Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan…
Kecacatan yang terjadi kepada dirinya tidak menjadi alasan untuk duduk berpeluk tubuh dan berserah kepada takdir. Thew Ming Soon, jejaka berasal dari Johor Darul Takzim yang mengalami masalah cacat penglihatan membuktikan kepada umum bahawa jika ada usaha, kejayaan pasti datang.
Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM) ini telah berjaya berjaya menamatkan pengajiannya dan menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen UM kali ke-62.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi universiti tersebut, Thew Ming Soon berkongsi tentang cabaran yang dihadapinya apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan mod pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian.
Ads
“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan sistem dan aplikasi semasa pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kebanyakan aplikasi mudah untuk saya gunakan,” ujarnya berkongsi cerita.
Biarpun terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran yang baru, dia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya mencari penyelesaian agar mampu menjalankan pengajian seperti mana sahabat yang lain. Tanpa motivasi dan semangat yang jelas mustahil semuanya boleh berjalan lancar.
Kongsi Ming Soon tentang visinya untuk menyelesaikan pengajian, “Antara motivasi saya untuk tamatkan pengajian ialah mempunyai matlamat yang jelas untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga.”
Dalam tinjauan REMAJA di akaun linkedin milik jejaka ini, sebelum ini dia pernah menjadi pelatih latihan industri di St. Nicholas Home, Pulau Pinang (Rumah Orang-Orang Buta) pada 2018 dan kemudiannya menjalankan latihan industri di Pusat Kaunseling dan Pemerkasaan Orang Kurang Upaya, Universiti Malaya pada 2022.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru berusia 16 tahun, atlet gimrama, Ng Joe Ee telah berjaya mengharumkan nama negara dan mencipta memori bersejarah apabila dia berjaya menyumbang dua pingat emas kepada Malaysia.
Dengan sumbangan cemerlangnya itu, kontinjen Malaysia telah pun berjaya mencapai sasaran enam pingat emas yang ditetapkan bagi Sukan Komanwel 2022 yang diadakan di Birmingham.
Joe Ee meraih pingat emas menerusi disiplin riben dan disiplin bola dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.
Bagi disiplin bola, Joe Ee menawan para juri dengan persembahannya yang memungut 29.700 mata besar untuk menduduki tempat teratas dalam perlawanan akhir hari ini. Suzanna Shahbazian dari Kanada meraih perak (29.050) dan gangsa menjadi milik Anna Sokolova dari Cyprus (28.800).
Manakala dalam disiplin riben pula, gadis ini berjaya memukau juri dengan memperoleh 27.800 mata sekaligus memintas pendahulu saingan dari Scotland, Louise Christie yang meraih 27.550 mata dan Carmel Kallemaa dari Kanada dengan 27.500 mata.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, ini merupakan kemunculan sulung Joe Ee di Sukan Komanwel. Mei lalu, dia berjaya merangkul pingat perak di Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian pasangan kembar ini untuk sepentas bersama di hari konvokesyen, tercapai apabila kedua-dua mereka menerima ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Kelas Pertama di Majlis Konvokesyen Ke-36 Universiti Utara Malaysia (UUM).
Khairina Ismail dan Khairini, graduan cemerlang yang merupakan anak jati Alor Setar, Kedah ini menzahirkan rasa syukur kerana impian sejak melangkah ke alam universiti untuk membanggakan ibu bapa mereka, akhirnya berbayar juga.
Selain itu, pasangan kembar yang berusia 24 tahun ini turut menzahirkan perasaan teruja apabila nama mereka berdua terpilih untuk menerima ijazah kelas pertama.
“Syukur Alhamdulillah dan kami berazam untuk untuk berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya bukan sahaja dapat menaiki pentas konvokesyen bersama, tetapi menggenggam ijazah kelas pertama.
“Berkat kesungguhan dan doa ibu bapa serta tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan,
banyak urusan kami yang dipermudahkan-Nya.
“Paling penting, sentiasa mendekatkan diri dengan Allah iaitu melakukan amalan sunat setiap hari bersama-sama sebelum memulakan kelas atau tugasan dengan mengerjakan solat sunat tahajud, sunat hajat, sunat dhuha, membaca Al-Quran dan sebagainya,” katanya.
Khairina dan Khairini antara 812 graduan yang menerima ijazah daripada Pro-Canselor, Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff pada sesi keempat di Dewan Mu’adzam Shah.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: UUM Today
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua pemain skuasy tanah air, Nabil Iman Sharizan Azrol dan Najwa Zara Mohd. Fakhrur Razi tampil cemerlang di Kejohanan Skuasy Sirkit Remaja Kebangsaan.
Menerusi laporan media tempatan, mereka berjaya menjuarai kategori bawah 19 tahun (B-19) di Pusingan Kedua Kejohanan tersebut.
Nabil Iman yang mewakili Perlis menewaskan pemain Kuala Lumpur, Erwin Kros Christophe pada aksi final di Pusat Skuasy Kompleks Astaka, Petaling Jaya.
Ia sekali gus menebus kekecewaannya ketika pertarungan final Kejohanan Skuasy Remaja Asia di Bangkok, Thailand pada Mei lalu.
“Saya main sehabis baik kerana waktu latihan memang saya selalu kalah dengannya. Jadi saya cuba mendorong diri saya untuk menang ke atas dia dan itu menjadi sasaran saya.
“Ketika di Bangkok, saya kalah kepada Erwin dengan keputusan 1-3, jadi kali ini saya dapat kalahkannya dengan keputusan 3-0, saya rasa amat gembira,” katanya.
Najwa Zara yang mewakili Kuala Lumpur pula memaklumkan, dia gembira apabila berjaya mengatasi Dayana Qistina Anuar dari Kedah pada final B-19 wanita.
“Lawan saya bermain dengan agak baik dan memberikan tentangan sengit kepada saya. Apa pun saya gembira dapat mengatasinya dalam perlawanan final hari ini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.