Adakah karya terbaru daripada penyanyi Inggeris, Harry Styles ini benar-benar layak mendapat segala pujian peminat dan pengkritik muzik?
Penantian peminat selama dua tahun setengah akhirnya terbalas jua setelah album ketiga Harry Styles yang berjudul Harry’s House diluncurkan sebentar tadi.
Album terbaru Harry Styles, Harry’s House.
Berdasarkan kepada gambaran penerimaan peminat setakat tiga jam selepas ia diluncurkan di semua platform, rata-rata merasakan penantian itu berbaloi apabila ia diterima baik.
Seperti yang diketahui oleh peminat muzik pop antarabangsa, dua album terdahulu Harry iaitu Harry Styles (2017) dan Fine Line (2019) telah mencapai kejayaan luar biasa terutamanya Fine Line di mana lagu Watermelon Sugar diiktiraf menerusi kategori persembahan vokal pop terbaik di Anugerah Grammy 2021.
Ads
Bukan itu sahaja, Fine Line juga meniti carta tertinggi di seluruh dunia apabila jutaan keping berjaya terjual.
Kini menerusi album Harry’s House, Harry dilihat lebih selesa mengenegahkan genre muzik dalam kepompong ‘Pop Music’ yang diminati olehnya. Ia lari daripada idea dan trend konvensional yang mungkin kita boleh jangkakan daripada majoriti artis pop masa ini.
Sebaliknya, ada masanya ia kedengaran seakan gabungan muzik pop dan folk daripada era 1970-an. Penulis juga tertarik dengan cara Harry menyelit sedikit elemen muzik ‘synth-pop’ yang biasa kita dengar dalam album milik – say – The Weeknd atau Silk Sonic.
Ads
Malah, ada yang mengatakan bahawa album Harry’s House ini mempunyai peluang cerah untuk memperolehi anugerah Grammy pada tahun hadapan. Amboii, awal betul buat ramalan ya! Hehe..
Cumanya, penulis tidak pasti sekiranya Harry’s House akan berjaya diletakkan sebaris dengan lagu-lagu popular lain di platform radio dan program komersil.
Adakah cubaan berani Harry Style kali ini berbaloi? Korang sendiri tentukan dengan mendengarnya di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Pakaian sekolahnya selalu comot dan pakai tudung pun tutup di dahi…pix sumber FB Cikgu Fadhli
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
*******
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh.
Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘ Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Anaknya kelihatan agak hyperaktif dan baru saja pecahkan sebuah bangku di kantin sekolah
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji. ?
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
*******
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Kalau sekali dah viral, memang selepas tu merata-rata korang akan lihat produk yang sama dalam pelbagai jenis rupa.
Terbaru, minuman pearl bubble tea begitu mendapat sambutan sehinggakan hampir disetiap cawangan kedai mereka dipenuhi pengunjung. Cakaplah macam mana sekali pun, gula tinggi ke, tak baik untuk kesihatan ke, tapi masih ramai yang tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba.
Sekarang ni bukan hanya minuman bubble tea, tapi boba pearl ni juga turut dihidangkan dalam pelbagai jenis makanan.
Serious la wey?
Okay, jom kita lihat antara hidangan yang disediakan bersama boba pearl.
1. Boba Pizza
Okay bayangkan korang makan gigit pizza dan terasa kekenyalan boba pearl tu. Hm onz ke tak?
2. Boba Egg Tart
Taiwan memang terkenal dengan egg tart mereka. Jadi, nah kalau korang nak rasa lain dari yang lain, bola cuba egg tart yang ada boba pearl ni
3. Boba pancake
Dihidangkan bersama krim susu dan juga ketulan boba yang melimpah ruah. Nampak mewah hidangan ni.
4. Boba Brulee
Roti bakar yang diletakkan creme brulee cheese dan seterusnya diisi dengan boba pearl dan dihiasi dengan wafer berperisa coklat. Pergh, nampak menyelerakan.
5. Boba Burst Bun
Roti lembut yang berintikan krim teh hitam dan juga boba pearl yang kenyal.
6. Boba Dorayaki
Dorayaki yang dikenali sebagai ‘kuih Doraemon’ ini juga tak ketinggalan untuk mendapatkan sentuhan boba pearl.
7. Roti bakar Boba
Macam mana la agaknya rasanya ya? Kena try ni!
8. Boba Cheesecake
Pergh, meleleh-leleh cheese kek dia dengan boba pearl tu. Kecur air liur.
9. Boba Waffle
Di Kajang, ada sebuah restoran yang menyediakan winter milk tea waffle yang boleh korang cuba.
Ok macam-macam ada kan? Persoalannya, korang sanggup ke nak try? Mungkin ada yang suka dan mungkin juga tidak.
Jadi, tepuk dada tanya selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro sekali lagi membuktikan statusnya sebagai “Home of Originals” dengan membawa promosi drama hit Generasi: Perfect 10 (GP10) ke tahap yang lebih imaginatif dan inovatif. Kali ini, pengalaman luar biasa menanti pengunjung di laluan bawah tanah KLCC menuju Aquaria melalui paparan lenticular billboard yang memukau.
Bukan sekadar papan iklan bersaiz gergasi, rekaan ini tampil unik kerana wajah para pelakon GP10 mampu berubah emosi mengikut sudut pandangan. Setiap langkah pengunjung seolah-olah menghidupkan karakter, menjadikan laluan ini lebih interaktif dan penuh realiti.
Arena Wan, pelakon utama yang memegang watak Ezie, mengakui detik melihat wajahnya terpampang di billboard ini adalah pengalaman yang sukar dilupakan:
“Saya tak pernah sangka GP10 akan pergi sejauh ini. Terima kasih kepada Astro kerana percaya naskah ini relevan untuk generasi kini. Kisah gadis-gadis muda dengan impian besar ini diharap mampu memberi inspirasi dan membuka mata tentang dunia sukan negara.”
Bekas finalis Dewi Remaja 2018/19 itu turut berkongsi rasa teruja melihat teknologi lenticular yang menjadikan gambarnya seolah-olah ‘bergerak’:
“Bila tengok gambar tu berubah ikut sudut pandangan, memang rasa unik. GP10 bukan sekadar hiburan, ia membawa idea segar dan memberi impak dari pelbagai sudut,” ujarnya.
Arabella Ellen, yang memegang watak Victoria, turut meluahkan rasa bangga:
“Promosi ini bukan kecil, ia simbol usaha keras semua yang terlibat. Saya harap bila orang nampak billboard ini, mereka terus rasa nak strim GP10.”
Inovasi ini bukan sekadar paparan visual tetapi cerminan mesej GP10, setiap pilihan membentuk siapa diri kita. Astro sekali lagi mengangkat standard pemasaran kreatif, memperkaya pengalaman penonton dengan sentuhan segar dan penuh luar biasa.
Jangan lepaskan peluang! Strim semula semua episod Generasi: Perfect 10 melalui Astro On Demand atau aplikasi sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!