Tidak perlu diperkenalkan lagi anak seni seorang ini. Satu-satunya ratu rock Malaya, Ella yang sudah pun memahat nama di industri muzik tempatan lebih 3 dekad.
Baru-baru ini pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin mengejutkan industri hiburan terutama para peminatnya apabila media sosial Instagram terlihat ‘blackout’ pada 1 Mac lalu.
Menjadi persoalan dan teka-teki yang bermain di fikiran ramai apabila penyanyi lagu popular Retak itu hanya meninggalkan sebuah sahaja hantaran yang mencoretkan ‘Terima kasih untuk 35 tahun’.
Ia sekaligus membuatkan para pencinta ratu rock, rakan media dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri hiburan menjadi resah dan gundah dengan kata-kata tersebut.
Sedar menerima ribuan komen dan pertanya mengenai perkara berkenaan, ada yang bagaikan tidak rela dan merayu agar penyanyi itu jangan bersara lagi dari dunia muzik tanah air. Ella tampil menjawab mengapa memadam kesemua gambar dan video pada entri Instagram miliknya.
Ads
Sumber: Kosmo!
“Sebenarnya ramai juga yang tanya, beribu-ribu komen ada yang tanya ‘why‘ ‘not now‘ please satu lagi konsert’ ‘no, don’t leave us kerana kita membesar dengan lagu-lagu Ella’ ‘please not now‘.
“Bila terima banyak pertanya dan reaksi dari mereka, Ella rasa macam tercabar, sedih, gembira pada masa sama rasa serba salah semua ada.
“Ella sudah tidak tahan lagi nak menanggung rasa atau membuat mereka menunggu kenapa Ella padam semua gambar. Ella rasa dengan cara itu dapat sampaikan tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua,” tuturnya ketika ditemu bual.
Ads
Bukan untuk meninggalkan industri muzik, hakikatnya penyanyi lagu Sembilu itu mendedahkan dia akan melakukan sebuah konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung 10 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Usai 35 tahun juga menghiburkan ramai orang, Ella mengatakan dengan mengada konsert tersebut juga diharapkan dapat mengubat rasa rindu peminat, menjawab serta membuat mereka tenang-tenang sahaja.
“Tak, tiada terdetik lagi. Tetapi bila dapat pertanyaa seperti itu, saya rasa sedih kerana mereka seperti tidak beri Ella tinggalkan dahulu dunia seni ini. Not now, InsyaAllah.
“Dengan macam-macam yang Ella baca sebelum ini, okay saya perlu buat Jilid Akhir Ella Puteri Kota ini. Jadi dengan itu dapatlah mengubat rindu, menjawab dan membuatkan mereka tenang.
“Pada malam konsert itu nanti, up to them bagaimana mereka menerimanya dan Ella hanya berharap dapat membawa dan memberi persembahan yang terbaik. Insya-Allah,” ujarnya panjang.
Sekadar informasi, penyanyi lagu Standing In The Eyes Of The World itu telah mencipta rekod baharu apabila tiket konsertnya ‘sold out’ dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah menyaksikan klip-klip yang dimuat naik oleh para Blinks di media sosial sewaktu mereka menghadiri konsert Born Pink World Tour yang kini menjelajah di Amerika Syarikat, tentunya peminat Blackpink di Malaysia bertambah teruja bagi menantikan kehadiran mereka ke Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun hadapan.
Rose.Jennie.
Terbaru, Blackpink telah mengemas kini tarikh-tarikh jelajah benua Asia mereka menerusi hantaran di media sosial, sebentar tadi.
Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kekal dilangsungkan untuk sehari sahaja, iaitu pada 4 Mac 2023.
Destinasi Asia lain seperti Riyadh, Abu Dhabi, Kaohsiung dan Singapura juga menerima nasib yang sama seperti Kuala Lumpur di mana Blackpink hanya akan melakukan persembahan selama semalam sahaja. Manakala kota Bangkok pula kekal dengan persembahan selama dua malam.
Lain pula ceritanya dengan destinasi seperti Hong Kong, Jakarta dan Manila di mana pihak organisasi bersetuju untuk menambah ekstra satu malam persembahan bagi setiap bandaraya tersebut!
Ini bermakna, Blackpink akan mengadakan konsert selama dua malam di Jakarta dan Manila; manakala Hong Kong menerima layanan istimewa apabila mereka akan berada di sama selama TIGA malam.
Kalau tak cukup juga tiga malam itu, tak tahulah nak cakap apa!
Jisoo.Lisa.
Jika korang masih ingat, Blackpink pernah bertandang ke Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam pada tahun 2019 dan pada saat-saat akhir, mengumumkan bahawa mereka akan melakukan persembahan selama dua malam.
Tidak sampai dua hari kaunter dibuka, kesemua tiket hari pertama konserta habis disambar peminat sehinggakan penganjur berjaya menyakinkan Blackpink untuk terus berada di Shah Alam bagi konsert hari kedua.
Adakah ini bakal terjadi sekiranya sambutan jualan tiket untuk Kuala Lumpur mendapat sambutan? Sama-sama kita nantikan.
Apapun, korang boleh mendapatkan tiket Born Pink World Tour Asia ini dengan lebih pantas menerusi pra-jualannya.
Caranya adalah dengan menyertai BLINK MEMBERSHIP di Weverse Shop dan daftarkan diri bagi pra-jualan tiket konsert. Bagi konsert di Kuala Lumpur, pendaftaran akan dibuka dari 31 Oktober hingga 2 November 2022 pada minggu hadapan.
Sekiranya korang terlepas peluang tersebut, korang boleh menjadikan Singapura sebagai destinasi konsert alternatif di mana pendaftaran dibuka dari 7 hingga 9 November 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sebentar tadi telah mengumumkan di laman Instagram yang dia kini sedang hamil anak sulung. Menurut wanita anggun ini, kandungannya sudah menghampiri trimester ketiga.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada tahun 2020.
Memanjat rasa penuh kesyukuran wanita berusia 29 tahun ini menukilkan kisah.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi,” ujarnya.
Dia turut menyatakan yang sepanjang proses tersebut ada pengalaman peribadi jatuh dan bangun yang dirasai.
“Seperti semua orang yang mempunyai hasrat dan rancangan untuk membina keluarga, kami juga mempunyai pengalaman peribadi kami sendiri tentang suka dan duka sepanjang perjalanan kami setakat ini.
“Untuk pengetahuan semua kami turut doakan yang baik-baik sahaja untuk semua orang juga. Tetapi yang pastinya hanya dengan pengetahuan Allah dan kebijaksanaan muktamad, terletak apa yang baik dan terbaik untuk setiap dari kita, pada masa dan pada tempatnya. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang,” kongsi pemegang Anugerah Bintang paling Popular tahun 2019 ini.
Sehingga kini hantaran tentang berita kehamilan pasangan ini telah mendapat lebih 80 ribu tanda suka dan dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti yang lain dan juga peminat.
Dalam tinjauan REMAJA di Instagram Wan Emir Astar, dia juga berkongsi mesej yang sama seperti apa yang dinyatakan di Instagram isterinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Migrain merupakan salah satu sebab sakit kepala yang berulang dan sesiapa yang terkena sudah tentu tahu macam mana azabnya bila diserang sehingga berhari-hari.
Menurut portal myhealth.gov.my, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus yang disebabkan oleh makanan, persekitaran, psikologi, ubat-ubatan dan lain-lain.
Oleh sebab itu, penting untuk mengetahui bahan-bahan makanan yang boleh memburukkan migrain.
1. Cokelat
Cokelat mengandungi magnesium tinggi yang dapat membantu meredakan kekejangan dan sakit ketika datang bulan. Tetapi, ia juga mampu menjadi penyebab migrain.
2. Sosej
Makanan segera ini mengandungi nitrit iaitu pengawet yang berfungsi mencegah pertumbuhan bakteria. Tetapi, kajian membuktikan ia juga dapat mencetus migrain.
3. Gula yang diproses
Gula yang telah diproses dapat menyebabkan kadar manisan dalam darah meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan pelepasan insulin berlebihan.
Kenaikan itu kata Dr. Chythia dapat memicu proses pro-inflamasi pada tubuh yang dengan sendirinya mencetuskan migrain.
4. Keju
Keju mengandungi vitamin A, kalsium dan protein yang baik untuk tubuh manusia namun jika makan keju yang sudah lama, ia boleh menyebabkan migrain.
Ini kerana keju lama mengandungi tyramine yang boleh memicu sakit migrain. Semakin lama keju disimpan, kandungan tyramine seperti guoda, feta dan gruyere semakin tinggi.
5. Kafein
Kopi, teh, soda dan minuman bertenaga memang efektif mengurangkan sakit kepala seperti migrain namun pengambilannya dalam jumlah yang terlalu banyak dapat memicu serangan migrain dalam bentuk sakit pada bahagian pinggul.
Selain itu, berhenti mengambil minuman berkafein secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan migrain.
Namun begitu, korang juga boleh berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat perubatan kerana kesan dan faktor-faktor migrain mungkin tak sama bagi semua pesakit.
Sekiranya sakit masih berlarutan, cepat-cepat jumpa doktor okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.