Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila Kyle Green, seorang ahli muzik Amerika Syarikat diserang calon SPM tahun ini dek kerana namanya dipetik dalam dalam ujian mendengar Bahasa Inggeris 2023.
Difahamkan ketika ujian mendengar bahasa Inggeris itu, rata-rata pelajar mengadu sukar untuk memahami rakaman perbualan dalam temu bual tersebut disebabkan oleh watak Kyle Green yang berbicara dengan kurang jelas.
Selepas terkejut dengan perkara yang berlaku, Kyle Green ‘yang sebenar’ tampil memuat naik video di Instagram Story miliknya.
Dalam video berkenaan, Kyle berkata ruangan komen beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya telah dibanjiri dengan pelbagai komen dari sekumpulan pelajar sekolah menengah dipercayai calon SPM 2023.
Jelasnya, kebanyakan komen yang ditinggalkan lebih ke arah keluhan kerana mendakwa percakapan ‘Kyle’ terlalu pantas sehingga susah untuk didengari dengan jelas.
Ads
Bukan itu sahaja, ruangan DM di Instagram serta nombor telefonnya juga tidak berhenti menerima panggilan daripada WhatsApp serta e-mel.
Kyle berkata dia mengetahui bahawa ujian tersebut dilakukan secara tahunan untuk membolehkan pelajar sekolah menyambung pengajian di peringkat universiti.
Namun, Kyle mendakwa dia tidak pernah terlibat dalam sebarang temu bual seperti dalam rakaman ujian mendengar tersebut dan menganggap bahawa ia adalah rekaan semata-mata.
Kebetulan pula, ‘jalan cerita’ dalam temu bual berkenaan hampir sama dengan kerjayanya sebagai ahli muzik.
Ads
“Sebahagian daripada ujian itu adalah mereka perlu mendengar temu bual yang dikatakan melibatkan seorang ahli muzik jazz bernama Kyle Green.
“Seingat saya, saya tak pernah ingat saya ada temu bual tersebut. Jadi saya menganggap ia hanyalah fiksyen dan direka sahaja,” jelasnya.
Kyle menganggap perkara yang berlaku ini agak ‘gila’ selepas melihat bagaimana media sosialnya seolah-olah diserang oleh para pelajar dari Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dan mengecam tindakan sesetengah calon SPM 2023 yang dipercayai ‘menyerang’ media sosial Kyle Green.
Ads
“Ganas betul batch 2006 sampai serang dia,” kata netizen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: IG Kyle Green
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelincahan aksi Arif Aiman Hanapi yang merupakan pemain sayap Harimau Malaya dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas padang sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
Dianggap antara bintang masa depan bola yang akan terus memancarkan sinar harapan buat pasukan negara.
Sedar dengan bakat pemain berusia 20 ini, TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menitip pesanan berguna buat pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi dalam laman sosial Instagram.
Foto Via Instagram
Baginda berkata, pemain muda itu harus sentiasa merendah diri dan tetap disiplin walaupun diri berada di atas. Nasihat ini dicatat Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya di ruang komen Instagram Arif Aiman.
“Bagus Arif. Kekal merendah diri dan tetap berdisiplin. Kau masih muda dan perjalanan masih jauh,” catat Tunku Ismail.
Pemilik JDT itu turut mendoakan Arif Aiman diberkati oleh Allah dan diberi banyak lagi rezeki serta kejayaan di mana sahaja pemain itu berada terutamanya dalam bidang bola sepak.
“Jaga diri,” catat Tunku Ismail.
Catatan itu dibalas Arif Aiman menerusi tekad dan janji untuk sentiasa mengingati pesanan TMJ.
“Junjung kasih Tunku atas segalanya. Saya akan sentiasa ingat semua pesanan Tunku. Insya-ALLAH,” katanya.
Apa-apa pun, REMAJA ingin mengucapkan all the best kepada Arif Aiman untuk meneruskan rentak cemerlang apabila diturunkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roti favorite masyarakat Malaysia, Gardenia telah pun memperkenalkan perisa terbaharu mereka iaitu Pandan Kelapa. Namun begitu, ramai pembeli yang rasa ‘tertipu’ kerana roti yang mereka dibeli rupa-rupanya bukanlah perisa terbaharu.
Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai syesenaa_, dia turut tertipu dengan tagging Pandan Kelapa yang dibelinya. Roti yang dibeli oleh syesenaa_ itu bukanlah roti berperisa pandan, sebaliknya ia adalah roti putih yang biasa.
Kami tersenyum menonton video yang dimuat naik oleh gadis itu kerana baru-baru ini, penulis juga turut ‘terkena’ kerana menyangka ia adalah roti berperisa pandan.
Punyalah excited nak rasa perisa baharu, pandan pula tu memang favorite kami. Sekali balik rumah hampa bila tengok roti yang nak dimakan itu berwarna ‘putih’. Hiks!
Rasanya bukan seorang dua rakyat Malaysia yang ‘terkena’, ramai juga yang berkongsi nasib yang sama dan meluahkan diruangan komen TikTok gadis itu.
Haih, macam-macam. Pengajaran untuk kita semua, lain kali sebelum beli jangan main ambil sahaja, baca dulu pengerangan dan bahan kandungan, paling tidak pun belek-beleklah sampai korang puas hati dengan produk yang nak dibeli itu. Hiks!
Difahamkan, roti perisa Pandan Kelapa ini hanya dijual pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Nah, makin berebutlah orang nak beli lepas ni.
Menerusi pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh bahagian komunikasi di laman web rasminya, kelab bola sepak Manchester United mengesahkan telah mencapai persetujuan untuk menandatangani semula bekas pemain sensasinya, Cristiano Ronaldo – 12 tahun selepas beliau meninggalkan Old Trafford bagi menyertai kelab Real Madrid.
“Manchester United berbesar hati mengesahkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Juventus untuk perpindahan @cristiano, tertakluk kepada persetujuan syarat-syarat peribadi, visa & perubatan.”
Tambahnya lagi, sepanjang bersama kelab itu satu masa dahulu, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 118 gol dalam 292 perlawanan. “Semua orang di kelab teruja untuk menjemput semula Cristiano ke Manchester.”
Perjanjian sekelip mata ini hadir hanya dua hari selepas ura-ura pemain bola sepak berusia 36 tahun ini ingin melengkapkan perpindahan ke kelab Manchester City.
Pada hari Jumaat pula, jurulatih Juventus Massimiliano Allegri mengiyakan kepada pihak wartawan bahawa Ronaldo tidak lagi berminat bermain untuk Juventus dan itulah sebab utama beliau diletakkan di bangku simpanan bagi perlawanan menentang Empoli hujung minggu ini.
“Saya tidak boleh membiarkan orang terus mempermainkan nama saya. Saya tetap fokus pada karier dan pekerjaan, komited dan bersedia menghadapi semua cabaran yang harus saya hadapi.”
CHRISTIANO RONALDO
Sepanjang beberapa jam yang lalu, khabar angin kononnya Manchester United sudah bersedia untuk meletakkan tawaran mendahului Manchester City telah membuatkan internet ‘tidak boleh duduk diam’ menantikan perkembangan semasa.
Rata-rata warganet menyambut baik keputusan mengejutkan ini dan berharap agar magis akan tercetus bersama Manchester United selepas ini. Antara bekas pemain Manchester United yang turut teruja dengan perpindahan semula ini ialah Rio Ferdinand, Andy Cole, Phillip Neville, David Beckham dan Harry Maguire.