Aktor berkaliber, Syarul Ezani mengakui melalui satu fasa perubahan dalam kehidupan peribadinya apabila hubungan cintanya yang terjalin sebelum ini berakhir, sekali gus menyaksikan dirinya kembali bergelar solo.
Bagaimanapun, aktor berusia 37 tahun itu mengakui menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, apatah lagi kesibukan kerja membuatkan dirinya tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku.
“Perancangan semuanya ada, tetapi perkara itu tidak menjadi. Saya juga tidak mempunyai masa untuk berdepan apa-apa emosi kerana sibuk dengan kerja.
Ads
“Walaupun perancangan ke arah perkahwinan itu sudah tiada, kami masih tetap berkawan.
“Apa yang boleh saya katakan, sekarang ini saya masih single tetapi tidak mencari,” katanya kepada Remaja.
Ads
Dalam pada itu, Syarul menegaskan pengalaman lalu tidak pernah membuatkan dirinya serik untuk kembali membuka hati terhadap cinta.
“Cinta itu sangat indah. Ia satu perasaan yang Allah berikan.
“Saya tidak pernah menutup hati untuk ke arah itu,” ujarnya ringkas.
Ads
Sebelum ini, pelakon tersebut pernah berkongsi hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang dikenalinya selama dua tahun, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu berkenaan.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan terbaharunya, Akad Yang Hilang, yang telah ditayangkan di seluruh pawagam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga adalah satu bentuk kecemerlangan dari sudut kemasyarakatan.
Begitulah rasa bangga yang terungkap apabila lagu raya berjudul ‘Serumpun’ nyanyian asal Mimifly telah menginspirasikan puluhan video parodi di media sosial.
Salah satu yang paling mencuri tumpuan adalah video parodi ciptaan aktres tempatan, Pashini Sivakumar.
Hanya dalam tempoh satu hari sahaja, video parodi yang memaparkan keharmonian masyarakat pelbagai budaya itu telahpun berjaya mencatatkan lebih satu juta tontonan.
Pashini yang lebih sinonim dalam kalangan penonton konten berbahasa Tamil tidak menukar gerak tari menggunakan bahasa isyarat yang diinspirasikan daripada video asal Mimifly.
Sebaliknya, Pashini mengekalkan esen kebudayaan tersebut hingga ke aspek pemakaian tradisionalnya yang cukup bersesuaian dengan semangat meraikan lebaran.
Untuk menonton video parodi oleh Pashini, klikDI SINI dan DI SINI.
Tangkap Layar: Facebook Pashini Sivakumar
Untuk pengetahuan korang, Pashini kini sedang mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air berbahasa Melayu apabila beliau melakukan debut-nya sebagai teraju utama dalam filem berjudul Kari Kumari yang sedang dalam proses penggambaran.
Disamping sibuk sebagai aktres tempatan, Pashini terus-menerus mencipta kandungan di platform media sosial demi membawakan mesej keharmonian masyarakat yang hidup secara majmuk.
Tahniah Pashini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MYPO) pada tahun ini menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-10. Idea penubuhan orkestra dibarisi anak muda ini merupakan impian bekas Pengerusi PETRONAS, Tun Azizan Zainul Abidin untuk memberikan platform kepada mereka untuk mempersembahkan bakat dalam bidang muzik . Pada 13 Januari 2006, seramai 500 pemuzik dari serata tanah air datang untuk menghadiri uji bakat dengan purata umur 18 tahun. Dan seramai 110 orang telah dipilih menjadi generasi pertama MYPO.
Pada hari ini, MYPO mempunyai seramai 98 orang ahli yang masih aktif. Objektif penubuhan MYPO tidak lain tidak bukan untuk mencari dan mengasah bakat pemuzik muda dan mengembangkan minat mereka ke pentas lebih besar. Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, MYPO mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert eksklusif bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Datuk Ramli Sarip.
Dari kiri; Mohd Yazid Zakaria (OTM), Datuk Ramli Sarip dan Ahmad Muriz Che Rose (MYPO).
Bertemakan Konsert Tanah Airku, kolaborasi ini bakal dilangsungkan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DEP) pada 17 dan 18 November 2017. Kerjasama MYPO dan OTM bukanlah satu perkara yang baru kerana kedua-duanya pernah bekerjasama buat pertama kali pada tahun 2014. Selain kolaborasi bersama OTM, mereka juga pernah melakukan kerjasama serupa dengan Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s Symphony dan Queensland Youth Symphony Orchestra.
Menurut Ahmad Muriz Che Rose, Head of MYPO, konsert istimewa ini akan terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah orkestra yang mempunyai jiwa muda dan membawa muzik ke aras lebih tinggi terutama di kalangan pemuzik muda. “Antara misi utama MYPO ialah memberi galakan serta platform kepada pemuzik muda untuk mengembangkan bakat mereka agar menjadi pemuzik yang versatil dan boleh menggalas apa jua corak persembahan. Orang muda perlu ada kemahiran untuk read, play and perform. Jadi di sinilah peranan MYPO sebagai sebuah platform buat mereka,” jelasnya lagi.
Untuk persembahan Konsert Tanah Airku MYPO dan OTM bakal mempersembahkan lagu-lkagu tradisional rakyat seperti Sri Mersing, Laksamana Raja Di Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang Laut. Bagi segmen ini Ahmad Muriz bekerjasama dengan konduktor dari OTM iaitu Mohd Yazid Zakaria.
“Walaupun konsert ini bersifat moden namun ia mempunyaijiwa tradisional yang sangat kuat. Seni tidak mengira genre dan melangkau sebarang budaya. Jika sesiapa menonton persembahan ini pasti dapat merasakan jiwa nusantara yang kami terapkan,” tambah Mohd Yazid yang sebelum ini pernah terlibat dengan artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Rossa.
Legenda rock, Datuk Ramli Sarip pula bakal mempersembahkan persembahan istimewa dengan lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu dan Syair Laila Majnun. Ia merupakan penampilan ketiga beliau di pentas DBP namun merupakan persembahan pertama bersama MYPO. Jelas Datuk Ramli Sarip, dia cukup teruja dengan kolaborasi ini dan merupakan peluang untuk menarik lebih ramai orang menghargai muzik serta lagu-lagu tradisional yang mungkin tidak berapa dikenali oleh orang muda.
Tiket Konset Tanah Airku kini boleh didapati dengan harga RM60 dan RM100. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat dari MYPO, OTM dan Datuk Ramli Sarip. Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi DFP, www.mpo.com.my atau Facebook mereka, www.facebook.com/malaysianphilharmonic/.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pada kita berjaga-jaga dengan wabak pandemik COVID-19, tanpa sedar sebenarnya demam denggi juga antara yang menjadi faktor kepada kemudaratan kesihatan masyarakat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaporkan seramai 127 orang meninggal dunia akibat Denggi setakat 3 Oktober lalu. Jumlah ini termasuklah dua kematian terbaru di Johor pada minggu epid ke-40 (27 September-3 Oktober).
Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebakan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidupnya.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
– Demam panas
– Sakit kepala
– Sakit tulang belakang
– Sakit sendi-sendi
– Loya dan muntah-muntah
– Sakit biji mata
– Ruam
Berikut merupakan senarai 30 lokasi hotspot kawasan Denggi yang dikeluarkan oleh KKM.
Tiada vaksin dan rawatan khusus untuk denggi jadi pencegahan adalah langkah terbaik. Jadi, pastikan di kawasan rumah korang tiada tempat pembiakan nyamuk, gunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk dan ambil langkah-langkah untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti pastikan tingkap rumah dan pintu sentiasa ditutup.
Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida, Azeva Natassha memilih untuk tidak bercinta sebelum berkahwin kerana menyedari hukumnya haram di sisi Islam.
Menerusi...