Selepas pengumuman membolehkan rentas daerah dan negeri jika kawasan tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dibuat, rasanya ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga tersayang.
Nah, kini syarikat penerbangan AirAsia menawarkan harga tiket serendah RM12 sehala bermula semalam sehingga 9 November 2020 (esok) untuk penerbangan domestik.
Tambang murah ini adalah untuk semua termasuk ahli BIG untuk perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.
KUL – Langkawi – KUL: RM24
KUL – Kuching – KUL: RM24
KUL – Penang – KUL: RM24
KUL – Alor Setar – KUL: RM24
KUL – Kota Bahru – KUL: RM24
KUL – Kuala Terengganu – KUL: RM24
JHB – Ipoh – JHB: RM24
JHB – Penang – JHB: RM24
JHB – Langkawi – JHB: RM24
Ads
KCH – Sibu – KCH: RM24
KCH – Bintulu – KCH: RM24
KCH – Miri – KCH: RM24
KCH – Kota Kinabalu – KCH: RM24
BKI – Tawau – BKI: RM24
BKI – Sibu – BKI: RM24
BKI – Sandakan – BKI: RM24
Ads
BKI – Bintulu – BKI: RM24
BKI – Miri – BKI: RM24
Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, semua tempahan penerbangan yang dibuat sekarang hingga 31 Disember 2020 dengan tempog perjalanan dari sekarang hingga 31 Mac 2021 boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan Tempahan Saya.
Apa yang menariknya lagi, AirAsia juga bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Ads
Ha, maknanya dengan menebus RM50 ini, korang boleh mendapat lagi rebat RM50 semasa membuat tempahan tiket penerbangan.
Bagi yang sudah menebus, gunakanlah peluang terbaik ini. Hiks!
Are you as quick as flash? For as low as RM12*, you can book your flights now and travel later to your favorite…
Apa-apa pun sekiranya korang ingin pulang ke kampung atau menikmati Cuti-Cuti Malaysia, jangan lupa untuk mengikut perintah SOP dan sentiasalah memakai pelitup muka okay?
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat pemanis mulut, sudah tentu selepas berbuka puasa mereka ingin menikmati makanan-makanan manis selepas seharian menahan lapar. Daripada membeli di luar, ada juga individu yang lebih gemar untuk membuatnya sendiri di rumah.
Makanan yang disediakan sendiri lebih berbaloi dan menjimatkan, malah boleh dimakan berulang kali. Terdapat banyak resipi mudah untuk menyediakan pemanis mulut dan kali ini kami ingin kongsikan resipi puding pisang bersos kastard yang telah disediakan oleh Linda Zaid.
2. Apabila sudah masak, suamkan dan masuk ke dalam peti ais
3. Selepas beberapa jam, letakkan pisang yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan dan tuangkan sos kastard dengan taburan sedikit kismis
4. Siap untuk dimakan
Foto: Linda Zaid via Resepi Media
Mudah sahaja kan? Bolehlah buat untuk menu berbuka nanti. Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Biasa bila ke pasaraya, kita akan nampak deretan susu sama ada dalam kotak atau botol dari jenama berbeza diletakkan dalam rak dingin bagi mengekalkan kesegarannya. Belek dan telek, ada sebahagian dari kita terus memilih susu rendah lemak.
Sebabnya kita fikir susu rendah lemak mesti lah baik untuk kesihatan dan juga boleh buat korang kurus kan?
Sebelum korang terus beli susu-susu ini, jom belajar dulu jenis-jenis susu agar tak tersalah beli seperti dikongsikan oleh seorang doktor dari TikTok yang dikenali sebagai Dr Gafoor Mubarak.
Doktor ini menjelaskan bahawa sebenarnya susu rendah lemak tidak begitu banyak beza dengan susu penuh lemak, dan mungkin bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam diet..
Namun menurut Dr Gafoor Mubarak, susu rendah lemak atau low fat biasanya diproses dengan lemak susu dikurangkan dari 4% menjadi 1.5-2%. Proses ini juga menyebabkan rasa susu kurang sedap, jadi syarikat susu akan memasukkan gula ke dalam susu untuk menyedapkan rasanya.
Bagi susu full cream pula, syarikat akan menggunakan susu segar yang ditambahkan dengan serbuk susu untuk menjadikan susu lebih berkrim. Kandung gula dalam kedua-dua jenis susu itu juga hampir sama iaitu 2-3 sudu kecil setiap hidangan.
Jadi jika dibandingkan semua jenis susu yang ada, susu yang paling sihat adalah susu segar atau fresh milk kerana dipasarkan terus dari sumber dan mengandungi paling kurang gula.
“lihat di belakang nutrition ingredient tu…”
Dari ruagan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada doktor ini kerana memberikan info yang sangat berguna. Tak kurang juga rasa tertipu sebab dari dulu amalkan susu ‘low fat’ dengan harapan cepat kurus.
Tips penulis, lihat di belakang nutrition ingredient sebelum membeli sesuatu barang. Kalau carbs per serving dah lebih 15g, lupakan saja.
Semoga bermanfaat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Obsesi matcha, period jadi kacau? Ahli farmasi dedah puncanya yang ramai tak sangka. Matcha memang trending, terutamanya di kalangan anak muda yang suka vibe minuman hijau ini. Dari kafe ke media sosial, gambar matcha latte penuh aesthetic memang mengundang ‘likes’. Tapi di sebalik rasa sedap dan rupa cantik, ada risiko yang patut korang tahu terutamanya kalau pengambilannya berlebihan.
Seorang ahli farmasi dikenali sebagai Syah (@syahfarmasi) mendedahkan di TikTok bahawa matcha boleh mempengaruhi kitaran haid wanita. Ramai anak muda kini mengambil matcha untuk tingkatkan tenaga dan mendapatkan kulit yang lebih sihat, namun kandungan kafein dalam matcha yang tinggi boleh mengganggu hormon jika diminum terlalu kerap.
Matcha & Hormon – Apa Hubungannya?
Menurut Syah, secawan matcha mengandungi kira-kira 70 miligram kafein. Kafein yang diambil berlebihan boleh mengganggu keseimbangan hormon progesteron dan estrogen, seterusnya menyebabkan:
Haid datang lambat atau tidak teratur
Senggugut bertambah teruk
Perubahan mood mendadak
PMS (sindrom pra-haid) jadi lebih teruk
Portal kesihatan Hello Doktor turut menjelaskan bahawa kafein boleh bertindak sebagai vasoconstrictor, iaitu menyempitkan saluran darah dan menyukarkan aliran darah haid. Walaupun kesannya sementara bagi kebanyakan orang, individu yang sensitif terhadap kafein mungkin mengalami masalah ini secara berulang.
Yang ramai tak sedar, matcha bukan saja ada dalam bentuk minuman tapi juga dalam kek, tart keju, biskut dan pelbagai pencuci mulut. Kalau korang minum matcha latte pagi, lepas tu makan kek matcha petang, jumlah kafein yang masuk dalam badan boleh bertambah tanpa sedar.
Tip Kawal Pengambilan Matcha Untuk Wanita
Hadkan kepada 1 cawan kecil matcha sehari
Minum air kosong secukupnya untuk elak dehidrasi
Pantau perubahan kitaran haid selama 1–2 bulan
Jika period jadi tak teratur, cuba hentikan matcha sementara
Syah menegaskan, matcha bukanlah minuman yang “jahat”. Ia tetap mempunyai manfaat seperti antioksidan tinggi dan membantu tenaga. Namun, kuncinya adalah ambil secara sederhana. Kesihatan hormon sama pentingnya dengan trend minuman yang korang ikut. Jadi, minum matcha biarlah gaya, tapi kesihatan tetap nombor satu.
RM BTS AMA 2026 mencipta sejarah apabila RM BTS menjadi artis Asia pertama menang di Anugerah Muzik Amerika, mengukuhkan dominasi BTS di pentas global.