Terbaru, seorang pelajar cemerlang dan hafizah muda, Ainin Saheela Anuar, mencuri perhatian apabila berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang kategori pelajar perempuan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM bagi tahun 2026 yang berlangsung pada 7 Februari.
Menerusi perkongsian Facebook Darul Quran JAKIM, pengiktirafan tersebut diberikan atas kecemerlangan luar biasa beliau dalam hafazan Al-Quran, pencapaian akademik serta penglibatan aktif dalam kepimpinan dan ko-kurikulum.
Pada masa yang sama, pelajar Syukbah Qiraat tersebut turut mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menamatkan hafazan Al-Quran dalam tempoh hanya tujuh bulan dengan jumlah 10 kali khatam.
Menurut Ainin, beliau meluahkan rasa terkejut dan bersyukur atas pengiktirafan yang diterima serta menyifatkan kejayaan luar biasa itu didorong oleh disiplin tinggi dan amalan murajaah yang konsisten, termasuk mengulang sekurang-kurangnya lapan juzuk sehari bagi memastikan hafazan sentiasa kukuh.
Ads
“Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi peringatan untuk saya terus istiqamah dan tidak selesa dengan pencapaian sedia ada,” katanya.
Dalam pada itu, Ainin turut menyerlah dalam bidang akademik apabila mencatat CGPA 3.99, manakala GPA Hafazan Syafawi dan Tahriri kekal pada tahap 4.00 dari semester satu hingga semester lima membuktikan keupayaan beliau mengimbangi tuntutan hafazan dan akademik secara seiring serta berkesan sepanjang tempoh pengajian.
Ads
Sebelum ini, beliau merupakan lepasan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dalam aliran Dini Tulen dan memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 8A 2B. Asas pendidikan agama yang kukuh itu menjadi tunjang kepada ketekunan dan kesungguhan beliau sepanjang melanjutkan pengajian di Darul Quran.
Penglibatan aktifnya dalam ko-kurikulum turut melengkapkan profil kecemerlangan apabila beliau menyertai pelbagai program dan pertandingan hafazan di peringkat wilayah, negeri dan kebangsaan. Antara pencapaian membanggakan termasuk kejayaan meraih Johan Musabaqah Hafazan peringkat Wilayah Persekutuan secara berturut-turut serta mewakili Darul Quran ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Ads
Sementara itu, pencapaian yang diraih Ainin ini menjadi bukti bahawa usaha yang konsisten, pengurusan masa yang baik serta keazaman tinggi mampu membawa seseorang melangkaui batas kemampuan diri.
Kejayaan beliau bukan sahaja mengharumkan nama institusi, malah mengangkat imej pelajar tahfiz sebagai individu berilmu, berdaya saing dan bersedia menyumbang secara bermakna kepada masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…
Kecacatan yang terjadi kepada dirinya tidak menjadi alasan untuk duduk berpeluk tubuh dan berserah kepada takdir. Thew Ming Soon, jejaka berasal dari Johor Darul Takzim yang mengalami masalah cacat penglihatan membuktikan kepada umum bahawa jika ada usaha, kejayaan pasti datang.
Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) ini telah berjaya berjaya menamatkan pengajiannya dan menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen UM kali ke-62.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi universiti tersebut, Thew Ming Soon berkongsi tentang cabaran yang dihadapinya apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan mod pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian.
“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan,” ujarnya berkongsi cerita.
Biarpun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran yang baru, dia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya mencari penyelesaian agar mampu menjalankan pengajian seperti mana sahabat yang lain. Tanpa motivasi dan semangat yang jelas mustahil semuanya boleh berjalan lancar.
Kongsi Ming Soon tentang visinya untuk menyelesaikan pengajian, “Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga.”
Dalam tinjauan REMAJA di akaun linkedin milik jejaka ini, sebelum ini dia pernah menjadi pelatih latihan industri di St. Nicholas Home, Pulau Pinang (Rumah Orang-Orang Buta) pada 2018 dan kemudiannya menjalankan latihan industri di Pusat Kaunseling dan Pemerkasaan Orang Kurang Upaya, Universiti Malaya pada 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto konvokesyen: Fazli Zainordin & Fadhli Yong untuk CCC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung. Itulah yang boleh kami katakan selepas mendengar berita tiga beradik dari Kampung Banggol Batu, Lenggong telah melakar kenangan manis apabila berjaya merangkul johan untuk tiga kategori berbeza Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri 2022M/1443H.
Adibah Husni Ahmad Rozaini, 25, merangkul johan bagi kategori hafazan 1-30 juzuk wanita manakala dua adiknya, Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini, 24, dan Muhammad Adib Ahmad Rozaini, 22, masing-masing johan bagi kategori hafazan 1-20 juzuk wanita dan hafazan1-20 juzuk lelaki.
Menurut Adibah, ia kali kedua dia bersama dua adiknya itu menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri selepas tahun lalu, namun ketika itu hanya dia dan Aqilah Sulhi yang merangkul johan bagi kategori sama manakala Muhammad Adib sekadar menduduki naib johan.
Tahun ini Muhammad Adib layak mewakili Perak ke peringkat kebangsaan memandangkan ia kali pertama merangkul johan bagi kategori yang disertainya iaitu hafazan 1-20 juzuk lelaki.
Foto: Faseeh Fawaz (Gambar hiasan)
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat ke majlis itu selain Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Tahniah diucapkan kepada tiga beradik ini kerana telah membanggakan kedua ibu bapa dan keluarga mereka. Semoga lebih ramai lagi anak muda cintakan al-Quran dan dapat mengamalkannya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Umum serba tahu mengenai keunikan industri tekstil Malaysia yang telahpun dibawa ke peringkat antarabangsa bertahun-tahun lamanya.
Terbaru, salah satu fabrik warisan negara iaitu tenun pahang diraja kini sedang dipamerkan secara eksklusif di United Kingdom!
Acara yang dikenali sebagai Pameran Tenun Pahang Diraja ini diadakan buat julung kalinya di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square sempena Minggu Kraf London. Menariknya, pameran sehingga Ahad ini adalah inisiatif Raja Permaisuri Agong Malayia sendiri, DYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Di sana, pelbagai hasil tenunan lain daripada yang lain ada dipamerkan bagi tontonan pemerhati antarabangsa. Ada yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang. Terdapat juga busana yang diambil daripada koleksi persalinan tenun Raja Permaisuri Agong sendiri untuk dipamerkan.
Semalam, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta delegasinya yang tiba di United Kingdom; dalam perjalanan mereka ke Washington DC untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.
Lapor pemberita di sana, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga terhadap sambutan yang diterima di Pameran Tenun Pahang diraja itu dan kini lebih bersemangat untuk terus memperkembangkan potensi industri tekstil warisan negara seperti tenunan dan batik secara besar-besaran.
Kata beliau lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera, kerajaan Pahang sedang mencadangkan penubuhan pusat tenunan di Pekan, Pahang di mana lebih banyak peluang latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil akan diwujudkan selepas ini.
REMAJA pasti, ramai anak muda yang bercita-cita untuk mendalami jurusan pembuatan tekstil akan lebih berkobar-kobar untuk mengambilnya apabila peluang sedemikian semakin luas dibuka dengan sokongan kerajaan Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam kini membuka peluang kemasukan sesi Julai 2022. Permohanan boleh dilakukan secara atas talian DI SINI dan tempat adalah terhad. Pastikan korang yang berminat menghantarkan permohonon sebelum 15 Jun 2022 okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Mimi Lana tampil berkongsi pandangan mengenai realiti industri hiburan yang menurutnya tidaklah seburuk atau ‘sekotor’ seperti sering digambarkan oleh segelintir pihak.
Menerusi satu...