“Dengan segala keterangan diperoleh itu, saya sudah berbincang dengan Myra dan akhirnya kami sepakat..”
Pendedahan pelakon, pengacara dan finalis Dewi Remaja 2019, Yusmyra Natasya mengenai ayah kandungnya yang merupakan pengacara dan bekas penyampai radio terkenal, Halim Othman telah menarik perhatian ramai pihak sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.
Ia memandangkan ramai tidak menyangka bahawa Halim, 56 pernah berkahwin sebelum ini; apatah lagi memiliki seorang anak perempuan yang telah bergiat dalam bidang seni seperti dirinya.
Seperkara lagi yang membuatkan ramai bingung adalah status ‘binti Abdullah’ yang diletakkan pada nama Myra, dan bukannya ‘binti Halim.
Menerusi temubual dalam program TV dan bersama rakan media cetak, Halim menjelaskan bahawa situasi ini berlaku setelah beliau dan bekas isteri, Yusnita Omar yang merupakan ibu kepada Myra memilih untuk bernikah di Thailand satu ketika dahulu pada tahun 1994.
Ads
Namun, mereka tidak lagi mempunyai dokumen perkahwinan yang sah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lalu membuatkan pelbagai isu termasuk ‘binti’ anaknya sendiri menjadi sulit.
Begitupun, kes ini disifatkan sebagai bukan kes terpencil. Ramai sebenarnya pasangan yang berdepan dengan isu ini kerana mereka malu atau takut untuk bertemu dengan pihak JPN demi mendapatkan dokumen yang sah.
(Dari kiri) : Myra Natasya bersama Halim Othman menjadi tetamu jemputan di program temubual MeleTOP pada Selasa lalu.
Kata Halim, pasangan muda di luar sana seharusnya mengambil iktibar daripada situasi yang dialaminya sekarang dan mengingatkan pasangan yang bernikah di Thailand supaya tidak mengambil jalan mudah dan teruslah mendaftarkan perkahwinan mereka dalam negara. Ia pentng agar tiada stigma yang akan menyelubungi keluarga itu kelak terutamanya bagi pihak anak.
Langkah mendaftarkan diri bersama pihak JPN juga akan memberi lebih pencerahan terhadap situasi pasangan itu sendirI dengan perkhidmatan kaunseling, nasihat dan penjelasan lanjut daripada pihak JPN.
Ads
Dalam pada itu, Halim berkata bahawa selepas mendapatkan penerangan daripada Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh kelmarin berhubung masalah Halim yang sudah tidak mempunyai dokumen perkahwinan; dia, bekas isteri dan Myra sendiri telah berbincang dan bersepakat untuk mengekalkan saja nama Yusmyra Natasya binti Abdullah.
Ini memandangkan proses pertukaran nama bapa agak sulit di samping mereka percaya ada hikmah di sebalik penggunaan nama Abdullah tersebut.
Di sini, REMAJA tidaklah ingin menggalakkan pasangan muda di luar sana untuk bernikah di negara jiran. Kami pasti, ramai yang ingin mengikat tali perkahwinan seperti orang lain di tanah air di samping ahli keluarga sendiri.
Begitupun, jika pernikahan di Thailand adalah keputusan yang diambil oleh pasangan tersebut, ambillah langkah yang bijak dan daftarkanlah perkahwinan tersebut bersama pihak JPN demi mengelakkan kesulitan kepada keluarga mereka nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya dengan sekali lafaz, pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara, pada Jumaat.
Pasangan merpati dua sejoli itu dinikah oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.
Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Izzuddin menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 buat pilihan hatinya itu.
Selain itu, Izzudin dan isteri turut dilihat tampil kacak dan cantik mengenakan busana sedondon berwarna putih.
Dalam pada itu, menerusi Instastory milik pengantin perempuan, dia dilihat memuat naik foto menggenggam tangan Izzuddin berserta kapsyen ‘assalamualaikum suami’.
Terdahulu, ketampanan wajah pemain badmintonberusia 25 tahun itu menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang umat Islam serba tahu, pergunungan Rahmah ataupun Jabal Rahmah di kota Makkah merupakan lokasi yang sering dilawati oleh jemaah haji semasa berada di Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Jabal Rahmah juga sering dikaitkan sebagai titik pertemuan buat Nabi Adam dan isteri baginda, Hawa setelah terpisah untuk ratusan tahun selepas diturunkan ke muka bumi.
Berikutan itu, ramai pengunjung yang melawat kawasan pergunungan itu sering berdoa agar mereka ditemukan jodoh. Bagi yang telah berkahwin pula, doa yang dikirimkan tentunya adalah agar perjalanan cinta mereka seutuh cinta yang terjalin di antara Adam dan Hawa.
Maka, tidak hairanlah apabila Jabal Rahmah yang dipilih sebagai konsep gerbang pelamin di majlis akad nikah di antara Noor Neelofa dan Haris Ismail pada hari ini cukup ‘kena’ dengan ceritera cinta mereka sendiri.
Untuk pengetahuan, pereka majlis telah menggunakan empat tan bunga segar termasuklah bunga ros putih, orkid putih, baby’s breath dan empat jenis bunga lain sebagai hiasan di pelamin.
Bertahun-tahun Neelofa sendiri merasai pasang surut kisah cinta untuk akhirnya bertemu dengan sang suami, Haris yang insyaAllah akan menjadi pengemudi mereka berdua ke arah kehidupan yang lebih bahagia selepas ini.
Biarpun bertahun mencari, benarlah janji Allah SWT kepada kita bahawa takdir seperti jodoh pasti tidak akan lari jika ia telah tertulis.
Sebagai hamba yang mengharapkan pertolongan daripadaNya dalam soal jodoh, apa yang boleh kita lakukan adalah untuk berikhtiar mencari insan terbaik buat kita, terus berdoa agar si dia dipertemukan dan tentunya tawakal dengan ketentuanNya. Apabila tiba masa dan lokasi yang tepat, hadirlah insan tersebut kepada kita.
Sumber Foto : Wedlocx.co.
Seperti yang disaksikan di dewan pernikahan Neelofa dan Haris, masing-masing tenang apabila mereka berdua disatukan. Pernikahan ini bukan saja satu pencapaian hasil kesabaran dan keikhlasan diri pasangan tersebut. Ia juga merupakan permulaan ke arah perjalanan hidup yang baharu.
Jika tiga minggu masa yang diambil oleh pereka majlis, Reka Teemor untuk menyiapkan pelamin yang diilhamkan daripada siluet Jabal Rahmah ini, Neelofa dan Haris pastinya bersedia untuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengenali diri pasangan, menjadi insan yang lebih kuat dan tentunya mencipta keluarga bahagia.
Nak kahwin tapi takut terover budget? Lebih mudah lagi kalau korang buat persediaan awal dengan menyediakan checklist perbelanjaan perkahwinan.
Ini juga secara tidak langsung dapat memudahkan segala urusan persiapan majlis kahwin korang. Tak ada la nanti termissed mana-mana barang untuk dibeli atau disediakan.
Jadi untuk lebih selamat, apa kata korang rujuk checklist yang kami nak share ni.
Panduan perbelanjaan perkahwinan
1. Perbelanjaan dari RM10,000 – 20,000
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. walau bagaimanapun, jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel atau pun garden wedding.
2. Perbelanjaan sebanyak Rm20,001 – 30,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majilis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak padan jika dilakukan di hotel atau taman kerana jumlah tersebut masih belum cukup atau korang terpaksa pinjam daripada kaum keluarga.
Walau bagaimanapun, korang tetap boleh meraikan majlis perkahwinan di rumah dan cukup untuk membuatkan pasangan gembira dengan jumlah bajet sebanyak ini.
3. Perbelanjaan sebanyak Rm30,501 – 40,500
Jumlah ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Namun begitu, jumlah ini masih boleh dikurangkan dengan hanya membeli apa yang perlu sahaja. Lebih menjimatkan.
Kalau ikutkan jumlah ini tak cukup untuk korang buat majlis di hotel tapi boleh la kalau nak sewa sebuah dewan yang sederhana di hotel dengan bilangan tetamu yang terhad.
4. Perbelanjaan sebanyak RM40,501 – ke atas
Hmm, jumlah yang dibelanjakan ini ag ak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah.
Moga-moga dapat memudahkan urusan korang dan pasangan. InsyaAllah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.