Kalau korang sempat layan episod pertama Hong Kong Halal Hop baru-baru ni, korang mesti perasan satu perkara. Hong Kong sebenarnya jauh lebih Muslim friendly dan berbaloi daripada apa yang kita bayangkan. Dan lebih menarik lagi, kecerdasan buatan (AI) yang cadang semua lokasi dalam episod tu.
Dalam episod pembukaan, Dee dan Puteri dibawa warm up dengan beberapa spot menarik yang buat kita rasa nak beli tiket sekarang juga! Mereka mulakan hari di Marouf & Puff Bake, kedai pastri halal yang terkenal dengan signature egg tart yang rangup dan sedap! Kemudian korang akan dibawa ke Hong Kong Museum of Art, sebuah muzium berlatarkan Victoria Harbour yang bukan saja cantik, malah percuma untuk masuk.
Hong Kong Museum of Art
Marouf & Puff Bake
Perjalanan tak berhenti di situ. Mereka juga singgah di Crispi Bun untuk nikmati burger halal dan wrap yang padu, saiz hidangan besar tapi harga masih mesra bajet. Hari berakhir di Avenue of Stars, sambil menonton Symphony of Lights iaitu pertunjukan cahaya yang menyinari langit malam Hong Kong jam 8 malam tepat. Ringkas tapi magis!
Itu baru episod pertama ya!
Apa yang membuatkan ramai penonton mula rasa hooked adalah cara Hong Kong dipaparkan dari perspektif traveller Muslim muda. Semuanya accessible, mudah dicari dan berbaloi. Dee dan Puteri explore, dan kita terasa macam ikut mereka sekali.
Untuk makluman, Hong Kong telah dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim Paling Berpotensi Tahun Ini di Halal in Travel Awards 2025, serta berada dalam senarai tiga Destinasi Pelancongan Mesra Muslimah (Bukan OIC).
Lebih meyakinkan, Hong Kong sendiri sudah menyediakan panduan lengkap untuk pelancong Muslim menerusi DiscoverHongKong.com. Memang senang untuk rancang perjalanan bila semuanya ada dalam satu tempat.
Episod pertama hanyalah perkenalan kepada Hong Kong mesra Muslim. Dalam episod-episod seterusnya barulah pengembaraan Dee dan Puteri jadi lebih padat dengan lebih banyak lokasi menarik, lebih banyak makanan halal dan lebih banyak detik spontan yang korang memang tak akan skip!
Bayangkan menaiki cable car di Ngong Ping 360 yang menawarkan pemandangan Hong Kong dari udara, kemudian singgah ke perkampungan nelayan yang sunyi, tenang dan penuh karakter walaupun jarak dari bandar hanya beberapa kilometer sahaja.
Ngong Ping 360
Hong Kong mesra Muslim, mesra bajet dan mesra konten! Ikut saja jejak Dee dan Puteri, korang akan nampak sendiri betapa mudah dan seronoknya travel halal di Hong Kong. Bermula dengan lorong mural warna-warni di Sai Ying Pun ArtLane, terus ke Islamic Centre Canteen untuk dim sum panas seperti har gao dan siu mai yang disahkan halal. Kemudian singgah pula di Wai Kee Halal Restaurant untuk rasa itik panggang dan kari kambing halal yang dah jadi port wajib pelancong Malaysia!
Sai Ying Pun ArtLaneWai Kee Halal RestaurantIslamic Centre Canteen
Dan akhirnya, pan fried beef bun di Islam Food Since 1950 yang rangup di luar dan berjus di dalam. Semua tempat ni bukan saja mesra Muslim, tapi buat kita rasa lebih dekat dengan budaya tempatan. Nak tahu apa lagi yang menanti? Kena tengok episod seterusnya!
Dee siap kongsi satu tip berguna masa singgah di Central Market. Katanya “kalau cari cenderamata unik tapi nak jimat, tengok bahagian kraftangan tempatan. Ada barang bawah HKD 20, tapi nampak mahal bila dibungkus cantik.”
Jadi kalau korang sudah mula jatuh cinta dengan pengembaraan Dee dan Puteri, jangan berhenti di situ. Untuk tahu apa yang menanti mereka selepas ini, jangan lupa menonton episod seterusnya AI, Ke Mana Kita di platform media sosial Remaja. Janji, jangan skip! Semakin lama korang tonton, semakin korang faham kenapa Hong Kong patut ada dalam wishlist travel 2026.
AI, Ke Mana Kita membawa perjalanan yang mesra Muslim dan berbaloi. Dan ya, AI memang tahu pilih tempat yang best. Jom Jelajah Hong Kong!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pentas Big Stage 2022 berakhir pada malam ini dengan penuh gemilang setelah kejuaraan menjadi pemilik penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin.
Sekaligus, penyanyi berusia 22 tahun ini telah membawa pulang hadiah wang tunai bergelar RM100,000 berserta trofi.
Elica pada malam ini telah membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh pada malam ini dan ternyata, ‘risiko’ yang diambil oleh Elica tersebut berbaloi!
Pada awal minggu ini, Elica mengakui dirinya sedikit terbeban untuk membawakan lagu itu kerana dia tahu ramai yang akan membandingkannya dengan Marsha disebabkan tempat asal kelahiran mereka.
Begitupun, Elica telah melakukan persembahan yang cukup menyakinkan tanpa terlalu memikirkan mengenai soal perbandingan tersebut.
Ads
Malah, Elica juga memberitahu kepada rakan media bahawa Marsha sendiri telah menghantar rakaman video kepadanya dan memberikan pesanan serta tip sebelum membawakan lagu Cinta.
Selain lagu tersebut, pada malam ini Elica juga telah bergandingan dengan Hael Husaini menerusi lagu Believer.
Kemenangan Elica Paujin ini sekaligus membuatkan ramai warganet merasakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun kegemilangan semula penyanyi wanita dari Sabah selepas Marsha Milan berjaya bergelar pemenang kedua serta persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-36, baru-baru ini.
Ads
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Danial Chuer manakala Aisha Retno terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.
Berikut merupakan markah keseluruhan para peserta Big Stage 2022 pada malam ini :
Ads
Peserta : (Markah Juri) + (Markah Undian Atas Talian), Markah Penuh
Elica Paujin : 66.22% + 12.71%, 78.93%
Daniel Chuer : 66.64% + 5.98%, 72.62%
Aisha Retno : 66.57% + 4.47%, 71.04%
Yazmin Aziz : 57.05% + 2.3%, 59.35%
Tegar Septian : 54.6% + 4.57%, 59.17%
Untuk pengetahuan, sebelum ini Elica pernah memenangi program Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi, Akim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular Ungku Ismail Aziz sekali lagi menarik perhatian ramai, namun kali ini bukan kerana lakonannya, sebaliknya kerana kejayaannya mencipta sebuah aplikasi khas untuk membantu kanak-kanak menguasai subjek Matematik.
Dalam temu bual bersama Remaja, pelakon berusia 40 tahun itu berkongsi bahawa aplikasi tersebut, yang pada asalnya dinamakan Yim Genius, dibina untuk membantu anak lelakinya, Ibrahim, memahami Matematik dengan lebih baik.
“Saya nak anak saya Ibrahim itu, latih Matematik setiap hari. Kalau nak latih Matematik ini, kena buku banyak lah. Matematik nak power, senang sahaja.
“Buat banyak latihan. Itu saja, tiada cara lain lagi dah. Kalau awak tanya orang lain ke apa ke, dia kena banyak latihan,” katanya.
Menurut suami kepada pelakon Nad Zainal ini lagi, aplikasi tersebut direka agar lebih menarik dan sesuai dengan dunia kanak-kanak.
Jadi, dia memilih untuk memasukkan elemen animasi dan bunyi dalam aplikasi tersebut bagi mengekalkan minat anaknya.
“Saya boleh buat video game. Jadi apa yang saya buat, saya buat apps tu dalam bentuk animasi dan juga bunyi-bunyi jadi menarik minat Yim (Ibrahim) untuk dia buat (latihan).
“Dia akan ralit (leka) buat benda itu. Tahu-tahu saja, dia dah boleh buat tiga digit congak tambah tolak dalam masa 10 saat. Dan dia terus menang johan congak dekat sekolah,” kongsi pelakon Adellea Sofeaitu lagi.
Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Ungku Ismail sebenarnya telah membangunkan aplikasi ini sejak setahun yang lalu.
Namun, ia mula tular selepas Nad Zainal memuat naik kisah tersebut di TikTok dan menarik perhatian netizen.
“Bila Nad tunjuk, orang tengok, orang nak. Saya cari coding pula macam mana nak keluarkan dekat App Store dan Google Playstore.
“Benda ini dah setahun sebenarnya. Cuma kita tidak pernah buat dekat TikTok. Bila kita buat dekat TikTok tu tiba-tiba semua orang ‘oh baru tahu’,” jelasnya.
Ungku Ismail juga berkongsi perancangannya untuk menghasilkan aplikasi serupa bagi subjek lain, lengkap dengan mini games untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan buat si kecil.
Untuk pengetahuan korang, aplikasi Power Congak kini boleh dimuat turun secara percuma di App Store (untuk pengguna Apple) dan Google Play Store (untuk pengguna Android).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM2.28 Juta Pampasan! Remaja Alami Kerosakan Otak Kekal Akibat Kecuaian Doktor Semasa Dilahirkan. Kisah ini menjadi tumpuan ramai kerana membabitkan isu kecuaian perubatan yang akhirnya mengubah seluruh perjalanan hidup seorang remaja sejak lahir.
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kerajaan membayar lebih RM2.28 juta kepada seorang remaja berusia 15 tahun yang mengalami kerosakan otak kekal selepas dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mahkamah mendapati doktor gagal mengambil tindakan segera semasa proses kelahiran, sekali gus menyebabkan remaja tersebut menghidap palsi serebrum tahap serius.
Gambar Hiasan HKL
Hakim Akui Hiba, Tapi Keputusan Berdasarkan Undang-Undang
Menurut laporan Berita Harian, Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong, dalam penghakimannya pada 6 Mei lalu berkata beliau berasa hiba apabila melihat keadaan plaintif yang hadir ke mahkamah menaiki kereta sorong bayi. Namun katanya, keputusan pampasan tidak boleh dibuat hanya atas dasar simpati, sebaliknya mesti berlandaskan prinsip undang-undang agar adil kepada semua pihak termasuk pembayar cukai.
Doktor Gagal Lakukan Pembedahan Kecemasan
Kes ini difailkan oleh ibu plaintif pada Januari 2023. Mahkamah diberitahu, doktor gagal melakukan pembedahan caesarean kecemasan dalam masa yang disyorkan, menyebabkan bayi tersebut hilang peluang untuk lahir tanpa komplikasi. Kelewatan itu menjadi punca utama remaja tersebut mengalami palsi serebrum yang membuatkan dia tidak mampu mengangkat kepala, memerlukan makanan melalui tiub, dan bergantung sepenuhnya pada penjaga sepanjang hayat.
Pecahan Jumlah Pampasan
Mahkamah menganugerahkan pampasan berjumlah lebih RM2.28 juta dengan pecahan berikut:
RM300,000 – ganti rugi am
RM458,400 – ganti rugi khas
RM51,300 – ganti rugi sebelum perbicaraan
RM1.47 juta – ganti rugi am masa hadapan
Selain itu, kadar faedah lima peratus setahun turut dikenakan terhadap sebahagian jumlah pampasan tersebut.
Isyarat Penting Tentang Hak Pesakit
Walaupun mahkamah menolak tuntutan ganti rugi teruk (aggravated damages), keputusan ini memberi mesej jelas bahawa hak pesakit mesti dilindungi dan setiap kecuaian doktor boleh membawa implikasi besar. Kes ini juga mengingatkan betapa pentingnya tindakan pantas dalam situasi perubatan berisiko tinggi.
Bagi pembaca remaja, kisah ini membuka mata bahawa isu hak pesakit, kecuaian doktor dan tanggungjawab hospital adalah sesuatu yang sangat serius. Sedikit kelewatan atau kelalaian mampu mengubah hidup seseorang selama-lamanya.