Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno bersyukur apabila impiannya untuk melakukan persembahan gimnastik di atas pentas tercapai.
Berkata kepada Remaja, penyanyi lagu popular Sutera itu turut mendedahkan dirinya akan menceburi bidang sukan tersebut seandainya namanya tiada tempat di industri muzik tanah air.
“Sebenarnya ketika saya kanak-kanak, saya mengambil kelas ballet kerana saya sangat sukakan tarian itu. Jadi, untuk persembahan pada malam ini saya cari yang sangat dekat dengan ballet iaitu gimnastik.
Ads
“Saya juga sebenarnya ada tanam impian jika tidak dapat menjadi seorang penyanyi mahupun seorang penghibur, saya ingin ceburi dalam bidang gimnastik,” katanya ketika ditemu bual.
Pada masa sama, Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38) itu menzahirkan rasa gembira apabila cita-citanya untuk melakukan persembahan yang disuntik sedikit sukan gimnastik termakbul.
“Tapi sekarang dah ‘terlajak’ tua kerana dah dah masuk usia lebih 20-an. Ia kerana, untuk mula ceburi dunia gimnastik ketika usia sebegini dah terlambat.
Ads
“Maka saya kabulkan keinginan saya untuk lakukan persembahan gimnastik dalam program ini. Terkabul dah impian saya Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Aisha memperoleh markah keseluruhan 88.34% untuk minggu kedua program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Anna Jobling, enggan mengambil pusing dan tenang walaupun terdapat kritikan mengenai pemilihannya sebagai juri dalam sebuah program lawak terbitan stesen televisyen terkenal tanah air.
Menerusi temu bual bersama Remaja, Anna memaklumkan bahawa dia menganggap peluang ini sebagai rezeki dan akan berusaha keras untuk mempelajari peranan baharunya itu.
“Apabila diberikan peluang ini, saya melihatnya sebagai rezeki. Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai juri, dan walaupun mungkin ia agak mencabar, saya bertekad untuk belajar dan menerima kritikan yang membina,” katanya.
Selain itu, pelakon drama popular Melur Untuk Firdaus itu turut berkongsi pandangannya ketika ditemui di sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Anna melihat bahawa pemilihan sebagai juri adalah satu langkah penting dalam pengembangan kerjayanya.
“Sebagai pelakon, saya dikenali ramai, tetapi kini saya memasuki fasa baru sebagai juri. Saya faham ada pihak yang mungkin tidak bersetuju, tetapi bagi saya, ini adalah peluang untuk berseronok dan berkembang dalam industri ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, seorang artis wanita berpangkat senior mempertikaikan pemilihan Anna sebagai salah seorang juri bersama Saiful Apek dan Harith Iskander bagi program lawak tersebut.
Menurut artis wanita itu, ramai lagi artis senior berpengalaman yang lebih layak untuk menjadi juri bagi program berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika masyarakat di kebanyakan negara menyambut Hari Kekasih pada tanggal 14 Februari 2024, lain pula ceritanya dengan negara seberang, Indonesia.
Pemilihan Umum atau Pemilu 2024 dilangsungkan pada hari ini bagi memilih wakil rakyat serta Presiden baharu republik tersebut.
Tidak ketinggalakn untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat indonesia pada Pemilu kali ini adalah aktres jelita lagi popular di sana demi menentukan hala tuju negara tercinta mereka.
Menariknya, ada sebilangan daripada mereka juga berkesempatan untuk mengundi dari luar negara termasuklah jelitawan, Cinta Laura Kiehl yang kini berada di New York, Amerika Syarikat. “Mengundi di New York, ayuh Indonesia!” tulisnya dalam hantaran di Instagram awal minggu ini.
Bagi yang mengundi secara serentak di tanah air pada hari ini, mereka memilih untuk mengundi sama ada secara bersendirian, bersama keluarga mahupun dengan pasangan.
Demi mengelakkan diri daripada menjadi tumpuan di lokasi membuang undi, ada dalam kalangan aktres ini yang memilih untuk hadir dengan solekan nipis mahupun secara bareface.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun pelbagai bantahan telah dilakukan oleh peminat filem francais Marvel sebelum ini susulan pembatalan tayangan filem Thor: Love And Thunder bulan lalu, akhirnya Malaysia dapat juga menyaksikan filem tersebut bermula 8 September ini.
Begitupun, ia sekadar dapat ditonton menerusi platform atas talian Disney+ Hotstar dan bukannya di layar pawagam.
Sebelum ini, filem arahan Taika Waititi ini telah menimbulkan kontroversi kerana dikatakan mengandungi elemen-elemen LGBTQ dalam jalan ceritanya dan akhirnya tidak diluluskan untuk tayangan awam.
Namun kini bersempena sambutan Disney+ Hotstar Day pada 8 September ini, korang bolehlah menontonnya di platform tersebut.
Selain filem Thor: Love And Thunder, beberapa lagi naskah baharu yang akan menemui pelanggan Disney+ Hotstar termasuklah Obi-Wan Kenobi: A Jedi’s Return, Welcome To The Club (filem pendek baharu yang dipetik daripada jalan cerita The Simpsons), The Zone: Survival Mission (siri variety show terbaru melibatkan hos Yoo Jae-seok, Lee Kwang-soo dan Kwon Yuri) dan Tierra Incognita.
Kandungan baharu lain yang turut diumumkan ialah Pinocchio, episod terbaru She-Hulk: Attorney At Law, Cars On The Road, Growing Up dan Epic Adventures With Bertie Gregory.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.