Lee Chae-Rin atau lebih dikenali dengan nama CL, dilaporkan meninggalkan YG Entertainment selepas kedua-dua pihak gaga bersetuju dengan terma kontrak terbaru.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Today, penyanyi dari Korea ini dan pihak pengurusanya sedang berbincang tentang kontrak yang bakal diperbaharui namun akhirnya, CL mengumumkan bahawa akan meninggalkan YG Entertainment.
Ads
Sejak pembubaran 2NE1 dan menandatangani semula kontrak bersama YG Entertainment pada 2016, CL telah bergerak secara solo dan mengeluarkan album di Amerika Syarikat. Penyanyi ini juga membuat penampilan di televisyen dalam rancangan MIXNINE dan Livin’ The Double Life tetapi tidak menghasilkan sebarang karya muzik sepanjang tempoh dua tahun ini.
Lagu terakhirnya bersama YG Entertainment adalah dari single 2NE1 yang berjudul Goodbye.
Ads
Tahun lalu, CL telah meninggalkan komen kepada peminat dengan memberi hint bahawa dia akan meninggalkan YG Entertainmment.
Ads
Apa-apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya buat CL!
Baru-baru ini, kisah hidup yang mencetus inspirasi oleh seorang graduan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Dr. Malik Yatam mencuri perhatian orang ramai di media sosial selepas beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) ketika masih menjalani hukuman penjara.
Pencapaian luar biasa beliau sekaligus membuktikan bahawa jeriji besi bukan penamat segalanya apabila pendidikan menjadi pintu kedua untuk membina masa depan. Selepas lebih dua dekad menjalani hukuman penjara, Dr. Malik kini muncul sebagai simbol harapan, disiplin dan keazaman luar biasa yang secara tidak langsung mencabar stigma masyarakat terhadap bekas banduan.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, Dr. Malik yang turut dikenali dengan nama Dr. Murad berkongsi perjalanan luar biasa hidupnya yang bermula seawal usia remaja. Perjalanan akademiknya bukan satu laluan mudah apabila berdepan kekangan masa, akses internet yang terhad serta ketiadaan kemudahan pembelajaran sempurna, sekaligus menjadikan setiap langkah satu ujian mental dan emosi.
Kredit foto: Threads Dr Malik YatamKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
View on Threads
Bagaimanapun, segala cabaran itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar dan membina masa depan berteraskan ilmu.
“Banduan pertama Malaysia, memperolehi PhD semasa dalam penjara. Selama 24 Tahun dalam penjara, saya mengambil SPM sehingga PhD semasa dalam penjara. Masuk Umur 14 Tahun. Dapat Pengampunan pada usia 38 Tahun.”
Memetik laporan yang diterbitkan Harian Metro, difahamkan Dr. Malik dilahirkan di Sabah, kemudian berhijrah ke Semenanjung pada usia 14 tahun demi membantu keluarga akibat kesempitan hidup.
Namun, eksploitasi dan penderaan majikan akhirnya mengheret beliau ke kancah tragedi yang membawa kepada hukuman penjara sebagai Tahanan Limpah Sultan. Dalam tempoh 24 tahun di sebalik tirai besi, beliau memilih pendidikan sebagai jalan keluar, bermula dengan SPM, diikuti STPM, ijazah sarjana muda dan akhirnya PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.
Kredit foto: FB Malik YatamKredit foto: Harian Metro
Bagi Dr. Malik, pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi proses memulihkan maruah dan membina semula keyakinan diri. Ia juga menjadi medium untuk membuktikan perubahan adalah sesuatu yang realistik, walaupun masyarakat masih dibelenggu stigma terhadap bekas banduan.
“What’s next? Saya dalam usaha untuk merealisasikan tesis saya menghasilkan Usahawan dalam kalangan prospek. Dengan membuat ladang cili bersama prospek. Saya juga menerima jemputan sekolah dan universiti. Pada masa yang sama penulis buku ‘PhD Dari Penjara’, mohon sokongan warga thread,” tulisnya.
Kredit foto: FB OUMKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
Hari ini, Dr. Malik bukan sahaja bergelar pemegang PhD, beliau malah aktif menyumbang kepada masyarakat melalui keusahawanan tani dan perkongsian ilmu. Kisahnya turut menjadi bukti bahawa pendidikan mampu memutuskan kitaran gelap masa lalu dan membuka ruang kepada masa depan yang lebih bermakna, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.
Di samping itu, program pendidikan dalam penjara semakin dilihat sebagai pemangkin perubahan sebenar, bukan sekadar inisiatif sampingan. Melalui pendidikan, prospek bukan sahaja dibekalkan ilmu akademik, malah dibina semula dari sudut pemikiran, nilai diri dan hala tuju kehidupan. Dalam konteks ini, perjalanan Dr. Malik menjadi contoh paling nyata bahawa ilmu mampu mengubah jalan hidup walau bermula dari titik paling gelap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang penumpang wanita tercampak keluar dari kenderaan gara-gara tindakan seorang selebriti memandu kereta secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang, pada selasa.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.
Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova. Malah, pelanggaran itu turut menyebabkan penumpang hadapan yang juga kekasihnya tercampak keluar dan mengalami cedera ringan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Farouk menyatakan pemandu kedua-dua kenderaan itu sudah tampil membuat laporan, semalam. Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut selain ermohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.
Tambahnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, satu video berdurasi 42 saat yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu di MRR2 tular di media sosial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malang tidak berbau, penulis sangat takut jika melalui kawasan jalan atau jambatan yang belum siap, lagi-lagi musim cuaca yang tak menentu sekarang.
Petang tadi satu tragedi sebuah jambatan dalam pembinaan dilaporkan telah runtuh di Lebuhraya MRR-2 dari Pandan Indah menghala ke Ampang ke Kuala Lumpur.
Menurut laporan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.58 petang.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Komander Operasi berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang.
Menurut maklumat awal yang diterima, setakat ini terdapat lima (5) orang mangsa terperangkap di dalam van kilang tersebut. Namun, keadaan kesemua mangsa belum diketahui.
Apa-apapun, mari kita doakan mangsa yang terperangkap daalam van pekerja tersebut selamat.
Sumber : Berita Harian, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.