Nama pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang gemar memasak. Namun baru-baru ini, beliau berkongsi satu sisi emosinya yang menyentuh hati ramai apabila mengakui dirinya menitiskan air mata selepas menonton beberapa video daripada warga maya.

Video-video tersebut memaparkan momen istimewa apabila resipi yang pernah dikongsikan olehnya menjadi sebahagian daripada kenangan manis ramai individu bersama keluarga dan insan tersayang.

Air Mata Khairul Aming Tumpah, Tak Sangka Resipi Jadi Memori Indah Banyak Keluarga

Resipi Jadi Medium Satukan Kasih Sayang

Menurut Khairul Aming, beliau berasa sangat tersentuh apabila menyedari resipinya bukan sekadar memberi inspirasi dalam dunia masakan, tetapi turut memainkan peranan dalam menyatukan keluarga dan rakan-rakan.

Setiap gelak tawa, senyuman dan detik kebahagiaan yang dirakam oleh wargamaya jelas membuktikan bahawa masakan bukan hanya tentang makanan, tetapi juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan serta mencipta memori indah bersama orang tersayang.

“Sembilan tahun lalu, saya seorang diri di rumah sewa, buat video masak tanpa tahu ada orang yang menonton atau tidak. Tahun demi tahun, kita mula kenal satu sama lain.

Ads

“Ada yang dari zaman belajar kini sudah bekerja, ada yang bujang kini sudah berkahwin, ada yang sudah menjadi ibu bapa, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita,” coretnya.

Air Mata Khairul Aming Tumpah, Tak Sangka Resipi Jadi Memori Indah Banyak Keluarga

Kenangan Bersama Arwah Ayah Jadi Pendorong

Dalam perkongsian yang sama, Khairul Aming turut meluahkan perasaan peribadinya apabila mengenang kenangan bersama arwah ayahnya yang tidak dapat diulang kembali.

Ads

“Saya sudah tidak dapat cipta detik-detik ini bersama arwah ayah, tapi bila melihat korang gembira memasak bersama keluarga, itu bermakna segalanya bagi saya. Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih semua atas segalanya,” kata Khairul Aming.

Luahan tersebut jelas menunjukkan betapa besar makna setiap sokongan yang diterimanya sepanjang perjalanan sebagai pencipta kandungan masakan.

Air Mata Khairul Aming Tumpah, Tak Sangka Resipi Jadi Memori Indah Banyak Keluarga

Ads

Warganet Turut Kongsi Kisah Tersendiri

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh dengan perkongsian tersebut dan mengambil peluang berkongsi pengalaman masing-masing.

Ramai bersetuju bahawa makanan bukan sekadar keperluan harian, tetapi juga menjadi jambatan kepada kenangan, emosi dan ikatan kasih sayang yang sukar digantikan.

Air Mata Khairul Aming Tumpah, Tak Sangka Resipi Jadi Memori Indah Banyak Keluarga

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads