
Avenue of Stars
Kalau korang sempat layan episod pertama Hong Kong Halal Hop baru-baru ni, korang mesti perasan satu perkara. Hong Kong sebenarnya jauh lebih Muslim friendly dan berbaloi daripada apa yang kita bayangkan. Dan lebih menarik lagi, kecerdasan buatan (AI) yang cadang semua lokasi dalam episod tu.
Dalam episod pembukaan, Dee dan Puteri dibawa warm up dengan beberapa spot menarik yang buat kita rasa nak beli tiket sekarang juga! Mereka mulakan hari di Marouf & Puff Bake, kedai pastri halal yang terkenal dengan signature egg tart yang rangup dan sedap! Kemudian korang akan dibawa ke Hong Kong Museum of Art, sebuah muzium berlatarkan Victoria Harbour yang bukan saja cantik, malah percuma untuk masuk.
Perjalanan tak berhenti di situ. Mereka juga singgah di Crispi Bun untuk nikmati burger halal dan wrap yang padu, saiz hidangan besar tapi harga masih mesra bajet. Hari berakhir di Avenue of Stars, sambil menonton
Symphony of Lights iaitu pertunjukan cahaya yang menyinari langit malam Hong Kong jam 8 malam tepat. Ringkas tapi magis!Itu baru episod pertama ya!
Apa yang membuatkan ramai penonton mula rasa hooked adalah cara Hong Kong dipaparkan dari perspektif traveller Muslim muda. Semuanya accessible, mudah dicari dan berbaloi. Dee dan Puteri explore, dan kita terasa macam ikut mereka sekali.
Untuk makluman, Hong Kong telah dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim Paling Berpotensi Tahun Ini di Halal in Travel Awards 2025, serta berada dalam senarai tiga Destinasi Pelancongan Mesra Muslimah (Bukan OIC).
Lebih meyakinkan, Hong Kong sendiri sudah menyediakan panduan lengkap untuk pelancong Muslim menerusi DiscoverHongKong.com. Memang senang untuk rancang perjalanan bila semuanya ada dalam satu tempat.
Episod pertama hanyalah perkenalan kepada Hong Kong mesra Muslim. Dalam episod-episod seterusnya barulah pengembaraan Dee dan Puteri jadi lebih padat dengan lebih banyak lokasi menarik, lebih banyak makanan halal dan lebih banyak detik spontan yang korang memang tak akan skip!
Bayangkan menaiki cable car di Ngong Ping 360
yang menawarkan pemandangan Hong Kong dari udara, kemudian singgah ke perkampungan nelayan yang sunyi, tenang dan penuh karakter walaupun jarak dari bandar hanya beberapa kilometer sahaja.Hong Kong mesra Muslim, mesra bajet dan mesra konten! Ikut saja jejak Dee dan Puteri, korang akan nampak sendiri betapa mudah dan seronoknya travel halal di Hong Kong. Bermula dengan lorong mural warna-warni di Sai Ying Pun
ArtLane, terus ke Islamic Centre Canteen untuk dim sum panas seperti har gao dan siu mai yang disahkan halal. Kemudian singgah pula di Wai Kee Halal Restaurant untuk rasa itik panggang dan kari kambing halal yang dah jadi port wajib pelancong Malaysia!Dan akhirnya, pan fried beef bun di Islam Food Since 1950 yang rangup di luar dan berjus di dalam. Semua tempat ni bukan saja mesra Muslim, tapi buat kita rasa lebih dekat dengan budaya tempatan. Nak tahu apa lagi yang menanti? Kena tengok episod seterusnya!
Dee siap kongsi satu tip berguna masa singgah di Central Market. Katanya “kalau cari cenderamata unik tapi nak jimat, tengok bahagian kraftangan tempatan. Ada barang bawah HKD 20, tapi nampak mahal bila dibungkus cantik.”
Jadi kalau korang sudah mula jatuh cinta dengan pengembaraan Dee dan Puteri, jangan berhenti di situ. Untuk tahu apa yang menanti mereka selepas ini, jangan lupa menonton episod seterusnya AI, Ke Mana Kita di platform media sosial Remaja. Janji, jangan skip! Semakin lama korang tonton, semakin korang faham kenapa Hong Kong patut ada dalam wishlist travel 2026.
AI, Ke Mana Kita membawa perjalanan yang mesra Muslim dan berbaloi. Dan ya, AI memang tahu pilih tempat yang best. Jom Jelajah Hong Kong!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.