
Masih ramai yang mengeluh kerana tiket penerbangan AirAsia mereka masih belum menerima refund daripada syarikat penerbangan tersebut. Ada juga yang memberitahu sukar untuk menghubungi bahagian khidmat pelanggan kerana AirAsia sudah pun menutup semua panggilan fizikal mereka menjelang tahun 2020.
Namun begitu, bagi berhubung dengan pelanggan, syarikat penerbangan tambang murah ini telah pun menggantikan dengan AirAsia Virtual Allstar (AVA) yang boleh diakses melalui laman web. Ada juga yang mengadu untuk berkomunikasi bersama AVA mengambil masa yang lama.

Berita baik untuk korang, kini korang mempunyai saluran baru untuk menghubungi AVA, iaitu menerusi WhatsApp.
Untuk bertanyakan segala persoalan yang berkaitan dengan AirAsia, korang boleh menyimpan nombor ini, 011-35165078 dan berhubung terus dengan AVA melalui WhatsApp.
AVA juga turut ditawarkan dalam beberapa bahasa, antaranya adalah seperti berikut:
• Melayu
• Inggeris
• Thai
• Indonesia
• Vietnam
• Korea
• Tagalog
• Hindi
• Jepun
• China (simplified & traditional)

So guys, lepas ni lebih mudahlah sekiranya korang nak menghubungi pihak AirAsia jika mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan refund tiket.
Semoga perkongsi ini dapat membantu korang.
Sumber: MSN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umur Bukan ‘Tiket’ Kebal Covid-19, Remaja Lelaki Tanpa Sejarah Penyakit Korban Terbaru

Jika sebelum ini banyak kematian akibat Covid-19 terdiri daripada warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak sekarang ye guys!
Semalam kes kematian harian di negara mencatatkan angka tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 63 kes. Peningkatan hari demi hari ini sangat merisau kan semua pihak.

Paling mendukacitakan, satu-satunya remaja lelaki berusia 20 tahun tanpa sebarang sejarah penyakit turut maut. Mangsa dengan nombor kematian 2417, berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,432 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.
Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Hal ini juga jelas menunjukkan umur bukanlah satu ‘tiket’ untuk korang kebal dari pandemik Covid-19 ini. Jadi teruskan duduk rumah jika tiada perkara penting nak keluar dan sentiasa ikut SOP.
Ingat kes baru dah mencatatkan lebih dari 7 ribu angka ye…ini bukan main-main lagi!
Sumber: kpkesihatan.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Jadi Pemerhati! Remaja & Orang Muda Mampu Bantu Selamatkan Mangsa Dera

Sungguh menyayat hati bila membaca laporan tentang kematian seorang insan kecil yang baru berusia 9 tahun akibat di dera dengan cukup kejam oleh bapa dan ibu tirinya.
Itulah berita yang menggemparkan tanah air yang berlaku beberapa hari yang lalu. Memetik laporan dari Sinar Harian, mangsa Nur Aina Nabihah ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya di rumah mereka di Taman Vista Jaya Lukut. Bantuan pernfasan awal diberikan namun Nur Aina tidak memberikan apa-apa respons, lantas ayahnya membawa ke Hospital Tunku Jaafar Seremban.
Selepas beberapa ketika dirawat, Nur Aina meninggal dunia. Hasil pemeriksaan doktor mendapati Nur Aina mengalami beberapa kesan lebam. Lapioran autopsi pula mendapati organ dalamannya juga cedera teruk. Buah pinggangnya rosak, tulang rusuk kanak dan kiri patah manakala ususnya turut terkoyak akibat dipukul dengan objek tumpul.
Allahuakbar…
Pihak berkuasa segera menangkap ayahnya dan hasil selepas itu ibu tirinya. Mangsa dikatakan pernah dipukul dengan sebuah bangku plastik dan juga tali pinggang yang biasa dipakai oleh tentera. Dia juga ditendang dan dipijak hingga terkencing. Tak dapat dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami olehnya. Menapa manusia boleh bertindak kejam sebegitu rupa terhadap darah daging mereka sendiri?
Artikel Berkaitan: Seorang Pemuda Lumpuh Separuh Badan Akibat Permainan Video 20 Jam Tanpa Henti
Ada beberapa laporan turut menyatakan jiran mereka (yang enggan dikenali) mendakwa kanak-kanak malang itu kerap mengadu kepada rakan-rakannya tentang penderaan yang dialaminya.

Di sinilah betapa pentingnya peranan masyarakat, terutamanya golongan remaja dan muda untuk lebih proaktif bagi membendung perkara ini agar berulang. Kebanyakan kes dera berlaku secara berulang kerana pelakunya semakin lama semakin tidak ada belas kasihan.
Lama-kelamaan mereka merasakan perbuatan itu tidak mendatangkan rasa bersalah pada mereka dan bila ini berlaku ia cukup menakutkan. Mangsa yang tidak dapat mempertahankan diri; apatah lagi didera oleh orang yang sepatutnya menjadi pelindung mereka tidak berdaya berbuat apa-apa.
Jadi apa yang kamu sebagai seorang remaja boleh lakukan jika mendapati ada rakan-rakan atau jiran yang menjadi mangsa dera?
Menurut Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat beberapa langkah yang boleh kamu lakukan untuk melaporkan kes dera atau buang bayi.
1. Buat laporan menerusi talian telefon Talian Kasih 15999. ‘SAVE’ nombor ini di dalam telefon pintar kamu untuk kegunaan masa akan datang. Kita tidak tahu bila atau di mana kita akan berdepan situasi ini.
2. Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal kamu. Jika kamu berasa tidak berani, minta bantuan orang tua atau rakan-rakan lain untuk menemani kamu.
3. Cari balai atau pondok polis terdekat dan buat laporan. Pihak polis pasti akan sentiasa terbuka untuk membantu.
4. Hubungi mana-mana pasukan perlindungan kanak-kanak atau pusat aktiviti kanak-kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.
5. Akhir sekali, kamu juga boleh ruju ke hospital berdekatan. Pihak hospital sentiasa terbuka untuk mendengar apa jua jenias laporan.
Ingatlah jangan mengambil sikap berdiam diri atau tidak mahu mengendahkan hal yang berlaku dalam rumah orang lain. Ini bukan masanya untuk terus terbungkam dalam stigma ‘menjaga tepi kain orang’. Mungkin nyawa yang tidak bersalah boleh diselamatkan jika kita semua lebih proaktif dan mengambil berat akan apa yang berlaku di sekeliling.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdosa Beri Hadiah Tidak Senonoh, Jatuhkan Aib Pengantin Di Majlis Mulia

Baru-baru ini, tular video berdurasi dua minit 15 saat di TikTok yang memaparkan senario di mana rakan kepada pasangan pengantin beratur untuk memberikan hadiah tidak senonoh kepada mereka di atas pelamin secara bergilir-gilir.
Di antara hadiah tersebut termasuklah satu pek kondom dan juga barangan lain yang seharusnya hanya diketahui oleh pasangan suami isteri sahaja.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warganet; ada sebilangan yang beranggapan ia hanyalah gurauan ‘manja’ terhadap rakan mereka yang baru sahaja menamatkan zaman bujang. Begitupun, majoriti tidak bersetuju dengan tindakan yang dianggap memalukan serta tidak beradab itu.

Lantas, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim terpanggil untuk menasihati anak muda yang menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka agar tidak terbawa-bawa dengan perangai seperti ini dan meminta agar ia dihentikan.
Pendakwah itu berkata, ini memandangkan majlis perkahwinan adalah majlis yang Nabi Muhammad SAW sendiri sangat memuliakan. Baginda katanya cukup suka memberi hadiah kepada orang untuk menggembirakan hati tuan rumah, lebih lebih lagi mereka yang melangsungkan perkahwinan.
“Ada riwayat Rasulullah menyuruh para sahabat yang sedang berpuasa sunat dan dijemput ke majlis perkahwinan untuk berbuka puasa. Sampai begitu sekali Rasulullah memuliakan pengantin dan keluarga.
“Sebab itu, Islam menyarankan kita menghormati pengantin, keluarga pengantin dan majlis yang diraikan,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Perlu Malu, Halim Othman Pesan Pasangan Bernikah Di Thailand Untuk Daftar Perkahwinan – REMAJA
Dalam perihal jenis hadiah yang wajar diberikan kepada pasangan pengantin pula, Mohd Izhar berkata ia mestilah tidak menghina dan menjatuhkan maruah pengantin. Sekiranya ia boleh menjatuhkan aib mana-mana pihak hukumnya adalah makruh. Itu jika hadiah diberikan secara peribadi tau!
Hukum pemberian hadiah tidak senonoh seperti dalam video tersebut dalam persekitaran khalayak ramai sehingga boleh menjatuhkan aib pasangan pengantin, keluarga dan majlis perkahwinan itu sendiri boleh jatuh kepada berdosa dan haram.
Lagipun, Allah SWT katanya sangat suka dengan orang yang menutup keaiban. Siapalah kita untuk membuka aib orang secara terang-terangan seperti trend tular itu?
“Saya khuatir perkara ini menjadi amalan tidak baik kepada anak muda. Saya nasihatkan anak-anak muda supaya menjaga adab ketika menghadiri majlis perkahwinan, beri hadiah dan berseloroh,” ujarnya.
BACA LAGI : Tetamu Terkejut Terima Doorgift Mewah Di Perkahwinan Son Ye Jin & Hyun Bin – REMAJA
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

