu, di akhir perkongsiannya, Aisha menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas peluang keemasan tersebut, lebih lagi apabila beliau amat meminati kedua figura seni berkenaan.
Sumber: Instagram Aisha Retno
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menyimpan keinginan untuk bekerja di syarikat terkemuka dunia, Google kerana persekitaran tempat kerjanya yang menarik dan cosy.
Kalau korang tengok pejabat Google di luar negara, perghh bestnya. Tak rasa stres nak kerja kalau dapat environment macam tu.
Di Google Malaysia pun tak kurang hebatnya. Tapi, ramai yang hanya simpan impian untuk berkhidmat bersama mereka kerana merasakan bahawa nak diterima oleh syarikat tersebut bukanlah sesuatu yang mudah.
Google Malaysia
Nah, jangan risau guys. Menurut salah seorang bekas pekerja Google, sebenarnya tak susah pun kalau korang nak dapatkan kerja disana.
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh AtiqahLizara ini.
Langkah-langkah sebelum apply
Perkara paling best kalau kerja di Google
Sebab berhenti kerja
Apa lagi, kalau tak cuba tak tahu kan. Cepat la apply gaiss..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa perkara pertama yang kamu akan bayangkan bila dengar sahaja nama pelakon serba versatil Aaron Aziz? Mesti kamu akan terus ingat dengan karakternya sebagai Malek dalam filem aksi KL Gangster atau Hariz, jejaka romantik dari filem Ombak Rindu.
Nampak tak Aaron Aziz dekat billboard tu. Hiks!
Tapi pernahkah kamu tengok Aaron Aziz muncul sebagai toyol yang lengkap berpakaian polis? Kali pertama Remaja menyaksikan video ini seakan tidak percaya dan tak kenal bahawa ini adalah Aaron Aziz. Dengan mekap muka hijau berserta telinga panjang, Aaron Aziz nampaknya keluar daripada zon ‘kacak’ untuk menjiwai watak toyol ini? Kenapa menerusi video ini Aaron Aziz muncul bersama pelakon antarabangsa Will Smith dan Joel Edgerton? Adakah dia membintangi sebuah filem Hollywood?
Rupa-rupanya dia menyamar jadi toyol je!
Sebenarnya klip di bawah ialah video parodi berjudul ‘Toyol in Training’ yang dihasilkan oleh Netflix Asia untuk mempromosikan filem terbaru mereka, Bright. Filem Bright membawa penonton ke sebuah dunia di mana ia dihuni oleh pelbagai jenis makhluk seperti manusia, orcs, elves, centaurs dan dwarves. Filem hebat yang ini dibintangi oleh Will Smith (Daryl Ward), Joel Edgerton (Nick Jakoby), Noomi Rapace (Leilah), Lucy Fry (Tikka) dan ramai lagi.
Diarahkan oleh David Ayer (Suicide Squad, End of Watch), Bright membawa kisa dua anggota olis; Daryl seorang manusa dan rakannya Jakoby seorang orc. Setiap harui mereka bertugas bersama untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Muncul dengan pelbagai latar belakang daripada pelbagai budaya spesis, komuniti ini sentiasa berdepan pelbagai cabaran demi untuk terus hidup sejahtera di antara satu sama lain.
Antara projek paling berani daripada NETFLIX pada tahun ini, Bright akan dapat kamu tonton bermula pada hari ini, 22 Disember 2017.
Daryl dan Jakoby kemudian menemui artifak purba yang mempunyai kuasa cukup luar biasa dalam bentuk magic wand. Dan sejak penemuan itulah kehidupan mereka serta orang di sekeliling mereka berubah sama sekali. Jangan lupa untuk menyaksikan Bright hanya di NETFLIX bermula pada hari ini!
Sebuah lagi filem animasi, Missing Link bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 11 April ini.
Filem yang diterbitkan oleh Annapurna Pictures ini nyata tidak menghampakan kami kerana jalan ceritanya penuh pengisian, disamping menyelitkan aksi-aksi lucu si big foot.
Missing Link menceritakan tentang seorang peneroka haiwan yang menggembara semata-mata ingin membuktikan bahawa wujudnya haiwan rare yang mempunyai ketinggian setinggi 8 kaki dan berat 630 pound, tidak dipercayai kewujudannya oleh orang lain.
Oleh kerana itu, Sir Lionel Frost (Hugh Jackman) sanggup menunaikan hajat Mr. Link (nama haiwan yang diberikan olehnya) untuk berjumpa dengan kerabatnya yang dikatakan wujud di Himalaya dan sebagai timbal balik, haiwan rare tersebut akan menunaikan impian Sir Lionel untuk memberi sampel DNAnya sebagai bukti kewujudan.
Pengembaraan mereka ke Himalaya penuh dengan debaran kerana turut diikuti oleh si musuh yang tidak senang dengan penemuan haiwan rare tersebut oleh Sir Lionel Frost.
Karakter animasi terbaik
Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, Zoe Saldana, Zach Galifianakis, Timothy Olyphant, Emma Thompson, Stephen Fry, Matt Lucas, Amrita Acharia dan David Walliams.
Bayangkan, haiwan berbulu yang berketinggi 8 kaki tapi penuh dengan karakter humor dan langsung tidak menakutkan. Mr. Link seekor haiwan besar berbulu yang lucu, adorable serta pandai bercakap. Bukan itu saja, katanya dia juga pandai menulis.
Hebat bukan?
Kesemua karakter yang ada dalam Missing Link mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain watak utama Sir Lionel dan Mr. Link, Adelina Fortnight (Zoe Saldana) juga berjaya menjadi antara tarikan dalam menguatkan lagi jalan cerita. Wataknya sebagai seorang wanita yang tegas namun berjiwa penyayang dan turut membantu dalam pengembaraan Sir Lionel dan Mr. Link ke Himalaya.
Genre santai & menghiburkan
Tak perlu jalan cerita yang berat, Missing Link mampu untuk menghiburkan korang di pawagam. Karakter lucu animasi ini memberikan impak besar secara keseluruhannya.
Aksi komedi yang diselitkan membuatkan penonton tidak bosan dan mampu bertahan sehingga ke pengakhiran cerita. So, tak ada la korang rasa macam nak keluar panggung. Hiks!
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat babak-babak yang tidak logik di dalam file mini. Nah, dah nama cerita kartun kan, biasalah tu. Hehe!
Apa-apa pun, kami bagi empat bintang untuk Missing Link. Jangan lupa untuk serbu pawagam menyaksikan filem animasi menghiburkan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Titah Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu menegaskan bahawa penerimaan bahasa kebangsaan dan sejarah negara adalah asas perpaduan serta kedaulatan Malaysia.